Pertemuan Dr M – Agong: Najib jangan melalut salah fakta – Mahfuz

Ulasan PM Najib Razak mengenai pertemuan antara bekas PM Dr Mahathir Mohamad dan Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dikecam oleh ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz, Najib tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan bercanggah dan tidak tepat mengenai pertemuan berkenaan untuk meraih keuntungan politik sebelah pihak.

“Saya agak hairan kenapa PM Najib begitu ghairah untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir yang di terima mengadap pada 15 Sept 2016.

“Kalau pun tujuan kenyataan PM Najib untuk memperlekehkan Tun M tetapi tidak seharusnya menunjukan fakta yang salah.

“Peristiwa pertemuan 4 mata tersebut berlaku di Istana Anak Bukit.Yang peliknya PM Najib dalam kenyataannya menyebut pertemuan tersebut berlaku di Istana Bukit Malut.

“Kan berbeza antara Bukit Malut dengan Anak Bukit. Bukit Malut di Langkawi. Anak Bukit dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar.Bukit Malut dan Anak Bukit dipisahkan oleh laut.Nampak PM Najib pening dan melalut dengan Bukit Malut,” sinis Mahfuz.

Mahfuz juga mengutarakan kesalahan fakta mengenai Deklarasi Selamatkan malaysia dengan menyatakan deklarasi PBBM, iaitu parti srpihan Umno yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir.

“Deklarasi Rakyat disebut Najib dalam kenyataannya sebagai Deklarasi PBBM. Satu dunia tahu Deklarasi tersebut diusahakan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) yang diketuai oleh Tun M dan disertai oleh individu individu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

“Waktu itu PBBM pun belum ditubuh lagi.Tan Sri Muhyidin, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Shafie masih lagi Ahli Umno pada waktu pelancaran Deklarasi Rakyat.

“Kenyataan PM Najib satu penghinaan pada TUANKU YDPA dengan menyatakan Tuanku Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri usaha yang lakukan oleh PBBM dalam Deklarasi PBBM.

“Kenyataan PM Najib seolah-olah YDPA tak faham fakta sebenar antara Deklarasi Rakyat dengan Deklarasi PBBM.Najib meletakkan YDPA sama taraf dengan Ahli Parlimen Langkawi yang mentafsirkan MO1 adalah YDPA.

“Najib perlu mohon maaf pada Tuanku YDPA atas penghinaannya dan Najib perlu sedari yang beliau sudah tidak layak menduduki kerusi Perdana Menteri. Saya harap Najib tahu cara untuk mengundur diri sebagai PM sepertimana yang di lakukan oleh Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s