Kita ambil tahun 1993, iaitu zaman pemerintahan Mahathir Mohamad,” kata pemerhati politik Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Mohd Haniff dipetik blognya, seademon.me lapor portal Malaysian Digest.

“Harga Big Mac pada masa itu ialah RM3.35 manakala harga minyak RON92 (semasa itu minyak RON95 masih belum wujud di Malaysia) berharga RM1.06 seliter,” ujarnya.

Mengukur kuasa membeli pada itu dengan pendapatan purata warga Malaysia sekitar RM1,077 dan masyarakat Bumiputra RM887, ini bermakna rakyat pada waktu berkenaan mampu membeli 321 dan 265 Big Mac.

Advertisements


Perkiraan kuasa membeli menggunakan teori Indeks Big Mac merupakan kaedah yang digunakan pakar ekonomi bagi mengukur nilai kemampuan membeli sesetengah rakyat disamping mengukur kadar kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa.


Nota Ana Ghoib: Cakap pasal rokok pada tahun lepas bermula perebutan dikaitkan dengan orang kenamaan untuk memiliki kilang mencetak dokumen kerajaan dari pasport, pas pekerja asing ke setem cukai sebagai contoh yang kini diwajibkan ada pada kotak rokok.

Maka kos meningkat ditambah dengan beban GST lalu pengilang rokok tutup kedai di PJ dan lari ke Thailand di mana ratusan pekerja diberhentikan, belum ditambah kilang pembuatan di Seremban dan Penang.

Teringat kata Tun Daim Zainuddin mengenai tiada siapa yang akan melabur di negara yang tidak hormat sistem perundangan sendiri dan semestinya ada kaitan dengan BALA ekonomi yang menimpa hari ini dan barang diingat bahawa menurut hadis apabila Allah murka kepada sesuatu kaum ia menimpakan mereka bencana sedemikian jika dahulu disebut di dalam Al Quran, Taurat dan Bible bencana tumbuh-tumbuhan tidak menjadi.

Kesimpulannya pendapatan terhasil dengan cukai dan idea-idea menekan peniaga dan pengguna dilakukan secara mendadak tanpa rundingan kerana pemimpin masakini mengikut ketua yang bergaya mahu menjadi kapitalis TOTOK mengikut buku ekonomi barat yang dipelajarinya di luar negara tanpa menurut acuan dan ukuran rakyat Malaya.

Bak kata melayu tidak mengukur baju ikut badan sendiri tetapi yang paling bangang ialah pemimpin ini pula hidup ditanggung rakyat tetapi berbelanja menurut selera dan gaya sendiri tidak mahu berkurang sedikit pun. – Ana Ghoib Syeikh Malaya

Advertisements

Jika Laporan CIA Tidak Dipercayai, Kenapa Mesti Percayakan FBI Dan WSJ?

Melihat kepada reaksi balas daripada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pendedahan laporan siasatan keatasnya mengenai skandal BMF dan pembunuhan Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim semalam, timbul persoalan, kenapa Mahathir hanya mampu menjawab, pendedahan berkenaan hanyalah bermotifkan politik yang mahu menjatuhkannya?

Seperti biasa, Mahathir akan kekal memegang ego dan menyimpan kemas rahsianya daripada diketahui umum, walaupun pada hakikatnya, CIA sendiri telah mendedahkan skandal berkenaan kepada dunia. Adakah Mahathir hanya mampu menyediakan jawapan ala-ala Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja? Cukupkan sekadar penafian tanpa sebarang bukti sahih?

Click Here

Menariknya, semasa mengemukakan reaksi balas terhadap laporan berkenaan, Mahathir seolah-olah mengajak semua pihak agar tidak memperdulikan apa sahaja yang disebarkan menerusi laporan berkenaan. Bagi diri dan penyokongnya, apa yang dilaporkan CIA berkenaan tidak tepat dan tidak boleh dipercayai.

Namun lain pula nada Mahathir dan pengikutnya apabila ianya menyentuh prihal Perdana Menteri yang kononnya disiasat oleh FBI. Malah, apa sahaja dakwaan yang dikeluarkan oleh WSJ wajib dibaca dan dinilai sebagai laporan penuh intergriti dan telus.

Menarik untuk ditanyakan kepada pengikut Mahathir dan pembangkang ini adalah, CIA itu bukan bertapak di Amerika kah sehingga boleh memilih pihak mana yang boleh dipercayai dan pihak mana yang tidak boleh dipercayai?

Jelas pada pandangan mereka, apa sahaja pertuduhan yang membabitkan pemimpin kesayangan mereka, mereka akan dakwa ianya satu penipuan dan konspirasi. Walhal, laporan berkenaan sudah disiapkan sejak lebih 30 tahun yang lalu di mana pada waktu itu, tiada kemudahan internet mahupun media sosial seperti hari ini.

Megawati Sebut Kalau Mau Jadi Orang Islam, Jangan Jadi Orang Arab

Islamedia – Ketua Umum Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) Megawati Soekarnoputri mempersoalkan orang yang beragama namun menanggalkan ke-Indonesiaannya. Mega menyebut bahwa : “kalau mau jadi orang Islam, jangan jadi orang Arab”.

Pernyataan Megawati ini disampaikan Megawati dalam sambutannya pada peringatan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-44 PDIP di Jakarta Convention Center (JCC), Jakarta Pusat, Selasa (10/1/2017).


Megawati mengutip pernyataan Soekarnya dengan mengatakan, “Kalau kamu mau jadi Hindu, jangan jadi orang India. Kalau kamu mau menjadi orang Islam, jangan jadi orang Arab…” (sontak hadirin bertepuk tangan riuh)


Kemudian Megawati melanjutkan perkataanya “Kalau kamu mau jadi orang Kristen, jangan jadi orang Yahudi “, “Tetaplah jadi orang Indonesia dengan adat budaya Nusantara yang kaya raya ini.”


Dalam kesempatan tersebut Megawati menuding pihak-pihak yang dianggapnya antikeberagaman. Mereka disebut Megawati sebagai penganut ideologi tertutup yang memicu isu konflik bernuansa suku, agama, ras, dan antargolongan (SARA). Mereka juga, kata dia, bertentangan dengan Pancasila.[islamedia.id]

Najib Sekarang Melakukan Sesuatu Sangat Bahaya Lebih Bahaya Dari 1MDB – Mahathir

CYBERJAYA, 2 Safar 1438H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang melakukan sesuatu yang amat bahaya dan jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Bekas Perdana Menteri berkata, dalam pada hutang 1MDB masih belum berbayar, Najib kini membuat hutang baharu berjumlah RM55 bilion dengan China bagi pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

Beliau berkata, Najib melakukan perbuatan bodoh dengan membuat hutang baharu, tetapi tidak menyelesaikan hutang lama yang ditanggung oleh 1MDB.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketikaberucap pada majlis kesyukuran, solat hajat dan tahlil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, malam tadi. Hadir sama, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Hari ini perbuatannya lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan dengan wang 1MDB. Dia nak tunjuk legasi dia, sesuatu peninggalan dia yang besar yang mengagumkan. Dia mula-mula bercakap untuk membina high speed train dari Singapura ke Kuala Lumpur.

“Sekarang ini nak dibina East Coast Railway. High speed train kalau nak bina memang menelan belanja yang banyak, sedangkan kita tahu nak bayar hutang 1MDB pun tak ada duit, tiba-tiba nak buat highspeed train RM50 bilion.

“Lepas itu terbaru nak buat East Coast Railway RM55 bilion.. Dah la kita hutang 1MDB RM53 bilion yang belum dibayar, sekarang ini nak buat high speed train.. jadi RM103 bilion.. lepas itu nak buat East Coast Railway RM55 bilion.

“Jumlah semua RM158 bilion tambahan hutang… bukan nak bayar hutang, tetapi meningkatkan lagi jumlah hutang negara, jumlah hutang kerajaan. Kalau kita fikir, ini adalah perbuatan yang bodoh,” katanya mengulas perjanjian dicapai dalam lawatan enam hari Najib ke China bermula Isnin lalu.

Tun Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan itu disebabkan Najib menghadapi masalah iaitu untuk membayar hutang yang dituntut oleh sebuah syarikat Arab sebanyak RM27 bilion dan beliau tidak mampu membayarnya.

Sebab itu, katanya, ada laporan yang mengatakan Najib meluluskan pembinaan East Coast Railway dengan harapan nilai kontrak ialah sebanyak RM30 bilion, tetapi harga yang diletakkan ialah RM60 bilion sebelum diturunkan kepada RM55 bilion.

“Lebihan itu diguna untuk membayar hutang kerajaan.. Ini sangkaan kita… mungkin betul mungkin tidak,” katanya.

Namun, hakikatnya, beliau berkata, Najib membuat pinjaman daripada syarikat China berjumlah RM55 bilion kerana beliau tidak perlu membayar sehingga tahun 2027 atau 2027.

“Tak pernah kita dengar bahawa wang yang sebegitu banyak dipinjamkanKEMAS KINI: Najib sedang buat kerja lebih teruk daripada 1MDB, kata Tun Dr Mahathir kepada mana-mana pihak dengan faedah yang rendah dan dibayar balik kemudian. Bermakna kita akan berhutang kepada syarikat China ini sebanyak RM55 bilion yang akan ditanggung oleh generasi yang akan datang,” katanya.

Mengatakan bahawa Najib telah meletakkan Malaysia dalam keadaan terhutang budi kepada China, Tun Dr Mahathir mengingatkan rakyat bahawa Malaysia kini sedikit sebanyak telah meletakkan diri di bawah pemiutang.

“Macam mana nak bayar balik, sedangkan ekonomi merosot, kerajaan tidak punyai wang. Inilah keadaan kewangan negara kita yang hampir bankrap. Sesebuah negara tidak patut berhutang begitu banyak, belanja wang yang ada saja. Bukan saja risiko bankrap, tetapi terhutang budi kepada orang yg memberi hutang, apabila mereka minta sesuatu, kita akan beri.

“Ini apa yang berlaku sekarang, kita lihat tanah kita telah dibeli oleh pihak yang memberi hutang Edra dan macam-macam yang merosakkan ekonomi negara dalam satu arah yang meletakkan negara kita dalam kuasa asing,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia sepatutnya merupakan sebuah negara yang neutral, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak terikat dengan hutang bagi mengelakkan kita dijajah.

“Kita lihat bagaimana Najib sanggup melayan tuntutan China. Ini satu perkara luar biasa. Biasanya, pemimpin lain, 3 hari 2 hari lawatan, sudah cukup. Kali ni Najib pergi 6 hari, tandatangan 14 perjanjian.

“Sekiranya ia dilaksanakan, banyak lah tanah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk bina laluan kereta api. Nampak jelas Najib sanggup jual tanah ini kerana masalah peribadinya.

“Saya tak tahu apa lagi dia boleh buat untuk rosakkan negara. Percayalah, kalau dia sanggup berhutang dengan banyak, tanpa mengambilkira kebolehupayaan kita bayar balik, macam-macam kerosakan lagi dia boleh buat.

“Jual tanah kepada orang asing, kilang elektrik, apa lagi yang nak dijual. Lama-lama kita dah tiada apa-apa,” katanya.

Dr Mahathir mengaku sebabkan kerugian tapi tak susahkan rakyat.

http://0b4182601a.site.internapcdn.net/adnetwork/default/assets_728x90/index.html

oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam negara amat tidak baik.

Khususnya mereka tentu tahu bahawa perdana menteri telah dituduh melesapkan beribu juta ringgit duit kerajaan (rakyat).

Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.

Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih AS$3.5 bilion sudah dilesapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari AS$3.5 bilion.http://0b4182601a.site.internapcdn.net/adnetwork/default/assets_300x250/index.htmlJika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.

Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.

Miliki 24 kereta

Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.

Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi perdana menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.

Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi perdana menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit kerajaan (duit rakyat) berbilion ringgit.

Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya perdana menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.

Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi perdana menteri.

Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan negara.

Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.

Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.

Saya berpendapat gaji saya sebagai menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri lebih dari mencukupi.

Kerugian akibat Mahathir

Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.

Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.

Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.

Saya akui ada kala kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.

Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang.

Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.

Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.

Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”.

Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.

Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.

Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

Mahathir: Saya tuduh Najib lesapkan wang

Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian kerajaan disebabkan saya masukkan duit kerajaan dalam akaun peribadi saya?

Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi RM2.6 bilion untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya dan dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.

Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.

Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Apakah sebabnya yang Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali?

Kenapakah undang-undang negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.

Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai.

Jangan guna jabatan kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.

Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.

Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.

Pertemuan Dr M – Agong: Najib jangan melalut salah fakta – Mahfuz

Ulasan PM Najib Razak mengenai pertemuan antara bekas PM Dr Mahathir Mohamad dan Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dikecam oleh ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz, Najib tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan bercanggah dan tidak tepat mengenai pertemuan berkenaan untuk meraih keuntungan politik sebelah pihak.

“Saya agak hairan kenapa PM Najib begitu ghairah untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir yang di terima mengadap pada 15 Sept 2016.

“Kalau pun tujuan kenyataan PM Najib untuk memperlekehkan Tun M tetapi tidak seharusnya menunjukan fakta yang salah.

“Peristiwa pertemuan 4 mata tersebut berlaku di Istana Anak Bukit.Yang peliknya PM Najib dalam kenyataannya menyebut pertemuan tersebut berlaku di Istana Bukit Malut.

“Kan berbeza antara Bukit Malut dengan Anak Bukit. Bukit Malut di Langkawi. Anak Bukit dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar.Bukit Malut dan Anak Bukit dipisahkan oleh laut.Nampak PM Najib pening dan melalut dengan Bukit Malut,” sinis Mahfuz.

Mahfuz juga mengutarakan kesalahan fakta mengenai Deklarasi Selamatkan malaysia dengan menyatakan deklarasi PBBM, iaitu parti srpihan Umno yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir.

“Deklarasi Rakyat disebut Najib dalam kenyataannya sebagai Deklarasi PBBM. Satu dunia tahu Deklarasi tersebut diusahakan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) yang diketuai oleh Tun M dan disertai oleh individu individu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

“Waktu itu PBBM pun belum ditubuh lagi.Tan Sri Muhyidin, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Shafie masih lagi Ahli Umno pada waktu pelancaran Deklarasi Rakyat.

“Kenyataan PM Najib satu penghinaan pada TUANKU YDPA dengan menyatakan Tuanku Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri usaha yang lakukan oleh PBBM dalam Deklarasi PBBM.

“Kenyataan PM Najib seolah-olah YDPA tak faham fakta sebenar antara Deklarasi Rakyat dengan Deklarasi PBBM.Najib meletakkan YDPA sama taraf dengan Ahli Parlimen Langkawi yang mentafsirkan MO1 adalah YDPA.

“Najib perlu mohon maaf pada Tuanku YDPA atas penghinaannya dan Najib perlu sedari yang beliau sudah tidak layak menduduki kerusi Perdana Menteri. Saya harap Najib tahu cara untuk mengundur diri sebagai PM sepertimana yang di lakukan oleh Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir,” katanya.

TUN MAHATHIR AZAM JATUHKAN UMNO, BN BUKAN NAJIB SAHAJA SEKARANG

Dr Mahathir berucap di Negeri Sembilan malam tadi di depan ribuan rakyat termasuk pengerusi Amanah negeri dan PKR.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berazam akan menjatuhkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang, bukan sekadar Datuk Seri Najib Razak sahaja, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir berkata hasratnya menubuhkan PPBM bukan semata-mata kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tetapi kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) juga.

“Saya berusaha untuk jatuhkan Umno dan kerajaan BN,” tegas Tun Mahathir di depan pemimpin Amanah, PKR dan orang ramai yang penuh sesak di hadapan beliau.

“Dulu saya keluar Umno saya tak fikir nak tubuh parti. Tapi kali ini saya cuba adakan parti lain yang berhasrat lawan Umno dan BN

“Sebabnya perbuatan pemimpin Umno hari ini, ketua bahagian, wakil rakyat mereka lakukan jenayah besar sukar bagi kita fahami.

“Saya nak singkir manusia ini, nak singkir Najib.

“Tapi kalau singkir Najib saja tak guna tanpa parti yang dia pimpin,” kata Tun Mahathir.

Dulu, katanya, Umno untuk bangsa dan tanah air tetapi hari ini berjuang untuk Najib itu.

“Ia tak masuk dalam perlembagaan. Saya tengok balik perlembagaan baca lima kali takda pula sebut pertahankan Najib,” kata Tun Mahathir sinis.

Untuk menang, katanya, semua pihak perlu bersatu dan keluar dari Umno.

“Kita akan kalahkan Najib dengan parti pribumi bersatu untuk ini kita perlukan kekuatan.

“Kekuatan rakyat mestilah dengan segera jadi ahli parti pribumi bersatu …alhamdulillah malam ini saya terima 1000 permohonan dan kita harap rakyat Negeri Sembilan tolak Umno dan BN,” ujar bekas perdana menteri ini.

Kata beliau dalam usaha ini jika sekalipun perdana menteri tidak turun, beliau berkata PPBM dan pakatan pembangkang akan tunggu pilihan raya akan datang.

“Jika Najib tidak turun sekarang kita terpaksalah tunggu hingga pilihan raya….kita akan tunggu.

“Parti lawan BN menang bukan kerana BN kuat sebaliknya pakatan pembangkan tidak bersatu, jadi tak boleh menanglah.

“Jika mereka bersatu termasuk Pas kita boleh kalahkan BN.

“Nak kata parti lawan kerajaan pun tak kena sekarang ni kerana di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan pembangkang sudah jadi ‘kerajaan’ jadi Umno-BN ni sebenarnya sudah separuh kerajaan lah,” ujarnya disambut derai tawa penyokong malam tadi.

Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Zulkifly Mohamad Omar dan Ketua Pemuda Amanah negeri, Shahrizal Masrudi serta Setiausaha PKR Negeri Haji Ismail selain ahli jawatankuasa PPBM. – Malaysia Dateline

Politik tong najis Mahathir Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuat kejutan besar apabila hadir memberi sokongan kepada musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah pada 5 September lalu.

Selepas 18 tahun, pertemuan itu dianggap detik penuh sejarah apabila kedua-dua musuh politik itu bertentang mata dan dilihat berjabat tangan.

Pertemuan antara kedua-dua tokoh itu menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi. Antara penyokong Mahathir (baca: Parti Pribumi Bersatu Malaysia – BERSATU), Datuk Seri Najib Razak (baca: BN) dan Anwar (baca Pakatan Harapan) masing-masing mentafsirkan pertemuan itu dengan perspektif yang berbeza-beza.

Tidak kurang juga yang bersikap sinis terhadap kedua-dua tokoh itu dan menganggap pertemuan tersebut sebagai lawak terbaik yang pernah dipersembahkan di abad ini.

Pak cik dan mak cik di kampung-kampung barangkali menerima berita tersebut dengan mulut hampir ternganga.

Apa yang berlaku selepas ini, tiada sesiapa yang dapat menjangkakannya. Barangkali Malaysia memerlukan seorang Nostradamus untuk meramalkan kejutan demi kejutan yang bakal berlaku dalam politik negara.

Yang pasti masih terlalu awal untuk merumuskan pertemuan kedua-dua tokoh itu dan kesannya kepada lansdkap politik tanah air.

Kejutan dan drama

Kedua-dua tokoh itu sememangnya penuh dengan kejutan dan drama. Sebagai pemimpin yang bergelumang dalam dunia politik berpuluh tahun lamanya, tentu kedua-dua mereka mempunyai pengalaman dan kebijaksaan politik tersendiri.

Kebijaksanaan politik itu memerlukan strategi pintar serta percaturan nakal yang kadang kala sukar pula diramal.

Ibarat pendekar yang sedang berpencak silat dalam gelangang. Dan sebagai pendekar, tentu sekali gaya dan langkah kependekaran itu memerlukan kepintaran tinggi juga, dan sedikit sebanyak tipu muslihat.

Pertemuan 5 September itu juga tidak mungkin berlaku secara spontan atau tanpa dirancang, sekurang-kurangnya di pihak Mahathir.

Melalui berita dan gambar, kita hanya tahu Mahathir menemui Anwar, manakala Anwar menyambut salamnya dengan senyuman termanis yang dapat diberikan.

Selebihnya, apa yang berlaku di belakang tabir sebelum pertemuan itu, hanya mereka yang tahu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang kini semakin kuat dan berpengaruh dalam PKR tentu lebih arif mengenai hal ini.

Sebagai ahli politik, tidak ada sebab mengapa Anwar perlu mengelak daripada bertemu Mahathir. Ia adalah kesempatan terbaik baginya untuk menonjolkan dirinya sebagai tokoh berjiwa besar dan bukan pendendam di sebalik dakwaan sekian lama dia dianiaya bekas bosnya itu.

Bagi Mahathir pula tindakannya itu juga pasti dilihat seperti menjilat ludah sendiri. Namun itu sudah tidak penting bagi dirinya kerana keutamaannya pada masa ini adalah menjatuhkan Najib.

Mesej dan wahyu daripada Anwar

Adalah jelas bahawa Mahathir mahu menyampaikan mesej tertentu kepada bekas anak didik dan musuh paling ketatnya dalam sejarah.

Pada kenyataannya selepas itu, Mahathir mengatakan beliau hadir bagi menyokong usaha Anwar mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan memberi lebih banyak kuasa kepada perdana menteri.

Selain itu, mesej-mesej yang dihantar mungkin perlu dibaca secara tersirat. Daripada mesej tersirat itu pula, tidak keterlaluan untuk ditafsirkan bahawa Mahathir sedang mendapatkan sokongan Anwar terhadap parti yang baru yang diasaskannya – BERSATU.

Mahathir tahu bahawa parti baru yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak akan dapat bergerak sendiri tanpa sokongan dan bantuan parti-parti pembangkang lain.

Mahathir juga kini mungkin menyedari kesilapan peribadi yang pernah dilakukan Anwar tidak sehebat kesalahan yang dilakukan Najib.

Tetapi adalah mustahil untuk Mahathir meminta maaf atau mengakui beliau terlibat dalam konspirasi politik untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar seperti yang dipercayai sebahagian besar penyokong pembangkang.

Setakat ini, pendirian Mahathir mengenai salah laku seks Anwar adalah jelas dan tidak berubah. Permohonan maaf kepada Anwar dan penyokongnya hanya akan membunuh dirinya sendiri dan mencampaknya dalam tong sampah sejarah.

Pada masa sama, tidak semua pimpinan dan anggota pembangkang, terutama PKR bersedia menerima kehadiran Mahathir yang pernah dikecam mereka dengan pebagai gelaran seperti korup, zalim, diktator dan sebagainya.

Sekali lagi, Azmin yang menyaksikan pertemuan bersejarah Mahathir-Anwar itu pasti menyedari sentimen tersebut.

Maka persetujuan dan lampu hijau daripada Anwar diperlukan untuk menggerakkan penyatuan antara pembangkang dan BERSATU.

Isyarat pertemuan itu adalah kompromi untuk melupakan sementara dendam peribadi dan persengketaan antara mereka dengan matlamat yang sama, iaitu menyingkirkan Najib.

Hendak berbaik dengan Anwar bermakna Mahathir dan BERSATU perlu berbaik dengan penyokong-penyokong pembangkang juga.

Maka ‘wahyu’ Anwar dari penjara diperlukan Mahathir untuk disampaikan kepada tenteranya di bawah.

Seni segala mungkin

Suatu masa dulu tiada siapa menjangka Anwar akan meninggalkan Abim untuk menyertai Umno dan bukan PAS pada 1982.

Orang PAS kecewa dengan keputusan tersebut, apatah lagi imej dan penampilan Islamik Anwar dan datang dari gerakan Islam.

Keputusan Anwar menyertai Umno kononnya dibuat untuk membersihkan parti itu dari dalam. Sejak itu, karier Anwar sebagai tokoh politik bersinar gemerlapan bak bintang-bintang di langit.

Reputasinya dalam politik Umno mencanak naik. Bermula dengan menewaskan Tun Ghafar Baba untuk jawatan timbalan presiden Umno pada 1993.

Gandingan Mahathir-Anwar ketika itu dianggap pemimpin terbaik di Asia sehingga pembangkang sukar untuk mendapat tempat.

Tidak menghairankan apabila Anwar sangat dicemburui pemimpin PAS. Tidak terkecuali ayam sabungnya ketika itu, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu.

Ada teori mengatakan semakin cepat naik seseorang ahli politik, semakin cepat pula tiba zaman kejatuhannya.

Apabila berlaku penyingkiran terhadap Anwar, Mat Sabu menyindir dan mengungkit semula keputusan bekas pemimpin Abim itu menyertai Umno.

Satu daripada ayat pedas Mat Sabu berbunyi: Bagaimana mungkin Anwar boleh mencuci tong najis sedangkan dia sendiri berada di dalam tong tersebut?

Kata-kata itu seringkali disebut Mat Sabu dalam ceramah-ceramahnya, sehinggalah detik PAS menyambut salam Anwar dan terlibat bersama-sama dalam gerakan reformasi.

Tiada musuh kekal

Dalam politik, tak ada musuh kekal. Yang ada adalah kepentingan bersama. Ungkapan ini dipetik daripada kata-kata terkenal Henry Kissinger – bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Rumus politik itu mungkin terpakai sejak zaman berzaman sehinggalah sampai kiamat nanti.

Namun dalam pertemuan Mahathir-Anwar, tidak dapat dipastikan siapa yang paling banyak mempunyai kepentingan dan mendapat keuntungan daripadanya.

Sekali lagi, Azmin pasti menyedari perkara itu.

Apapun niat Mahathir, adalah jelas beliau menggerakkan kempen menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Najib yang didakwanya melakukan penyewelengan dan salah guna kuasa.

Mahu tidak mahu, sebagai tokoh reformasi dan pemimpin berjiwa besar, Anwar perlu menyambut salam Mahathir demi “menyelamatkan negara” dan mengetepikan marahnya kepada bekas perdana menteri itu.

Kini, kedua-dua tokoh itu – sama ada Anwar atau Mahathir sendiri – sudah berada di luar tong najis seperti pernah diperkatakan Mat Sabu.

Anwar sudah meninggalkan Umno hampir dua dekad lamanya, manakala Mahathir sendiri menubuhkan parti baru untuk menentang parti yang pernah didukungnya sebagai presiden selama lebih 20 tahun.

Mat Sabu sudah lama berbaik dengan Anwar, dan yang terbaru duduk sepentas bersama Mahathir.

Sama ada Mahathir atau Anwar sendiri mungkin sudah tidak lagi ‘berselera’ untuk membersihkan tong najis itu dari luar.

Mereka kini nampaknya lebih berminat untuk menukar terus tong tersebut dan menggantikannya dengan tong baru yang lebih bersih dan tidak tercemar.

Apakah mereka berjaya menukarkan tong itu nanti, hanya masa dapat menentukan.

Huluran tangan antara dua seteru hampir dua dekad lamanya

Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim

Gambar bersalaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi viral di media sosial. – Sumber foto Facebook

SHAH ALAM – Huluran tangan antara dua seteru hampir dua dekad lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, disifatkan sebagai satu amaran jelas kepada BN.

Penganalisis politik menjangkakan peristiwa itu mungkin menjadi titik perubahan landskap politik dalam kalangan pembangkang dan politik tanah air.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata titik sejarah itu perlu dipandang serius oleh BN kerana pertemuan itu bukan sekadar untuk menghantar mesej kepada kepimpinan dalam pembangkang tetapi juga amaran kepada kerajaan.

“Sebelum mereka bertindak untuk bertemu itu, pastinya mereka sudah membuat suatu perkiraan yang menyeluruh. Untuk itu BN perlu berhati-hati dan melihat perkembangan tindakan selanjutnya oleh kedua-dua pemimpin ini.

“Jelas bukan mudah utk Mahathir sendiri mengunjungi, bersalaman dan berbicara dengan seteru politiknya selepas 18 tahun Anwar dipecat. Maksudnya, pasti ada sesuatu yang menggerakkan beliau untuk meleburkan ego politiknya sehingga bersedia membuka hatinya kepada orang yang pernah dimasukkannya ke penjara…sesuatu yang amat penting dan kuat.

“Ini mungkin titik tolak yang memberi sinar baru kepada masa depan politik Malaysia dan menjurus ke arah kerjasama politik lebih bermakna dalam kalangan pembangkang bagi berdepan dengan BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, kehadiran Mahathir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikatakan sebagai tanda sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 menarik perhatian banyak pihak apatah lagi kedua-duanya bersalaman selepas 18 tahun bermusuhan.

Ketika diminta mengulas soal kehadirannya ke persidangan itu, Mahathir menafikan soal berbaik-baik namun mengulang beberapa kali kehadirannya ada kaitan dengan akta tersebut.

Dalam pada itu, Jeniri akui masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian namun sama ada pertemuan itu bakal mencoret sejarah baharu dalam landskap politik tanah air atau tidak, ia bergantung kepada perkembangan selanjutnya pasca pertemuan tersebut.

“Bergantung pada bagaimana perkembangan politik atau tindakan yang akan diambil Mahathir dan kumpulan Anwar dalam minggu-minggu yang akan datang.

“Kalau ada sesuatu yang konkrit berlaku dari segi kerjasama dalam kalangan parti politik pembangkang ini, kemungkinan kita dapat mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna kerana mereka tidak ada pilihan sebenarnya jika betul-betul nak menumbangkan BN kecuali bersatu dari segi hati dan strategi. Ini juga termasuk dengan memastikan Pas berada di pihak mereka,” katanya.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan melahirkan keyakinan pertemuan itu bukan sekadar atas alasan MKN.

“Kalau sekadar nak menyokong isu MKN ini satu sahaja, satu kenyataan media sudah cukup daripada pihak Tun Mahathir. Mungkin itu (sokongan kes MKN) kenyataan politik yang dikeluarkan tapi hakikatnya lebih besar,” katanya.

Melihat kepada suasana itu, beliau melihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu segera mengambil peluang memainkan peranan atas pertemuan itu.

“Saya lihat Bersatu ini agak perlahan dalam gerak kerjanya. Sebelah Anwar memang sudah lama bergerak tetapi di sebelah Tun Mahathir ini nampaknya…kalau Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum diumumkan penubuhan lagi, mereka sudah buat kerja.

“Bersatu ini sudah memohon untuk daftar pun tapi kelihatan masih tidak bergerak lagi. Bersatu kena tunjuk bahawa parti itu hidup,” katanya.

Beliau yang melihat pertemuan itu sebagai bukti dalam politik tidak ada kawan atau musuh selama-lamanya juga percaya Mahathir mengiktiraf Anwar itu mempunyai pengaruh yang besar dalam politik Malaysia.

“Dan untuk mencapai agenda Tun Mahathir, memang sokongan Anwar itu diperlukan.

“Mungkin kedua-duanya tak setuju antara satu sama lain sepenuhnya namun yang penting sekarang musuh mereka sama,” katanya.

Mengulas kemungkinan ada penyokong yang tidak berkenan dengan pertemuan itu, Wan Saiful berkata, penyokong tidak ada keperluan untuk berbaik-baik antara satu sama lain.

“Mungkin ada yang tidak selesa, rasa tidak setuju kerana mereka ini seteru sekian lama tapi sekarang ini, ada musuh yang lebih besar daripada mereka berdua.

“Penyokong boleh kekal dengan pendirian mereka cuma perubahannya dengan pertemuan ini ialah musuh kedua-dua pihak itu menjadi sama iaitu Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri). Saya rasa dalam politik itu yang penting.

“Selagi mana musuh yang nak dilawan adalah entiti yang sama, pihak yang satu lagi ini tidak perlu berkawan pun, hanya perlu melawan musuh yang sama,” katanya.