Surah Al-Anfaal jadi pegangan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

baharu

NASIONAL

Pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu adalah sangat mencabar dan tidak mudah untuk dipikul oleh Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau yang baharu sahaja memulakan tugasnya hari ini berkata, Ayat 27 Surah Al-Anfaal bakal menjadi pegangan beliau sepanjang melaksanakan amanah berat yang telah diberikan kepadanya.

“Dalam melaksanakan amanah ini, saya dengan penuh sedar dan insaf akan firman Allah S.W.T di dalam Al Quran, Ayat 27, Surah Al-Anfaal, yang bermaksud :– “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.”

Peringatan Allah S.W.T ini akan sentiasa saya jadikan pegangan serta pedoman sepanjang saya melaksanakan amanah yang amat berat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dzulkifli, beliau mengharapkan sokongan dan kerjasama semua pihak terutama dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama berusaha membenteras gejala rasuah di Malaysia.

“Saya turut sedar dan insaf akan cabaran getir dan harapan tinggi yang diletakkan kepada saya. Justeru itu, besarlah harapan agar saya dan SPRM mendapat kerjasama, sokongan dan dokongan berterusan daripada semua pihak serta daripada segenap lapisan masyarakat untuk bersama-sama menggembleng tenaga ke arah usaha-usaha pembenterasan rasuah di Malaysia.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed atas kepimpinannya yang cemerlang serta sumbangannya yang besar kepada SPRM dan negara,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s