Sepasang suami isteri diarah keluar dari pesawat karena menyebut perkataan “ALLAH”.

Gara-gara hanya menyebut perkataan ‘Allah’ semasa menggunakan telefon bimbit di dalam pesawat. sepasang suami isteri telah diarahkan turun dan meninggalkan pesawat.


Memetik laporan  The Washington Post, pasangan berkenaan, Nazia Ali dan suaminya Faisal dikatakan dalam perjalanan pulang ke  Ohio setelah pulang dari di London dan Paris sempena ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka.

Ketika dalam pesawat, mereka tidak menyedari yang salah seorang anak kapal Delta Airlines itu telah memaklumkan kepada juruterbang bahawa beliau kurang senang dengan pasangan tersebut, menurut laporan Cincinnati Enquirer.

Alasan yang digunakan kru berkenaan untuk menyuruh pasangan ini keluar adalah Nazia menggunakan telefon dan memakai tudung manakala suaminya sedang berpeluh-peluh.

Selain itu anak kapal itu juga mendakwa pasangan berkenaan telah menyebut  perkataan “Allah”.

Oleh itu, juruterbang memutuskan untuk tidak berlepas sehingga pasangan tersebut dikeluarkan daripada pesawat.

“Kami sudahpun duduk di dalam pesawat selama 45 minit,” 

“Anak kapal kemudian bertanya ‘Bolehkah anda keluar bersama saya? Kami mahu bertanya beberapa soalan’. Maka saya bertanya kepada beliau sama ada kami perlu membawa barangan kami dan beliau menjawab, ‘Ya, sila bawa semua barangan anda. Anda tidak akan menaiki pesawat ini,”kata Nazia kepada Cincinnati Enquirer.

Berikutan tindakan kru Delta Airlines berkenaan, kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk masyarakat Muslim menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai “religious profiling”.


Wakil Majlis Perbuhungan Amerika-Islam Cincinnati, Sana Hassan menggesa pemerintah Amerika supaya mengambil tindakan dan ia juga mengumumkan rancangan untuk membuat aduan terhadap syarikat penerbangan Delta Air Lines kepada Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari selepas seorang wanita Muslim yang juga dalam perjalanan pulang setelah berbulan madu di Turki, diarah keluar daripada laluan mengecap passport di Lapangan Terbang Doncaster Sheffield di South Yorkshire, kerana membaca buku tentang Syria. – Siakapkeli.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s