Mahkamah khas siber bermula 1 Sept

Azalina Said menteri di jabatan perdana menteri

Pengamal undang-undang diminta mendalami Teknologi Maklumat (IT) berikutan bermulanya Mahkamah Khas Siber pada 1 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan bagi mengendalikan isu-isu jenayah siber yang semakin serius.

Seiring dengan operasi Mahkamah Siber Khas itu, katanya hakim dan pegawai pendakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret juga akan menjalani latihan sebagai persediaan memahami kemahiran IT sekali gus memudahkan mereka memahami kes berkaitan.

“Kami sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengadakan latihan bagi hakim dan pegawai pendakwa pada 27 Ogos dan 28 Ogos ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Hotel AmanSari Desaru di Bandar Penawar di Kota Tinggi hari ini.

Turut hadir Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Datuk Ibrahim Saad, Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noorazam Osman, Timbalan Pengurus Besar Kejora Hamzah Esa, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Fizwan Mohd Rashidi dan
Pengarah SKS Group (Hotel AmanSari) Amir Shariffudin Abd Raub.

Azalina berkata Mahkamah Siber Khas, yang diwujudkan untuk menghukum pesalah jenayah mengikut undang-undang siber, akan beroperasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta.

Katanya mahkamah itu akan beroperasi sama seperti mahkamah lain yang mengendalikan kes rasuah dan antipencatutan.

“Sekiranya mendapat maklum balas yang baik, mahkamah khas itu akan diperluas ke Johor dan Pulau Pinang diikuti negeri-negeri lain.

“Kajian menunjukkan kedua-dua negeri itu mempunyai banyak kes-kes berkaitan jenayah siber,” katanya.

Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata penubuhan mahkamah khas itu dapat membantu memudahkan aliran kes di mahkamah jenayah dan sivil seiring dengan peningkatan kes-kes jenayah yang berkaitan siber pada masa kini.

Sementara itu, seramai 331 orang dari kawasan Pengerang menyertai acara Kayuhan Patriot Fun Ride 2016′ Peringkat Negeri Johor anjuran BTN sempena Bulan Kebangsaan.

Azalina, dalam ucapan perasmiannya, berkata program itu adalah antara usaha berterusan BTN bagi menyuburkan semangat patriotisme melalui aktiviti riadah berbasikal melibatkan pemimpin dan masyarakat.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan peruntukan berjumlam RM350,000 kepada 59 sekolah dan 11 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam kawasan Pengerang.

– Bernama

Baca juga :

Saya kata mo number one bukan mo1

WALAU MAHATHIR SALAH GUNA ‘KELING’, SALAH LAGI NAJIB DENGAN 1MDB

Musa hitam : Tiga cara singkirkan Najib

PM minta rakyat elak penjajahan modern

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s