Resepi roti canai emak yang sedap dan mudah

Assalamualaikum


Sebagai anak emak, aku memang rasaresepi roti canai mak aku yang terbaikyang pernah aku rasa setakat ni. Dibandingkan dengan roti canai kat kedai memang tak terlawan lah. Sungguh pun ada apprentice mak yang datang belajar buat roti canai dan bukak kedai, tapi tetap tak boleh lawan roti canai mak. Aku rasa yang membuatkan roti canai mak yang tersedap bagi aku adalah, rotinya tebal tapi rangup diluar dan lembut di dalam, setiap lapisan roti tu nipis membuatkan roti tu rangup walau pun tebal. Sekilo tepung, cuma dapat lebih kurang 18 keping roti. Makan sekeping dua dah kenyang. Tapi untuk aku tiga keping lah. Hahaha… Dasar mentekedarah..


So setelah beberapa kali shujin mengugut nak hantar aku balik kampung kalau aku tak buatkan roti canai untuk dia, aku pun merajinkan diri buat roti. Aku cakap nak buat 500gm tepung je. Bukan ramai pun. Kitorang laki bini je. Shujin berdegil nak sekilo. Matila aku menguli tepung tu. Tapi shujin nak aku buat kecik kecik je saiznya. Dan nipis. So sekilo tepung tu dapat 35 keping. Makan dua orang okey. Pagi petang siang malam makan roti canai. Mabuk aku!


Resepi roti canai mak aku
Bahan-bahan
Tepung gandum – mak kata cap sauh tu yang terbaik
Air
Gula lebih kurang 2 sudu 
Garam sikit
Sebiji telur
Marjerin secukupnya


Kaedah
Gaul tepung gandum dengan garam. Buat bulatan kat tengah. Pecahkan telur dan kacau. Lepas tu masukkan air. Uli sampai tak melekit. Lepas tu bahagikan kepada beberapa bahagian. Lebih kurang 50g setiap bahagian. Lepas tu bulat-bulatkan. Sapu dengan marjerin ke semua bahagian. Jangan ada yang tertinggal. Tutup lepas tu simpan sekurang-kurangnya 6-8jam. Aku biasanya buat malam. Pagi baru tebar. 

Tips mendapatkan roti canai yang rangup diluar dan lembut di dalam
Dapatkan panduan lengkap cara cara buat roti canai dan kuah yang sedap


Lepas dicanai lipat-lipat dan bentukkan bulat macam ni. Jangan lupa
letak marjerin masa setiap proses
Penyek penyek untuk digoreng 
Selepas digoreng. Goreng pun letak marjerin tau

Kalau kat kedai diorang banyak guna minyak je. Tapi kalau guna marjerin lebih sedap dan wangi. Kos nak membuatnya pun murah gila. Aku dapat 35 keping tu lebih kurang saiz kedai makan. Maksudnya kalau jual dapat RM35. Kosnya baru berapa hengget. Gila lah. Aku patut bukak kedai makan. Hahahaha..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s