PELAWAK PIE MENINGGAL DUNIA DI RUMAH CUCU

‚ÄčPie

Takziah MH Online ucapkan ke atas keluarga arwah Pie atau nama sebenarnya Shafie Jaafar, difahamkan pelawak veteran Pie telah meninggal dunia kira-kira pada jam 8.50 malam bertempat di kediaman cucunya, di Pulau Pinang, semalam.

Berita itu disahkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah menerusi kiriman whatsapp kepada MH Online.

“Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera, dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi pelawak yang sentiasa membuatkan kita ketawa dengan lakonan-lakonan beliau. Al-Fatihah buat arwah Shafie B. Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Pie.

“Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman cucu beliau di Teluk Bahang Pulau Pinang kira-kira jam 8.50 malam tadi 11 Ogos 2016 pada usia 85 tahun, Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Teluk Bahang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang Pulau Pinang. Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh kaum keluarga Pak Pie,” tulisnya.

Seterusnya menerusi akaun Instagram komposer Ajai turut berkongsi kesedihan atas perkhabaran kematian arwah Pie.

Sama-samalah kita doakan agar rohnya bersemadi bersama golongan orang yang beriman. Alfatihah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: