Protes jalanan bukan budaya kita

Pertubuhan Persatuan Aduan Rakyat Malaysia (PAR) meminta polis supaya tidak berkompromi terhadap penganjur Bersih 5.0 yang merancang mengheret semula rakyat mengadakan demontrasi jalanan atas nama kebebasan bersuara. Presidennya, Datuk A. Chandrakumanan berkata, PAR  melihat tindakan Pengerusia Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sebagai tidak relevan untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, beberapa siri himpunan anjuran Bersih sebelum ini yang menyebabkan peniaga mengalami kerugian.

 “Kita juga sudah melihat penganjur Bersih mengheret rakyat ke atas jalan dan mengambil kesempatan menjadikan situasi lebih buruk selain tingkah laku ahli DAP dan PKR yang berkelakuan hodoh.

 “Harap polis tidak memberikan permit kepada penganjur Bersih untuk mengadakan Himpunan Bersih 5.0 yang mampu mengugat ketenteraman awam kerana kerosakan dan masalah akibat Bersih sebelum ini tidak mahu dipertanggungjawabkan oleh penganjur,” katanya dalam satu kenyataan.

 Tambah beliau, melakukan demonstarsi di atas jalan bukan budaya rakyat Malaysia dan terdapat saluran betul untuk menunjukkan rasa tidak puas hati.

 Jelas beliau, masyarakat tidak sepatutnya membenarkan pihak lain mempermainkan emosi mereka demi kepentingan politik pembangkang. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s