Ourkizuna

Rabu

Pakar roti canai – Langkah demi langkah

Assalamualaikum


Roti canai memang satu kepakaran mak. Even mamak sekali pun belum ada yang dapat lawan roti canai mak. Pada aku lah. Menantu dia. Shujin pun suka sangat. Komen terpedas dari shujin aritu.. “Kenapa roti canai akak tak sesedap roti canai mak?” (dalam family aku dipanggil akak.. walau pun aku ni anak no 4)


Of course la kan.. Mana boleh aku nak lawan tokey. Hehehe.. Nak bagitau la kan. Apa yang hebat sangat roti canai mak ni. Rotinya tebal. sekilo tepung tu biasanya cuma dapat 17-18 keping roti je. Tapi makan satu dua keping da kenyang gila. Walau pun tebal, tapi luarnya rangup. Dalam tu jadi macam puff tau. Ada layer layer nipis dan lembut. Atuk aku pun kalau nak makan roti canai dia roger mak suruh buat, since nenek aku da tak larat. Mak cerita, masa dia belajar dulu berkilo kilo tepung dia guna nak dapatkan adunan yang cantik. Fuh!!


Ok. Since balik aritu mak buat roti canai, aku pun ambik peluang untuk ambik gambar langkah demi langkah membuat roti canai emak ni.


Marjerin planta

Tepung gandum cap sauh

Nak buat roti canai yang sedap, bahannya mestilah yang terbaik. Mak guna tepung gandum cap sauh dan jugak marjerin planta.


Resepinya sama je dengan resepi yang aku tulis kat SINI – Adunan tepung, telur, garam, gula dan air. Biasanya anggaran tepung adalah 3 cawan setengah ke 4 cawan tepung dengan 1 cawan air. Masukkan 4 cawan tepung ke dalam besen dengan 1 sudu kecil garam, 1 biji telur dan 1 sudu besar gula (garam dan gula ni sebenarnya ikut kesukaan masing masing) 1 cawan air tu masukkan sedikit demi sedikit.. Masukkan setengah cawan dulu. Lepas tu tambah sambil menguli.


Uli sampai masak

Uli sampai masak tu maksudnya kena uli lama dan sampai betul betul lembut.

Sapukan marjerin planta ke seluruh permukaan tepung dan simpan semalaman. Biasanya untuk sarapan pagi mak buat malam dalam pukul 10 gitu. Start canai pukul 6:30.

Dah simpan semalaman.

Canai atas dulang

Mak takde nak canai macam kedai mamak tu. Mak tarik tarik je atas dulang. Tarik jangan sampai koyak. kalau boleh tarik senipis yang boleh. Doh jangan terlalu lembik atau keras, nanti mudah koyak. Susah nak tarik. Dalam buat roti canai part paling susah adalah nak agak kadar kelembutan doh tu. Sebab mak ni jenis pakai resepi dolu-dolu. Semua main agak je. 

Paling senang nak agak adalah, agak-agak lembutnya tu macam doh donat. Simpan jangan terlalu lama nanti lembik kalau awal sangat da canai pulak jadi keras pulak. Serius part ni yang menentukan gebu tak gebu roti tu nanti..

Dah tarik nipis nipis tu lipat dan jadi bentuk camni. Mula mula lipat jadi empat segi. Lepas tu bungkus je. Tapi jangan penyek dulu. Kalau buat kerja cepat boleh la kumpul kumpul macam ni. Kalau jenis aku terkial kial, memang nak kena canai satu goreng satu. Sebab kalau lambat sangat nanti lapisan lapisan tu stick together lepas tu jadi leper je, tak gebu.

Bila nak masak tu, letak marjerin atas pan, lepas tu penyekkan doh tadi. Tapi make sure bahagian tepi tu biar mengelembung sikit. Supaya bila masak dia ada layer layer. Mak kata kalau guna minyak kurang sikit. The whole process mak guna marjerin je. Kalau takde marjerin planta guna cap pelangi je pun takpe.

Jangan sampai hangus pulak. Api jangan kuat sangat.


Tara~~

Roti canai yang dah masak tu terus kepuk ngan tangan. Kepuk tu aku pun tak reti nak terang macam mana. Tapi nak bagi dia nampak gebu camni la. Sedap dicicah dengan kuah dhal. Yummy!!

So lepas ni shujin kata dia pun nak beli 10kg tepung nak suruh aku berlatih buat roti canai biar jadi macam mak punya roti canai ni.


Ye lah tu.. 😛


Jemput makan…

Jangan gagal lagi~! Jom tengok video cara tebar roti canai


Nota kaki : Lupa nak bagitau. Umur aku cukup 29 tahun semalam. So tahun depan aku join tiga series punya group dah. Ouchh.. Ok la kan. Aku kira-kira.. Nanti masa umur 50 (kalau panjang umur..) yang dalam perut ni cukup 20 tahun. Hmm.. Ok la tu.. Hehehe..


Daa


 

https://apis.google.com/u/0/se/0/_/+1/fastbutton?usegapi=1&source=blogger%3Ablog%3Aplusone&size=medium&hl=ms&origin=http%3A%2F%2Fourkizuna.blogspot.my&url=http%3A%2F%2Fourkizuna.blogspot.com%2F2012%2F10%2Fpakar-roti-canai-langkah-demi-langkah.html&gsrc=3p&ic=1&jsh=m%3B%2F_%2Fscs%2Fapps-static%2F_%2Fjs%2Fk%3Doz.gapi.ms.tFN2_YGc7es.O%2Fm%3D__features__%2Fam%3DEQ%2Frt%3Dj%2Fd%3D1%2Frs%3DAGLTcCNI6nNgAbgvFoMCzy2tNkRM7_v8zQ#_methods=onPlusOne%2C_ready%2C_close%2C_open%2C_resizeMe%2C_renderstart%2Concircled%2Cdrefresh%2Cerefresh&id=I0_1486121422388&parent=http%3A%2F%2Fourkizuna.blogspot.my&pfname=&rpctoken=26916984

36 ulasan:

  1. *azni*31 Oktober 2012 11:31 PG

    selamat hr lahir kak rai..akak kan awet muda..walaupun anak nk masuk 3 tp mak nye macam adik2 sekolah gitu..hehe..

    Balas

  2. HeNRieTTa JoSe31 Oktober 2012 11:40 PG

    yummy….arwah nenek pown canai atas talam…

    Balas

  3. Mrs.R31 Oktober 2012 11:50 PG

    hepi belated besday Rai…

    owh, saya skrg agak kureng roti canai mamak (tak lalu sebenarnye…hehe)…tp kalau tosai tu saya mkn la jugak…

    Balas

  4. Kakcik Nur31 Oktober 2012 11:53 PG

    Masa kat kampung dulu kakcik selalu tolong mak buat roti canai macam tu. Rasanya ingat lagi kalau nak buat sendiri. 🙂

    Balas

  5. Nazayiena31 Oktober 2012 12:11 PTG

    Nampak je roti tu memang sedaplah,bolehlah rai plk mewarisi kebolehan mak rai buat roti canai lps nie.

    Balas

  6. MamaAliya31 Oktober 2012 12:18 PTG

    nyum..nyum..teringin nak buat roti canai yang home made.tapi tangan tak kuat ngan menguli doh tepung. huhuu

    Balas

  7. Cho Zila31 Oktober 2012 12:21 PTG

    selamat hari lahir rai… moga dikurniakan rahmat dari Nya… 
    alamak kalau rai masak sedappun dari mak rai ttp tak leh lawan tokei nyer… maalumler orang pengalaman lagi banyak….

    Balas

  8. munna31 Oktober 2012 12:31 PTG

    selamat hari lahir Rai… muda lagi tu…. 

    mmg nampak sedaplah roti canai yg mak rai buat tu

    Balas

  9. cHeRyNa PiReS31 Oktober 2012 12:34 PTG

    Sha nie cepat betul give up bila bekerja dengan tepung kak. At least, akak dengan pregnant boleh kerja dengan tepung. Salute! Siapa sedap belakang kira:)

    Balas

  10. maszull31 Oktober 2012 12:36 PTG

    assalamualaikum Rai…sedapnya tengok roti canai tu…:)

    Balas

  11. cHeRyNa PiReS31 Oktober 2012 12:43 PTG

    Dan anda tak boleh dipanggil Kak Rai:P

    Ntah kenapa rasa hormat tu buat semua org jadi Kak walau sebenarnya diri sendiri yg tua. Hahaha.

    Balas

  12. faraherda.razalan31 Oktober 2012 12:45 PTG

    Peh! Roti canai terbaik. Tapi, tapi…saya tak sgp la Rai.

    29? Muda lagi!

    Balas

  13. Anamarza Sue31 Oktober 2012 12:45 PTG

    resipi orang dulu2 memang main letak je kan, tak de nak sukat2. Rindu roti canai mak, anak2 dah besar dia pun dah tak larat nak mencanai dah, beli je

    Balas

  14. ieja amieja31 Oktober 2012 12:57 PTG

    hepi belated besday rai..
    murah rezki bakal ada ahli keluarga baru ye..
    arwah ayah akk dulu pun rajin buat roti canai..mcm MIL rai jg buat belah mlm sok pagi2 leh canai ..

    Balas

  15. Deq’s Qienz31 Oktober 2012 1:21 PTG

    Wahhh terliur saya..leh cicah gan susu.hihii

    Balas

  16. Irfa31 Oktober 2012 1:39 PTG

    aku igt lagi 3 tahun lalu masa nak masuk angka 3 series..malam tak lena tido sbb rasa cam dah tua sgt,igt mati je masa tu..terasa dekatnya umur aku dgn mati..tah hapa2 kan
    tp bila skrg dah 33..emm ok je 🙂

    roti canai tu aku tunggu ko mahir jelah,nanti aku dtg makan.hehe

    Balas

  17. Aziela31 Oktober 2012 1:59 PTG

    Nak jaga timing dan balancekan lembut gebu tu yang tricky nyer kan…

    Balas

  18. aizamia331 Oktober 2012 4:14 PTG

    petang2 hadap entry ni buat perut jadik lapar.. 😉

    Balas

  19. missina31 Oktober 2012 9:06 PTG

    Nmpk sedap..lg2 garing lg sy suka..Ooo blum 30 lg,,muda giii..hee

    Balas

  20. butterfly31 Oktober 2012 10:58 PTG

    weh tengah malam nie akak baca entry ko terus mcm esok pg nak gi cari roti canai gak, tp tuelah roti canai kedai mamak aduyai x best arr…

    p/s : nasib baik akak x ngandung kalo x kempunan akak nak mkn roti canai mak ko tue hu..hu..

    Balas

  21. sal ya1 November 2012 4:36 PG

    eh, adik la dgn akak ni. hehehe… sama macam dgn my sis buat. cumanya dia dah tak lama buat sebab leceh. bab tarik pada dulang pun sama. kepuk pun sama. semua sama la.

    Balas

  22. rATu kEBaYA1 November 2012 10:18 PG

    memang terbaiklah roti canai ni.. mesti puas…

    Balas

  23. hijabista couture25 September 2014 3:37 PTG

    http://edoramiya.sharethisstory.net/my-885414-5800

    Balas

  24. ahlia azharjaafar8 November 2014 7:58 PTG

    teringat resepi arwah mak..main agak2 jugak..hihihi..tp mmg terbaek la kalu buat sendiri..puas kami adik beradik mkn..

    Balas

  25. mohd affendi arifin27 Mac 2015 11:51 PTG

    boleh tak agak2 untuk 1 kg, berapa banyak air, telur, garam dll yg perlu digunakan?

    Balas


    Balasan

    1. Rai OurKizuna27 Mac 2015 11:57 PTG

      1kg tepung guna 1biji telur gred A. Airnya saya main agak je.. Tapi try 3cwn air.. Tapi masuk sikit sikit airnya.. Masuk 1cwn uli.. Masuk cawan kedua, uli.. Cawan ketiga tu masuk sikit2.. Kelembutannya tu agak2 mcm lembut cuping telinga..

      Garam 2sudu kecil je saya letak..

    2. Balas

  26. Pengedar Shaklee Cheras7 Ogos 2015 9:26 PG

    Alhamdulillah terima kasih sebab tulis artikel resepi ni lengkap step by step
    utk noob macam saya ni sangatlah berguna

    esok kena buat roti canai maksudnya malam ni dah kena bancuh bahan

    anak ketiga suka sanbgat roti canai

    boleh sis Rai cadangkan kuali leper tu nak beli mana?

    terima kasih

    Balas

  27. Rai OurKizuna7 Ogos 2015 10:41 PG

    @Pengedar Shaklee Cheras, kuali leper tu mak saya je ada..saya tak pasti dia beli mana.. saya masak atas pan biasa je..

    Balas

  28. tom tom21 Ogos 2015 1:19 PTG

    Nampak mcm senang jer.. thank bg resepi.. nanti nk cuba buatlh…

    Balas

  29. tom tom21 Ogos 2015 1:21 PTG

    Nampak mcm senang jer.. thank bg resepi.. nanti nk cuba buatlh…

    Balas

  30. ashlaam azman24 Disember 2015 7:11 PG

    Baru nk blajar…senang lps nie nk makan buat sendiri…:-D

    Balas

  31. Shafiq Akmal20 Mac 2016 12:27 PTG

    Kalau nak buat Frozen better masak lama ke kejap je

    Balas

  32. Shafiq Akmal20 Mac 2016 12:31 PTG

    Kalau nak buat Frozen better masak lama ke kejap je

    Balas

  33. Nick Kamal13 Oktober 2016 9:35 PTG

    Huissss terbaik resepi akak rai…tq…

    Balas


    Balasan

    1. amirul exok27 Disember 2016 3:00 PTG

      Saya dh byk kali cuba buat tapi kenapa hasilnya roti jadi keras setelah digoreng

    2. Balas

  34. luppy29 Disember 2016 11:24 PTG

    Tak sedap pun

    Balas

https://www.blogger.com/comment-iframe.g?blogID=4502091922241040699&postID=3929188580481582373&m=1&blogspotRpcToken=4678875#%7B%22color%22%3A%22rgb(102%2C%20102%2C%20102)%22%2C%22backgroundColor%22%3A%22rgb(255%2C%20255%2C%20255)%22%2C%22unvisitedLinkColor%22%3A%22rgb(34%2C%20136%2C%20187)%22%2C%22fontFamily%22%3A%22%5C%22Trebuchet%20MS%5C%22%2C%20Trebuchet%2C%20Verdana%2C%20sans-serif%22%7D

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^

Links to this post

https://accounts.google.com/o/oauth2/postmessageRelay?parent=http%3A%2F%2Fourkizuna.blogspot.my&jsh=m%3B%2F_%2Fscs%2Fapps-static%2F_%2Fjs%2Fk%3Doz.gapi.ms.tFN2_YGc7es.O%2Fm%3D__features__%2Fam%3DEQ%2Frt%3Dj%2Fd%3D1%2Frs%3DAGLTcCNI6nNgAbgvFoMCzy2tNkRM7_v8zQ#rpctoken=779994587&forcesecure=1

Resepi roti canai emak yang sedap dan mudah

Assalamualaikum


Sebagai anak emak, aku memang rasaresepi roti canai mak aku yang terbaikyang pernah aku rasa setakat ni. Dibandingkan dengan roti canai kat kedai memang tak terlawan lah. Sungguh pun ada apprentice mak yang datang belajar buat roti canai dan bukak kedai, tapi tetap tak boleh lawan roti canai mak. Aku rasa yang membuatkan roti canai mak yang tersedap bagi aku adalah, rotinya tebal tapi rangup diluar dan lembut di dalam, setiap lapisan roti tu nipis membuatkan roti tu rangup walau pun tebal. Sekilo tepung, cuma dapat lebih kurang 18 keping roti. Makan sekeping dua dah kenyang. Tapi untuk aku tiga keping lah. Hahaha… Dasar mentekedarah..


So setelah beberapa kali shujin mengugut nak hantar aku balik kampung kalau aku tak buatkan roti canai untuk dia, aku pun merajinkan diri buat roti. Aku cakap nak buat 500gm tepung je. Bukan ramai pun. Kitorang laki bini je. Shujin berdegil nak sekilo. Matila aku menguli tepung tu. Tapi shujin nak aku buat kecik kecik je saiznya. Dan nipis. So sekilo tepung tu dapat 35 keping. Makan dua orang okey. Pagi petang siang malam makan roti canai. Mabuk aku!


Resepi roti canai mak aku
Bahan-bahan
Tepung gandum – mak kata cap sauh tu yang terbaik
Air
Gula lebih kurang 2 sudu 
Garam sikit
Sebiji telur
Marjerin secukupnya


Kaedah
Gaul tepung gandum dengan garam. Buat bulatan kat tengah. Pecahkan telur dan kacau. Lepas tu masukkan air. Uli sampai tak melekit. Lepas tu bahagikan kepada beberapa bahagian. Lebih kurang 50g setiap bahagian. Lepas tu bulat-bulatkan. Sapu dengan marjerin ke semua bahagian. Jangan ada yang tertinggal. Tutup lepas tu simpan sekurang-kurangnya 6-8jam. Aku biasanya buat malam. Pagi baru tebar. 

Tips mendapatkan roti canai yang rangup diluar dan lembut di dalam
Dapatkan panduan lengkap cara cara buat roti canai dan kuah yang sedap


Lepas dicanai lipat-lipat dan bentukkan bulat macam ni. Jangan lupa
letak marjerin masa setiap proses
Penyek penyek untuk digoreng 
Selepas digoreng. Goreng pun letak marjerin tau

Kalau kat kedai diorang banyak guna minyak je. Tapi kalau guna marjerin lebih sedap dan wangi. Kos nak membuatnya pun murah gila. Aku dapat 35 keping tu lebih kurang saiz kedai makan. Maksudnya kalau jual dapat RM35. Kosnya baru berapa hengget. Gila lah. Aku patut bukak kedai makan. Hahahaha..