Najib kata Nabi Musa pun tuhan suruh tegur Firaun dengan cara baik

P​​residen UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengajak ahli UMNO berbincang dan bermesyuarah dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah atau perselisihan faham, mengikut adab Islam dalam menegur kepimpinan.

KiniTV melaporkan beliau berkata demikian dalam video yang dipetik di Facebook Buletin TV3 ketika berucap di Majlis PM Bersama Kita dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat, Kelantan, pada Sabtu.

Najib berkata ahli parti perlu melihat konsep syura di zaman Nabi Muhammad SAW dalam membincangkan sesuatu isu dan bukannya terus menyerang pemimpin.
Najib juga turut mengingatkan sirah Nabi Musa mengenai bagaimana baginda diperintah untuk menasihati Firaun secara berhemah dan bukan menjatuhkannya secara tidak sah.
Perdana Menteri berkata beliau bukanlah sempurna namun berharap teguran kepadanya dilakukan mengikut perlembagaan parti dan berdasarkan amalan Islam
Ulasan Ana Ghoib dari sudut perumpamaan yang diberikan oleh Mohd Najib Razak. – Pembetulan ia bukan teguran Musa  tapi kebenaran yang disuruh sampaikan!
Pertama isu 1MDB dibangkitkan pelbagai pihak termasuk di parlimen, bermula dengan pendedahan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia kemudian diulangi beberapa anggota parlimen termasuk Rafizi Ramli dan Tony Pua termasuk dari PAS oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz dan Husam…. kecuali Hadi dan Haron!
Portal Sarawak Report kemudian membuat pendedahan lanjut sehingga berlaku pergolakan besar menyaksikan Tan Sri Abdul Gani Patail dihentikan dan seorang pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman diambil tindakan…. dan seterusnya pembaca semua tahu siapa yang menjadi mangsa suasana.
Sesungguhnya Najib bahawa Nabi Musa itu diperintahkan Allah untuk berkata kepadaFiraun perkataan yang baik [benar] juga membawa kebenaran mukjizat di dalam bentuk ular yang diminta bukti oleh Firaun.
Ia termasuk dalam aspek menyatakan kebenaran sama seperti hal kamu dan Mahathir & Muhyiddin yang turut mengatakan perkataan baik sebelum ini.
Malangnya kebenaran lewat diketahui kerana kamu mengetuai kementerian kewangan ‘one man show’.
Tidak cukupkah Mahathir bercakap baik dengan kamu dan apakah perbuatan yang didakwa itu tidak menjolok mata rakyat dan mencabar mereka?
Maka siapakah yang mula-mula mencampakkan ular ‘cabaran’ dahulu justeru apa yang menghalang kamu berdebat dengan Musa atau musuh politik kamu?
Bila mana Musa membuktikan kebenaran mukjizatnya maka pembesar firaun membuatfitnah kaum bahawa Musa mahu mengeluarkan bangsa mereka dari negeri Mesir.
Ia termasuk sama halnya dengan zaman pencacai politik masakini dan taktik perkaumannya mengalih isu.
Bila mana Firaun mahu melawan dengan semula maka pembesar tadi minta upah dan pangkat darinya.
Ia termasuk sama halnya kepada mereka yang di koridor kuasa mengampu mahukan sesuatu.
Pendek cerita apabila Firaun tewas dan pembesar beriman dengan Musa maka sang pengawal askar masih setia memburu Musa dan dimasa itulah Firaun ditenggelamkan.
Ia termasuk sama dengan demo yang bakal berlaku tidak lama lagi dimana kamu akan diuji mengawal kuasa menangkap dan memburu.
Firman Allah: Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”. – Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”. – (Asy-Syu’araa’ 26:60-62)
Ia pertembungan itu termasuk sama seakan kamu mencetuskan ketakutan dan aku sendiri sebagai bukti menjadi takut juga kerana pernah disoal penguasa hanya kerana melaporkan berita.
Moga pembaca dapat menjaring  maksud tulisan ini dan terus kepada punca dinasihatkan sesiapa yang boleh bersuara maka nasihatkanlah saudara-saudara kita yang berkuasa agar menegakkan kebenaran dan keadilan seadil-adilnya; tidakkah kamu suka dicintai tuhan.
Rundinglah secara baik kerana Malaysia tidak akan mampu bertahan begini sehingga PRU14 dan dikhuatiri pintu keamanan itu dipecahkan oleh si penghasut syaitan atau dajjal maka tercetus kekacuan besar.
Kesimpulan dari firman Allah: “Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – (An-Naml 27:11)
Antara cadangan hentikan pertuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias si pemuda Muslim dan Kristian itu…
Bersedekah dan istighfar banyak-banyak moga Allah memberi kamu ilham berbuat lanjut untuk kebaikan masa depan negara sementara engkau belum bersalah maka mohonlah untuk diadili dan dibersihkan secara rasmi di dunia. – Ana Ghoib Syeikh Malaya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s