Kenali Anis Syafiqah, pelajar ‘biasa’ yang mahu tangkap MO1

MALAYSIANS KINI | Aktivis pelajar Anis Syafiqah Mohd Yusof mendapat perhatian kerana menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One.

Secara berseloroh, aktivis berusia 24 tahun itu menceritakan bagaimana dia menunggang skuter seorang diri dan sesat selama hampir satu  ketika mahu ke pejabat Malaysiakini untuk di temubual.

“Semalam saya tidur pada pukul 4 pagi,” katanya – satu lagi malam yang panjang selepas dua minggu dia membuat penampilan awam, menghadiri sidang akhbar, temubual, pameran bergerak dan ditangkap menjelang perhimpunan # TangkapMO1 di Kuala Lumpur esok.

Malah, kata Anis Syafiqah, dia tidak ada masa untuk melihat adik lelakinya yang berlepas ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran, atau meluangkan masa untuk bersama adik perempuannya yang baru pulang dari Jordan.

Anak sulung daripada lima adik beradik ini tidak pernah membayangkan bahawa satu hari nanti dia akan mengetuai gerakan pelajar untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Malaysian Official 1 – nama yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengimbau semasa dia di sekolah menengah, masanya dihabiskan belajar untuk menghafal al-Quran dan dia kemudian meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam Pengajian al-Quran.

Hanya secara kebetulan Anis Syafiqah akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya – lubuk bersejarah aktivisme pelajar – kerana tawaran lain untuknya adalah kursus peringkat ijazah di sebuah lagi universiti tempatan.

Cita-citanya adalah untuk menjadi pensyarah, bagi mengikut jejak langkah ibu bapanya yang kedua-duanya menjadi guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sungai Besar, Selangor.

Sebagai seorang gadis remaja, Anis Syafiqah mengaitkan minatnya dalam isu-isu semasa dengan ayahnya, yang mengajar STPM peringkat Pengajian Am.

Tetapi dia juga pantas menambah bahawa ayahnya selalu mengelak daripada doktrin politik partisan, walaupun pernah menjadi pemimpin cawangan sebuah parti Islam.

Prinsip yang sama dipegang oleh Anis Syafiqah dalam peranannya sebagai pemimpin pelajar, dan juga apabila meyakinkan rakan-rakan pelajar dari institusi lain untuk bersatu dan menyokong perhimpunan esok.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s