Bukti Najib menyamun RM2.6 billion dari 1MDB

FEATURED

Apabila seseorang mengambil wang yang bukan miliknya, orang itu boleh lah kita panggil seorang pencuri. Jika orang itu secara senyap telah mengambil sejumlah wang yang besar bukan miliknya dan kemudiannya tidak mengaku apabila seluruh dunia membongkar kegiatannya, maka orang itu layaklah digelar penyamun yang penipu.

Malang sungguh bila kita ada Perdana Menteri yang suka hati menyamun wang kerajaan berbillion banyaknya. Lebih malang lagi apabila dia cuba menipu dengan mengatakan ianya adalah derma yang datang dari Raja Arab Saudi (walaubagaimanapun, putera raja Arab Saudi tidak tahu menahu mengenainya).

Dan amat malang sekali apabila ada yang kononnya cerdik pandai mempercayai cubaan berbohong Najib Razak! Jika dah bodoh, maka bodohlah mereka semua ini. Derma Pak Arab entah ke mana, Pak Arab pun tak pernah muncul. Mereka cuba menipu kita, tapi yang percaya penipuan ini cuma mereka sahaja!

Baru-baru ini mahkamah di Singapura mendedahkan bukti-bukti aliran wang tunai 1MDB di dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram di sana.

c35d222f09e6c0f13d19e6f77df3930707dc6c93

Dalam salah satu kertas pertuduhan di atas, pengurus bank Falcon di Singapura, Jens fred Sturzenegger telah didapati bersalah bersubahat dan meluluskan transaksi-transaksi yang mencurigakan yakni pemindahan wang haram yang datangnya dari 1MDB.

Terdapat 16 kertas pertuduhan kesemuanya dan salah satu daripadanya adalah menipu pihak polis Singapura dengan mengatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Jho Low. Dia hanya berjumpa dengan Eric Tan, pemilik syarikat Tanore dan Blackstone Asia.

Walau bagaimanapun, siasatan polis Singapura membongkar bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama, walaupun mempunyai passport berasingan! Ini bermakna Jho Low mempunyai dua identiti dan dua passport berlainan!

Kertas siasatan mendapati, Jho Low telah mengarahkan Sturzeneggger untuk meluluskan pemindahan wang berbillion-billion ringgit dari beberapa akaun untuk masuk ke dalam akaunnya di dalam syarikat Tanore:

untitled1

untitled

Sturzenegger adalah pekerja Bank kelima yang telah didapati bersalah dan disumbatkan ke dalam jail selepas beberapa teman Jho Low seperti Yeo Jiawei, Kelvin Ang, Yak Yew Chee dan Yvonne Seah.

Perlu diingatkan ini adalah bukti-bukti yang disebut di dalam mahkamah Singapura. Adakah mahkamah telah memfitnah Jho Low? Sudah tentu tidak. Kerana kelima-lima yang dituduh telah mengaku bersalah.

Perbualan-perbualan telefon antara Sturzenegger dan Jho Low serta CEO Falcon Bank kepada pengerusinya turut direkodkan dan disiarkan di dalam mahkamah. Antara lain, CEO Falcon Bank (Eduardo Leeman) memarahi Jho Low kerana dokumentasi yang mereka terima untuk meluluskan transaksi itu tidak masuk akal:

c2gtxgyuuaanli0-jpg-large

Dia juga berkata kepada pengerusinya bahawa dokumentasi yang diberikan oleh Jho Low tidak lengkap dan hanya ‘cut & paste’ sahaja:

“But between you and me, Mohammed, the rest of the documentation, which our friend in Malaysia has delivered, is absolutely ridiculous. This is exactly that kind of issue which is gonna get everybody in trouble. This is done not professionally, unprepared, amateurish at best. The documentation they’re sending me is a joke… How can you send hundreds of millions of dollars with documentation, you know, nine million here, 20 million there, no signatures on the bill, it’s kind of cut and paste, and, and… I mean it’s ridiculous!” – kata Leeman kepada Pengerusi Falcon Bank, Mohammed AlHusseiny.

Dan kita semua telah melihat dengan sendiri pembongkaran oleh suratkhabar Wall Street Journal mengenai wang sebanyak USD681 juta (RM2.6 billion mengikut kadar matawang ketika itu) yang telah masuk ke dalam akaun Najib sendiri:

f2ae1694bfbf83ef4accfe02cf4563ad84250abf

Di dalam penyata bank di atas, tertera nama syarikat Tanore Finance milik Jho Low. wang sebanyak USD620 juta telah dimasukkan pada 21 Mac 2013 dan sebanyak USD61 juta lagi telah dimasukkan pada 25 Mac 2013.

Kesemua transaksi ini telah benar-benar berlaku. Tahun lepas, media Australia telah mendedahkan surat surat pengakuan yang kononnya terdapat seorang putera arab yang akan memberi berbillion wang kepada Najib melalui akaun milik syarikatnya bernama Blackstone Asia dan Tanore! Sejak bila Jho Low @ Eric Tan itu seorang seorang Putera Arab?

Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya - Blackstone Asia.

Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Blackstone Asia.

Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australian yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya - Tanore.

Kandungan surat palsu yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Tanore.

Surat-surat inilah yang telah dijadikan panduan oleh Peguam Negara untuk membersihkan nama Najib. Hingga kini tidak ada seorang pun Putera Raja Abdullah yang mengaku memberi ‘derma’ tersebut. Nama putera itu juga tidak terdapat di dalam senarai rasmi nama anak-anak Raja Abdullah.

Mengapa Apandi Ali menyogokkan kita dengan kerja separuh masak? Adakah dia ini seorang Peguam Negara yang tolol? Atau adakah dia ini seorang Peguam Negara yang cuba bersubahat dengan si jaguh pencuri?

Persoalan yang sama penting di sini adalah, dari mana asal wang yang dimasukkan itu ke dalam akaun Najib? Ianya telah melalui pelbagai akaun seperti Tanore, Devonshire Fund, Cistenique Investment dan Enterprise Emerging Markets Fund; tetapi dari manakah punca asal wang tersebut?

Siasatan dari pihak US dan Swiss mendapati, wang ini berasal dari USD3 billion wang bon 1MDB yang dibuat dalam tahun 2013. Di bawah adalah carta aliran wang tersebut; dari mana ia bermula hinggalah masuk ke dalam akaun Najib di Ambank.

sgnfgn

Cabang-cabang transaksi dari 1MDB yang sedang disiasat oleh negara-negara asing. Ambil perhatian tidak wujud penderma dari Arab Saudi di mana-mana. Wang RM2.6 billion sah berasal dari wang hutang bon 1MDB. Kini, bank BSI dan Falcon telah ditutup pihak berkuasa.

Bukti-bukti transaksi di atas boleh dibaca di sini, tetapi perlu diingatkan dokumen ini telah dialihbahasakan menggunakan aplikasi google translate oleh itu mungkin terdapat perkataan-perkataan yang kurang tepat di dalamnya:

untitleduntitled1untitled2untitled3untitled4untitled5

8

Bukankah bukti-bukti di atas melayakkan kita untuk menggelar Najib sebagai jaguh menyamun?

Kesemua bukti di atas juga sepatutnya membolehkan kes Najib mencuri RM2.6 billion dibuka semula. Tetapi ini tidak mungkin berlaku jika mereka yang mengemis dedak dari Najib masih memegang kuasa penyiasatan.

Mereka yang berdosa kerana bersama-sama bersekongkol melindungi jaguh pencuri ini tidak mungkin mahu membaca atau mempercayai bukti-bukti yang telah disediakan di mahkamah Singapura dan Amerika Syarikat. Bagi mereka, salah laku mereka yang bersalah, tidak ada kena mengena dengan ketua pencuri mereka.

Di mana-mana sahaja rakyat biasa mengatakan Najib adalah pencuri, tetapi Najib sendiri seperti tidak malu dengan panggilan orang ramai terhadapnya. Akibat memakan duit curi terlampau banyak, maka kulit pun menjadi tebal lalu terpaksa mengharungi hari-hari dengan perasaan tidak tahu malu.

Najib dan para pengikutnya samalah dengan perangai manusia zaman jahiliyah. Hati gelap dan berfikiran songsang.

Advertisements

BERANI SUNGGUH NAJIB MENGGUNAKAN NAMA PUTERA ARAB UNTUK MENIPU RAKYAT MALAYSIA,,

​BISMILAHHIRAHMANNIRRAHIM,,

NEGARA ARAB MENJADI BAHAN PENIPUAN NAJIB,,
Bukti Najib menyamun RM2.6 billion dari 1MDB,,
Apabila seseorang mengambil wang yang bukan miliknya, orang itu boleh lah kita panggil seorang pencuri. Jika orang itu secara senyap telah mengambil sejumlah wang yang besar bukan miliknya dan kemudiannya tidak mengaku apabila seluruh dunia membongkar kegiatannya, maka orang itu layaklah digelar penyamun yang penipu.
Malang sungguh bila kita ada Perdana Menteri yang suka hati menyamun wang kerajaan berbillion banyaknya. Lebih malang lagi apabila dia cuba menipu dengan mengatakan ianya adalah derma yang datang dari Raja Arab Saudi (walaubagaimanapun, putera raja Arab Saudi tidak tahu menahu mengenainya).
Dan amat malang sekali apabila ada yang kononnya cerdik pandai mempercayai cubaan berbohong Najib Razak! Jika dah bodoh, maka bodohlah mereka semua ini. Derma Pak Arab entah ke mana, Pak Arab pun tak pernah muncul. Mereka cuba menipu kita, tapi yang percaya penipuan ini cuma mereka sahaja!
Baru-baru ini mahkamah di Singapura mendedahkan bukti-bukti aliran wang tunai 1MDB di dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram di sana.
Dalam salah satu kertas pertuduhan di atas, pengurus bank Falcon di Singapura, Jens fred Sturzenegger telah didapati bersalah bersubahat dan meluluskan transaksi-transaksi yang mencurigakan yakni pemindahan wang haram yang datangnya dari 1MDB.
Terdapat 16 kertas pertuduhan kesemuanya dan salah satu daripadanya adalah menipu pihak polis Singapura dengan mengatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Jho Low. Dia hanya berjumpa dengan Eric Tan, pemilik syarikat Tanore dan Blackstone Asia.
Walau bagaimanapun, siasatan polis Singapura membongkar bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama, walaupun mempunyai passport berasingan! Ini bermakna Jho Low mempunyai dua identiti dan dua passport berlainan!
Kertas siasatan mendapati, Jho Low telah mengarahkan Sturzeneggger untuk meluluskan pemindahan wang berbillion-billion ringgit dari beberapa akaun untuk masuk ke dalam akaunnya di dalam syarikat Tanore:
Sturzenegger adalah pekerja Bank kelima yang telah didapati bersalah dan disumbatkan ke dalam jail selepas beberapa teman Jho Low seperti Yeo Jiawei, Kelvin Ang, Yak Yew Chee dan Yvonne Seah.
Perlu diingatkan ini adalah bukti-bukti yang disebut di dalam mahkamah Singapura. Adakah mahkamah telah memfitnah Jho Low? Sudah tentu tidak. Kerana kelima-lima yang dituduh telah mengaku bersalah.
Perbualan-perbualan telefon antara Sturzenegger dan Jho Low serta CEO Falcon Bank kepada pengerusinya turut direkodkan dan disiarkan di dalam mahkamah. Antara lain, CEO Falcon Bank (Eduardo Leeman) memarahi Jho Low kerana dokumentasi yang mereka terima untuk meluluskan transaksi itu tidak masuk akal:
Dia juga berkata kepada pengerusinya bahawa dokumentasi yang diberikan oleh Jho Low tidak lengkap dan hanya ‘cut & paste’ sahaja:
“But between you and me, Mohammed, the rest of the documentation, which our friend in Malaysia has delivered, is absolutely ridiculous. This is exactly that kind of issue which is gonna get everybody in trouble. This is done not professionally, unprepared, amateurish at best. The documentation they’re sending me is a joke… How can you send hundreds of millions of dollars with documentation, you know, nine million here, 20 million there, no signatures on the bill, it’s kind of cut and paste, and, and… I mean it’s ridiculous!” – kata Leeman kepada Pengerusi Falcon Bank, Mohammed AlHusseiny.
Dan kita semua telah melihat dengan sendiri pembongkaran oleh suratkhabar Wall Street Journal mengenai wang sebanyak USD681 juta (RM2.6 billion mengikut kadar matawang ketika itu) yang telah masuk ke dalam akaun Najib sendiri:
Di dalam penyata bank di atas, tertera nama syarikat Tanore Finance milik Jho Low. wang sebanyak USD620 juta telah dimasukkan pada 21 Mac 2013 dan sebanyak USD61 juta lagi telah dimasukkan pada 25 Mac 2013.
Kesemua transaksi ini telah benar-benar berlaku. Tahun lepas, media Australia telah mendedahkan surat surat pengakuan yang kononnya terdapat seorang putera arab yang akan memberi berbillion wang kepada Najib melalui akaun milik syarikatnya bernama Blackstone Asia dan Tanore! Sejak bila Jho Low @ Eric Tan itu seorang seorang Putera Arab?
Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Blackstone Asia.

Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Blackstone Asia.
Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australian yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Tanore.

Kandungan surat palsu yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Tanore.
Surat-surat inilah yang telah dijadikan panduan oleh Peguam Negara untuk membersihkan nama Najib. Hingga kini tidak ada seorang pun Putera Raja Abdullah yang mengaku memberi ‘derma’ tersebut. Nama putera itu juga tidak terdapat di dalam senarai rasmi nama anak-anak Raja Abdullah.
Mengapa Apandi Ali menyogokkan kita dengan kerja separuh masak? Adakah dia ini seorang Peguam Negara yang tolol? Atau adakah dia ini seorang Peguam Negara yang cuba bersubahat dengan si jaguh pencuri?
Persoalan yang sama penting di sini adalah, dari mana asal wang yang dimasukkan itu ke dalam akaun Najib? Ianya telah melalui pelbagai akaun seperti Tanore, Devonshire Fund, Cistenique Investment dan Enterprise Emerging Markets Fund; tetapi dari manakah punca asal wang tersebut?
Siasatan dari pihak US dan Swiss mendapati, wang ini berasal dari USD3 billion wang bon 1MDB yang dibuat dalam tahun 2013. Di bawah adalah carta aliran wang tersebut; dari mana ia bermula hinggalah masuk ke dalam akaun Najib di Ambank.
Cabang-cabang transaksi dari 1MDB yang sedang disiasat oleh negara-negara asing. Ambil perhatian tidak wujud penderma dari Arab Saudi di mana-mana. Wang RM2.6 billion sah berasal dari wang hutang bon 1MDB. Kini, bank BSI dan Falcon telah ditutup pihak berkuasa.
Bukti-bukti transaksi di atas boleh dibaca di sini, tetapi perlu diingatkan dokumen ini telah dialihbahasakan menggunakan aplikasi google translate oleh itu mungkin terdapat perkataan-perkataan yang kurang tepat di dalamnya:
Bukankah bukti-bukti di atas melayakkan kita untuk menggelar Najib sebagai jaguh menyamun?
Kesemua bukti di atas juga sepatutnya membolehkan kes Najib mencuri RM2.6 billion dibuka semula. Tetapi ini tidak mungkin berlaku jika mereka yang mengemis dedak dari Najib masih memegang kuasa penyiasatan.
Mereka yang berdosa kerana bersama-sama bersekongkol melindungi jaguh pencuri ini tidak mungkin mahu membaca atau mempercayai bukti-bukti yang telah disediakan di mahkamah Singapura dan Amerika Syarikat. Bagi mereka, salah laku mereka yang bersalah, tidak ada kena mengena dengan ketua pencuri mereka.
Di mana-mana sahaja rakyat biasa mengatakan Najib adalah pencuri, tetapi Najib sendiri seperti tidak malu dengan panggilan orang ramai terhadapnya. Akibat memakan duit curi terlampau banyak, maka kulit pun menjadi tebal lalu terpaksa mengharungi hari-hari dengan perasaan tidak tahu malu.
Najib dan para pengikutnya samalah dengan perangai manusia zaman jahiliyah. Hati gelap dan berfikiran songsang.

Kemana perginya subsidi kami

mufti-perlis-dr-asri-maza


Please Share Facebook

0


Please Share Twitter


Please Share Whatsapp

oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin 

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari

kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju…

kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara…

kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja…

Advertisements 

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta…

kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta…

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu…

tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?

papa semakin parah? wang semakin lelah?

jika semalam berlauk, hari cuma berkuah…

kerana kerajaan kita sedang susah?

maka subsidi kita terpaksa diserah…

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh

kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh…

apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang…

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari

kepada siapa patut kami tuding jari?

janganlah nanti mereka membenci pertiwi…

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

atau kami jadi insan curang…

kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?

tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang…

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!

pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami…

pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati…

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut

kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa

bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?

rumah bocor yang lanjut usia…

baju dan kasut anak yang koyak

tinggal dalam rumah yang berasak-asak

siang kami sebak, malam kami sesak…

sedangkan kalian manusia angkasa…

istana permata dibina, kereta berjuta dirasa…

elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga…

hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara…

tapi kami masih di sini..di teratak ini…

dengan lauk semalam..

dengan hidangan yang tidak bertalam…

dengan rumah yang suram…

dengan wang yang hampir padam…

tiada istana lawa…tiada kereta berharga…

tiada layanan diraja..tiada baju bergaya

tiada kediaman menteri…tiada hidangan vip…

tiada persen di sana-sini…tiada bahagian anak dan bini…

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara…

aduhai celaka bahasa yang kalian guna…

kalian yang belasah, kami yang bersalah…

kalian buat untung, hutang kami tanggung…

kalian mewah melimpah, kami susah parah

kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang…

kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa…

kalian makan isi, kami dijadikan abdi…

lantas, kalian rampas lagi subsidi…

ke mana wang itu pergi nanti?

jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami…

jika tidak pun buat gula konon merbahaya

mengapa tidak beras diturun harga?

jika tidak untuk minyak kereta…

mengapa tambang tidak potong sahaja…

tapi entah berapa kali janji…

konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti…

hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi…

kami terus termanggu di sini…

kalian juga yang nikmati…

kami hanya menggigit jari…

kembalikanlah kepada kami harta negara…

jangan hanya kalian sahaja yang merasa…

kana-ana-ghoib-mimpi-penulis-islam-najib-umno

Thoha Putrajaya – Tentang Buta Kebenaran

Tidakkah engkau mahu mengawal diri dari murka Tuhan?

Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka. – (Al-Hijr 15:72)

Dan sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. – (Al-Israa’ 17:72)

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. – (Taha 20:124)

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. – (Al-Hajj 22:46)