Perhimpunan BERSIH 5 dirancang bantah 1MDB

Perencanaan himpunan bersih
‚ÄčPerhimpunan BERSIH 5 akan diadakan dan kali ini bagi membantah dakwaan salah laku kerajaan dalam skandal 1MDB.

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, masa dan tarikh sesuai akan diumumkan nanti oleh pihaknya dalam satu sidang media di sini hari ini.

“BERSIH 5 akan diadakan kerana skandal 1MDB dan kini proses melibatkan konsultasi dengan semua pihak bermula sekarang. Kita harap dapat sokongan untuk menyerahkan memorandum kepada agensi kerajaan dan rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri menerima skandal rasuah yang berlaku,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta individu, organisasi serta NGO yang berminat boleh bekerjasama dengan pihaknya tidak lama lagi.–MalaysiaGazette

Advertisements