Jangan salahkan pembangkang jika slogan MO1 timbul

Syed Ibrahim Syed Noh

SHAH ALAM – Pihak berkuasa tidak boleh menyalahkan pembangkang, mahasiswa dan orang ramai sekiranya slogan mengenai Malaysia Official 1(MO1) timbul di merata-rata tempat.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihak berkenaan hanya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara yang prihatin terhadap wang rakyat yang dirompak.

“Mereka bukannya menuntut untuk diberikan habuan sejuta daripada berbilion wang yang diselewengkan namun hanya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat negara ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata, rakyat hanya menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang menyatakan bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan malah beliau turut memberi jaminan bahawa individu atau pihak terlibat dalam penyelewengan tersebut akan dibawa ke muka pengadilan.

Namun begitu, laporan berkenaan bukan sahaja tidak diumumkan malah turut diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Justeru siapakah yang berdolak-dalik, berbohong dan mungkir janji?

“Adakah orang yang mendedahkan salah laku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat?”soalnya.

Sehubungan itu, Syed Ibrahim memaklumkan bahawa semua pihak wajib memberi desakan supaya identiti MO1 dapat didedahkan demi agama, negara dan rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s