FAM Disaran Guna Kaedah Baharu Tangani Masalah Penyokong

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 4:20 PM

Penyokong-penyokong Perak dan JDT menimbulkan kekecohan di Stadium Perak pada Sabtu malam.

  (Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran supaya menggunakan kaedah baharu dalam mengawal tingkah laku penyokong bola sepak berikutan kekecohan yang tercetus di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu malam. 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kaedah mengenakan denda terhadap penyokong yang menimbulkan masalah, yang diguna pakai kini tidak lagi berupaya mengekang mereka daripada terus melakukan kekecohan di stadium. 

Beliau berkata hukuman denda berbentuk wang ringgit selalunya dibayar oleh pasukan atau kelab terbabit, namun masalah kekecohan yang sudah sekian lama berlaku sering kali berulang. 

“Saya ingin mencadangkan supaya FAM mempertimbang untuk mengurangkan jumlahmata terhadap mana-mana pasukan yang penyokong mereka menimbulkan kekecohan di stadium,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Nibong Tebal pada Ahad. 

Beliau berkata kaedah pengurangan mata terhadap pasukan terbabit mungkin mampu mengekang kekecohan penyokong di stadium kerana tindakan mereka itu akan menyebabkan pasukan masing-masing kehilangan mata. 

Dalam aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, malam tadi, tiga termasuk seorang jurugambar cedera akibat kekecohan penyokong kedua-dua pihak yang saling membaling objek. 

Khairy berkata FAM juga harus meningkatkan kawalan keselamatan pada setiap perlawanan yang dijangka tegang agar dapat mengelak perkara yang tidak diingini.

“Saya tidak mahu melihat perkara sebegini berulang lagi dan berharap pihak Jawatankuasa Keselamatan FAM mengambil tindakan serius untuk menangani perkara tersebut,” katanya. 

Sementara itu, Khairy berkata sebarang provokasi yang dicetuskan mana-mana pihak tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka menyerang penyokong pasukan lain.

Khairy berkata beliau akan meminta laporan daripada polis dan FAM berhubung apa yang berlaku di Stadium Perak itu. 

“Perak dan JDT ada sejarah kontroversi yang saya rasa untuk perlawanan akan datang, mesti disediakan lebih ramai anggota keselamatan. Kita perlu ambil tindakan pencegahan lebih menyeluruh supaya tidak berulang insiden-insiden yang tidak diingini di stadium,” katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci:Kekecohan penyokong , Khairy Jamaluddin , Kaedah baharu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s