DAP S’wak saran larang eksekutif Petronas Semenanjung masuk

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyarankan supaya pekerja dari Semenanjung Malaysia yang bekerja sebagai eksekutif Petronas, dilarang masuk ke negeri itu.

Katanya larangan itu perlu terus dikuatkuasakan sehinggalah Petronas meningkatkan penyertaan rakyat Sarawak dalam pengurusannya di negeri itu ke tahap 70 peratus.

DAP juga, katanya, menyeru kerajaan negeri membatalkan permit kerja dan permit kemasukan pihak pengurusan Petronas semasa dan pengurusan pertengahan dari Semenanjung, sehinggalah sasaran itu dicapai.

Chong berkata, apabila kerajaan negeri boleh melarang kemasukan ahli politik pembangkang ke Sarawak pada pilihan raya negeri untuk melindungi kepentingan BN, maka tidak ada sebab kuasa itu tidak boleh dilaksanakan untuk melindungi kepentingan rakyat Sarawak berkaitan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Dalam satu kenyataan, Chong menegaskan bahawa kerajaan negeri Sarawak mempunyai kuasa tunggal ke atas permit kerja dan permit imigresen.

Chong berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan November 2014 bahawa Petronas telah bersetuju untuk meningkatkan penyertaan rakyat Sarawak dalam sumber manusia, pendidikan dan latihan teknikal.

Bagaimanapun, kata Chong, setakat ini, kebanyakan jawatan kanan dalam operasi Petronas di Sarawak masih diisi oleh bukan rakyat Sarawak, dengan rakyat Sarawak mengisi hanya 39 peratus jawatan pengurusan dan 46 peratus jawatan pengurusan pertengahan.

Oleh itu, beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil untuk memaksa pematuhan Petronas.

Dakwanya, memandangkan Petronas dan kerajaan persekutuan tidak memperdulikan resolusi DUN Sarawak, maka kerajaan negeri perlu menahan permit kerja dan permit imigresen untuk melarang kakitangan pengurusan dan pengurusan pertengahan Petronas itu daripada memasuki Sarawak.

“Hanya dengan mengambil langkah tegas seperti itu, kita boleh buat Petronas akur dengan permintaan kita supaya lebih banyak peluang diberikan kepada penduduk tempatan Sarawak,” katanya.

kenyataan Chong selepas badan pemikir yang berpangkalan di Sarawak, Suara Petroleum Group,melahirkan kebimbangan bahawa rakyat Sarawak kini diberhentikan kerja dari Petronas sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula syarikat gergasi minyak itu.

baca artikel berkaitan :

https://abdulhakimhsb.wordpress.com

[Baca berita penuh]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s