Rakyat tunggu suata Ulama

Mohamad Sabu

Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Rakyat menantikan suara daripada ulama untuk menentang amalan rasuah yang dilakukan pemimpin.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata,  ulama hari ini lebih gemar menghukum kumpulan tidak sealiran sebagai munafik, liberal dan pengkhianat.

“Umat Islam perlu orang seperti Imam Nawawi untuk muncul menegur, mengkritik dan menentang pemerintah yang mengenakan cukai kepada rakyat yang berlebihan.

“Umat Islam memerlukan orang seperti Tuan Guru Abdul Rahman Limbong yang menentang British dan mengkritik percukaian yang dikenakan terhadap penduduk di Terengganu masa itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, negara-negara luar mempermainkan imej negara dengan menggelar Malaysia sebagai kleptokrasi.

“Singapura, Luxembourg, Hong Kong, England dan negara-negara lain mempermainkan imej Malaysia dengan begitu teruk sekali,” katanya.

Jelasnya, penentangan rakyat hari ini terhadap rasuah dan penyelewengan agak rendah.

“Rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini semakin berleluasa sementara tindakan itu pula seperti diizinkan dan menjadi perkara biasa.

“Menjelmalah orang seperti ini (ulama) untuk jadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang korupsi. Kami dahagakan ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: