PEMUDA PAKATAN HARAPAN SERAH MEMO SIASAT ROSMAH DI PEJABAT SPRM

pemuda-pakatan-harapan-sabah-memorandum-siasat-rosmah

Memorandum diserahkan Pemuda Amanah, AMK, DAPSY Sabah di pejabat SPRM untuk mengesa isteri perdana menteri di siasat. – Foto Malaysia Dateline

Kota Kinabalu – Sabah: Pemuda Amanah, AMK dan DAPSY telah menghantar satu Memorandum bersama berkaitan Laporan Berita Wall Street Journal terhadap Datin Sri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Memorandum ini diserahkan bagi menggesa SPRM membuka kertas siasatan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor berikutan satu laporan daripada portal berita Malaysiakini bertarikh 12 September 2016 lalu.

Memorandum Pemuda Pakatan Harapan Sabah itu ditandataagani oleh Setiausaha Pemuda Amanah Sabah, Asraf Sharafi, Pengarah Komunikasi Amanah Sabah Khairuddin Daud, dan Ahli Jawatankuasa AMK Negeri Sabah(Zon Utara) Mohammad Razeef Rakimin dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri Sabah Henry Shim Chee On.

Menurut kenyataan bersama itu laporan dibuat untuk menggesa SPRM menyiasat sumber kewangan bagi perbelanjaan besar tersebut sama ada wujud unsur jenayah atau korupsi

“Siasatan ini penting bagi menjamin integriti dan nama baik Perdana Menteri dan institusi penguatkuasa undang-undang kerana berita tersebut mendapat liputan antarabangsa.


“Laporan portal berita Malaysiakini memetik berita daripada The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Rosmah Mansor telah membelanjakan sekitar USD$6 juta untuk tempoh 2008-2013 bagi membeli barangan peribadi termasuk barang kemas, kasut dan pakaian. Walau bagaimanapun,sehingga sekarang, tiada penafian oleh pihak Datin Sri Rosmah Mansor,” terangnya lapor portal AMANAH, Malaysia Dateline.


Penyerahan memorandum telah diserahkan kepada salah seorang pegawai SPRM Kota Kinabalu Sabah semalam.


“Pihak SPRM telah menerima memorandum tersebut dan memberitahu kepada kami, kes melibatkan Datin Seri Rosmah adalah salah satu kes yang berprofil tinggi.


“Maka, kes ini akan di bawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi tindakan selanjutnya.


“Selain itu, pegawai berkenaan turut menyatakan, penyerahan memorandum atau laporan sebegini bukanlah kali pertama melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi negara, bahkan telah banyak laporan dibuat.


“Walau bagaimanapun, SPRM akan mengikut prosedur yang betul bagi menyiasat berdasarkan bukti yang telah dilampirkan.” ujar kenyataan itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s