Polis turut kesan tiga penyanyi dalam klip video Namewee

​Polis Pulau Pinang akan meminta polis Bukit Aman mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan tiga lelaki yang turut terlibat dalam klip video lagu Namewee.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata berdasarkan keterangan awal Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, tiga lelaki yang juga penyanyinya adalah rakyat Taiwan dan menetap di sana.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kami akan cuba mendapatkan bantuan dari Interpol bagi membantu kesan tiga lelaki itu untuk merekodkan keterangan mereka.

“Setakat ini seramai tujuh orang telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya kepada pemberita di George Town malam tadi.

Beliau menghadiri majlis perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2016 di Kontijen Pulau Pinang yang dirasmikan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Sementara itu Abdul Ghafar berkata pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dalam tempoh terdekat bagi membincangkan secara teliti isu itu.

“Kami akan pergi ke JAIPP untuk membincangkan perkara ini bagi mengetahui sejauh mana tindakan dan perbuatan Namewee menyanyi dan merakamkan aksi-aksi dalam masjid mengaibkan agama Islam,” katanya.

Penyanyi rap kontroversi itu ditahan reman selama empat hari bermula
semalam bagi membantu siasatan kes klip video di sebuah masjid di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, yang didakwa menghina Islam.

Namewee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara pada pukul 3.30 petang Ahad. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua
tahun atau denda atau kedua-duanya.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

-Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s