DUN Kedah panas, Mukhriz desak MP mohon maaf tuduh Agong MO1


Sidang DUN Kedah hari ini panas apabila bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tampil menuntut ahli parlimen Umno, Datuk Nawawi Ahmad supaya memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung kenyataannya bahawa Seri Paduka adalah Malaysian Official 1 (MO1).

“Saya gesa Ahli Parlimen Langkawi mohon maaf segera kepada Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah).

“Mereka yang tidak bersetuju (dengan permintaan ini) melakukan penderhakaan kepada (Sultan) Kedah,” kata Mukhriz yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah juga Sultan Kedah.

https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FMukhrizMahathirFC%2Fvideos%2F1147422045318633%2F&show_text=1&width=600Semasa perbahasannya yang dicelah berulang-kali, wakil rakyat BN mengingatkan Muhkriz supaya tidak membawa hal politik ke dalam Dewan.

Beliau kemudiannya menjawab, perkara yang dibangkitkan bukan mengenai politik tetapi membabitkan maruah.

Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

“Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) – badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

“Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, “Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4.”

Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.

Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan mengapa dirinya menyunting tulisan asalnya itu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kemudian, Mukhriz juga mahu MP Umno itu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba “memperdayakan” mereka bahawa Najib bukannya MO1.

“Kami mendesak agar Nawawi juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah berusaha untuk menipu rakyat bahawa kononnya Najib Razak bukannya MO1 yang dimaksudkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika.

“Segala butiran serta sifat-sifat yang dikaitkan dengan MO1 seperti yang disenaraikan oleh DOJ mengukuhkan dakwaan bahawa Najib Razak adalah MO1.

“Tiada putar belit konco-konco dan jentera propaganda Najib, termasuk kenyataan Nawawi tersebut, boleh meyakinkan rakyat bahawa Najib bukan MO1 yang dimaksudkan,” katanya.

Mukhriz juga mendesak agar Najib menghentikan semua penipuan yang menjelekkan dan segera undur sebagai perdana menteri, sekaligus menamatkan kemelut dan krisis yang membelenggu negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s