10 Bahasa Dosa Penyebab Anak Degil dan Bermasalah

10 Bahasa Dosa Penyebab Anak Degil dan Bermasalah
| Zaman sekarang sangat mencabar untuk anak-anak kita membesar. Persekitaran mereka dipenuhi bermacam pengaruh buruk, sama ada daripada orang sekeliling, media TV, internet dan bahan bacaan. Masalah sosial dan salah laku dalam masyarakat juga makin bertambah melarat. Kadang-kadang saya rasa kesian pada anak-anak, kerana terpaksa melalui suasana sebegini mencabar, bukan saja pada jati diri dan survival, tapi juga pada moral dan akhlak, serta akidah. Nak tak nak kita sebagai ibu bapa kena persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) untuk mendidik anak-anak sebaik mungkin.

Cara kita bercakap dengan anak boleh membina ataupun meruntuh jiwa anak. *image googled*

Kalau kita perhatikan orang-orang yang bermasalah, contohnya para penjenayah, anak yang derhaka, remaja yang keciciran sekolah, yang ada depression, dll, semuanya tak jadi begitu dalam sehari dua. Ia bermula dari rumah, dari tangan-tangan ibu ayah atau penjaga yang mendidiknya.
Anda boleh lihat sendiri hasil asuhan ini pada komen-komen di FaceBook yang penuh dengan bahasa hukuman yang kasar dan penuh maki hamun. Itu baru di alam maya, belum lagi tengok yang di dunia nyata. Realitinya memang menyedihkan.
Bila selalu berdiskusi dengan pakar psikologi, Dr. Azlina Roszy, makin terlihat banyak kesilapan cara mendidik anak yang dilakukan oleh rata-rata orang kita hingga menjejaskan pertumbuhan mental emosi anak-anak.
“Aku dulu pun selalu kena marah, kena rotan juga. Tapi elok je jadi orang sampai sekarang.”
Memang ramai yang berfikiran begini. Tapi anda mungkin tidak tahu berapa ramai yang menyimpan dendam, rasa terkilan, dan trauma hingga dewasa kerana pengalaman dibesarkan yang tidak indah. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Anda “OK”, tak bermakna orang lain pun begitu juga.

Saya rasa masih ramai yang tidak sedar bahawa cara dibesarkan yang penuh makin hamun, neglection dan kurang perhatian dan kasih sayang banyak menjadikan ramai daripada kita menyimpan beban emosi yang sangat berat.
Sesetengahnya (terutama anak remaja) memilih untuk `memberontak` dan membuat masalah di sana sini kerana tak tahu ke mana nak disalurkan kesunyian, kesedihan dan kekecewaan mereka. Paling menyedihkan lagi, ada juga yang terpaksa menanggung kesan “kecederaan emosi” ini hingga dewasa, sampai ada yang dilanda kemurungan@depression dan bermacam lagi penyakit mental yang lain disebabkan cara dibesarkan yang salah.
(By the way, sakit mental tak semestinya menjadi gila. And no, kurang iman bukan punca manusia menjadi depressed. Ia jauh lebih kompleks daripada yang ramai orang sangka! )
Satu hal yang sering menjadi penyebab anak degil dan bermasalah tapi dianggap remeh adalah soal komunikasi yang kurang berkesan. Kadang-kadang kita menunjukkan perhatian dan kasih sayang dengan bahasa yang salah hingga anak-anak jadi terluka dan menjauhkan diri. Bahasa sebegini juga akan menjadikan anak-anak degil tak mahu mendengar cakap, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri.
Hakikatnya, dengan memilih perkataan yang baik dan sesuai pada tempat dan masanya, boleh memberikan impak yang sangat besar kepada pertumbuhan emosi anak. Sebab itu kena hati-hati, jangan sampai membunuh jiwa anak hingga menjadikan mereka rendah diri, takut, rasa tidak disayangi dan rasa tidak berguna.
10 “Bahasa Dosa” penyebab anak degil dan bermasalah yang wajib dielakkan ketika bercakap dengan anak

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.

Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.
1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya. 🙂
3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.
4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
5) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
7) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”

Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*

Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?

Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.
8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*

Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.
9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya. 🙂

07:01 Pendidik alaf21
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Next
7 Tips Ceraikan Susu Badan dengan Mudah dan Cepat
Previous
Allahyarham SM Salim: “Janganlah Mainkan Lagu Saya Sekurang-Kurangnya 30 Hari Selepas Saya Meninggal”, Keluarga Harap Media Penuhi Amanat Terakhir Allahyarham SM Salim
Recent Posts

( GAMBAR ) Subhanallah.. Kuasa Allah.. Kucing Mengandung Dilanggar Kereta.. Berapa Share utk Kita Sama-sama Doakan Kesihatan Kucing ini bersama Anak-anaknya ?
Kucing Mengandung Dilanggar Kereta | Tak Kuat Jangan Tengok!####selepas dirawatjeng jeng jeng ..###[…]

7 Kunci Untuk Kebahagiaan Hidup
7 Kunci Untuk Kebahagiaan Hidup[:]Menurut saidina Ali bin Abi Talib, kunci kebahagiaan hidup ada 7 p[…]

Subhanallah!! Inilah Keistimewaan Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah Yang Mungkin Orang Kita Tidak Tahu! Jom Sebarkan!
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةٌ فِي مَسْ[…]

Percaya Tak Rezeki Itu Ada Kaitan Dengan Isteri?
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usa[…]

Jom Amalkan Doa ini Sebelum Tidur, Insya Allah Hutang Sebesar Gunung akan LUNAS, MOHON SE

BARKAN!!
Diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih[…]
0 comments Blogger 0 Facebook 0
Post a Comment

Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Search This Blog

Populars
Comments
Archive
Popular Posts

Uncang Teh Dah Pakai, Jangan Buang Dulu. Ni 7 Manfaatnya Anda Kena Tahu!
Biasalah kan dah guna terus ke tong sampah lah tempatnya kan? Jangan begitu! Banyak sebenarnya kegunaan uncang teh ni tau. 1. Meng…
Doa Selepas Solat Fardhu Mudah Dan Ringkas
Doa merupakan perkawa yang dilakukan untuk memohon kepada Allah. Selepas solat kita akan berdoa. Pada kali ini kami kongsikan dengan anda …

Doa Ketika Sebak Dada, Menghadapi Resah Gelisah Dan Doa Menolak Menolak Sihir
Asslamualikum.. Ini adalah Doa Ketika Sebak Dada, Menghadapi Resah Gelisah Dan Doa Menolak Menolak Sihir. Ertinya : Bukankah kami…
10 Bahasa Dosa Penyebab Anak Degil dan Bermasalah
| Zaman sekarang sangat mencabar untuk anak-anak kita membesar. Persekitaran mereka dipenuhi bermacam pengaruh buruk, sama ada daripada oran…

Subhanallah…!!! Inilah Kelebihan dan Manfaat Surat Al-Kafirun. Bantu Share Ya Agar Menjadi Nilai Ibadah
Surah Al-Kafirun turun ketika kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi Muhammad SAW. dengan menawarkan kekayaan agar beliau …

Advertisements

Kenapa shalat Duhur dan Ashar senyap

​Tahukah anda mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara kuat? Pertanyaan ini mungkin mewakili sebahagian besar masyarakat muslim awam yang mungkin hanya sekadar mengikuti apa yang telah dilakukan oleh ayah, ibu dan masyarakat di sekelilingnya. Sesungguhnya, mengetahui selok belok agama menjadi wajib bagi seorang muslim.


Terdapat peribahasa yang menyatakan bahawa satu ibadah dengan ilmu lebih baik daripada seribu ibadah tanpa ilmu. Sehingga dengan demikian kita perlu mengetahui tata cara solat seperti hukum mengeraskan bacaan dalam solat.


Masalah jahar ataupun sirr ketika melafazkan bacaan surah bukanlah persoalan apakah itu wajib ataupun sunat dan menjadikan kesalahan tersebut disempurnakan dengan sujud sahwi seperti lupa bertahyat awal. Akan tetapi bacaan solat zuhur yang dikeraskan atau tidak, lebih bertumpu pada kebolehan untuk melaksanakannya atau tidak.


Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dalam shahih Muslim telah menyampaikan bagaimana keadaan Rasulullah SAW ketika solat.


“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah solat bersama kami. Pada solat zuhur dan asar, beliau membaca Al Fatihah dan dua surah di rakaat yang pertama. Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca. Adalah beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama dari solat zuhur dan memendekkannya pada rakaat yang kedua. Begitu juga pada saat solat subuh.”


Dari keterangan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu tersebut menjelaskan kepada kita terutama dalam kalimah, “Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca” bahawa terdapat kebolehan menjaharkan bacaan surah pada solat yang biasanya sirr seperti solat zuhur ataupun asar. Sehingga bacaan yang dilakukan dengan sirr atau jahar bukan menjadi syarat sahnya suatu solat.


Firman Allah berikut ini akan semakin memperjelas alasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara.


“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah diantara keduanya itu.” (QS Al Isra 110)


Tafsir ayat tersebut menjelaskan bahawa ketika Rasulullah berada di Mekkah, beliau melaksanakan solat berjamaah bersama para sahabat dengan mengeraskan bacaan surah. Ketika kaum musyrikin Mekkah mendengarnya, mereka pun mencaci maki bacaan tersebut, mencaci maki pula Dzat yang menurunkannya dan mencaci maki orang yang menyampaikannya. Kerana sikap itulah, maka Allah pun berfirman, “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu” Sehingga jika dipanjangkan maka kalimatnya akan menjadi, “Jangan keraskan bacaanmu sehingga orang-orang musyrik mendengarnya.”


Akan tetapi Allah juga menyampaikan, “Dan janganlah pula merendahkannya.” Sehingga bacaan mesti tetap terdengar oleh para sahabat yang berada di saf pertama. Maka kerana itu Allah memerintahkan Rasul untuk mencari jalan pertengahan diantara keduanya.


Dalam riwayat yang lain terdapat keterangan yang menyatakan, “Maka setelah berhijrah ke Madinah perintah tersebut telah gugur. Beliau boleh melakukan yang beliau kehendaki dari keduanya.”


Dengan melihat berbagai keterangan tersebut, maka menzahirkan bacaan saat solat maghrib, isya dan subuh serta mensirr-kan bacaan solat zuhur dan asar adalah pengamalan yang dilakukan saat solat pertama kali disyariatkan. Allah memerintahkan tidak menzaharkan ketika siang hari supaya tidak menjadi celaan bagi kaum musyrikin.


Adapun mengapa solat jumaat, solat hari raya, solat istisqa beserta solat lainnya yang dilakukan siang hari bersuara nyaring dikeranakan Nabi dan kaum muslim sudah hijrah ke Madinah dimana kekuatan umat Islam sudah terbentuk serta tidak akan ada kaum musyrik yang berani mencela.


Demikian penjelasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara. Semoga menambah wawasan bagi kita dalam mengenal aturan yang ada dalam solat dan tidak menyalahkan jika ada yang menzaharkan bacaan pada solat zuhur dan asar.


Wallahu A’lam