IGP: Polis gagalkan cubaan serangan IS

Pihak polis menggagalkan cubaan melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka dengan penahanan tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota Daesh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 27 tahun ditahan di ibu negara, Selangor dan Pahang menerusi operasi yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas pada Sabtu dan Isnin lepas.

“Ketiga-tiga suspek merancang berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas dengan bantuan Mohamad Wanndy selepas berjaya melancarkan serangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA iaitu kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Allah Melaknat Suami Jika Melakukan 7 Perkara Ini Kepada Isterinya

Tidak mau menafkahi, selalu berkata kasar dan memaki, menyakiti dengan pukulan sehingga mengakibatkan luka. Ada beberapa perkara yang boleh membuatkan seorang suami dianggap berbuat derhaka pada isteri dan akan dilaknat Allah.

 

Antaranya adalah :

1. Menjadikan Isteri Sebagai Pemimpin Rumah Tangga

Rasulullah saw. bersabda: ‘Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.’ “(HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari, Tirmidzi, dan Nasa’i)

Saat ini banyak suami yang malas bekerja dan hidupnya bergantung kepada isteri sehingga secara tak langsung menjadikan isteri sebagai pemimpin rumah tangga.Suami seperti ini tentu saja telah berbuat durhaka kerana tak melaksanakan kewajipannya dan menyulitkan isterinya dengan keharusan menafkahi dirinya. Ia akan kehilangan martabat dan harga diri di hadapan manusia terlebih lagi di hadapan Allah.

 

2. Tidak memberi wang belanja

“Rasulullah bersabda: ‘Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya.’” (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani)

“Dari Asyah ra, bahwa Hindun binti Utbah pernah berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kedekut dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untuk aku dan anakku, sehingga terpaksa aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuannya.”

Beliau bersabda:’ Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar. “(HR.Bukhari no.4945 CD, Muslim, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, dan Darimi)

 

3.Tidak melunaskan mahar pernikahan

Dari Maimun Al-Kurady ia berkata: “Saya mendengar Nabi saw. (Bersabda): ‘Siapa saja lelaki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak, tetapi dalam hatinya berniat tidak akan menunaikan apa yang menjadi hak perempuan itu , bererti dia telah mengacuhkannya.

Bila dia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu, kelak pada hari kiamat dia akan bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasiq ‘”(HR.Thabarani, Al-Mu; jamul, Ausath II / 237/1851 CD)

 

4. Mengabaikan keperluan seksual isteri

Suami yang berjimak hanya untuk memuaskan dirinya saja dan tidak peduli kepuasan isterinya, sesungguhnya juga telah berbuat kesalahan.

Dari Anas ra, Nabi saw bersabda: “Jika seseorang di antara kalian bersenggama dengan isterinya, hendaklah dia melakukannya dengan penuh kesungguhan. Selanjutnya, bila dia telah mendapat kepuasan, sebelum isterinya mendapatkan kepuasan, janganlah terburu-buru mencabut kemaluan sampai isteri mendapat kepuasan. “(HR.’Abdur Razzaq dan Abu Ya’la, Jami ‘Kabir II / 19/1233 )

Rasullullah saw bersabda: “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian menyetubuhi isterinya seperti seekor haiwan bersenggama, tetapi harus ada pendahuluan di antara keduanya. Ada yang bertanya, apakah perdahuluan itu? “Beliau bersabda:” Ciuman dan ucapan (romantis). “(HR Abu Syaikh)

 

5. Berjimak ketika isteri haid atau melalui dubur

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: “‘Umar (Ibnu Khaththa) datang kepada Rasulullah saw., Dia bertanya:’ Ya Rasullullah, saya telah binasa. ‘ Beliau bertanya: ‘apa yang menyebabkan kamu binasa?’ Dia menjawab: ‘semalam saya telah membalik posisi isteriku.’akan tetapi dia tidak menjawab sedikitpun, lalu turun ke Rasulullah saw : ’Isteri kalian adalah ladang bagi kalian, maka datangilah ladang kalian di mana dan bila saja kalian inginkan.’ (Selanjutnya Beliau bersabda : ‘Datangilah dari depan atau belakang, tetapi jauhilah dubur dan ketika haid.’ “(HR Tarmidzi no.2906)

 

6. Menuduh isteri berzina

“Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka berzina, padahal mereka tidak memiliki saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian satu orang dari mereka adalah bersumpah empat kali dengan nama Allah bahawa sesungguhnya dia adalah termasuk orang orang yang benar (dalam tuduhannya) (7) dan kelima kalinya (dia mengucapkan) bahwa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ternyata ia tergolong orang orang yang berdusta. “(QS.An-Nuur (24): 6-7)

 

7. Memukul dan memburuk burukkan isteri di hadapan orang lain

Dari Mu’awiyah Al-Qusrayiri, dia berkata: “Saya pernah datang kepada Rasulullah saw. ‘ dia berkata lagi: ‘saya lalu bertanya:’ Ya Rasulullah, apa saja yang engkau perintahkan (untuk kami perbuat) terhadap isteri-isteri kami? ‘Beliau bersabda:’ … janganlah kalian memukul dan janganlah kalian memburuk-burukkan mereka. ‘”(HR Abu Dawud no 1832) (ummi)

Hari Kebangsaan 2016 meriah

Peserta acara padang membuat persembahan pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 bertemakan Sehati Sejiwa di Dataran Merdeka hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Semangat dan rasa cinta kepada negara jelas tergambar hari ini apabila ribuan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan perarakan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, walaupun dalam keadaan hujan renyai awal pagi tadi.

Bertepatan dengan tema ‘Sehati Sejiwa’, semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan terserlah di wajah setiap peserta mahupun pengunjung acara perbarisan dan perarakan yang mula membanjiri dataran bersejarah itu seawal 6.30 pagi.

Masing-masing bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang hadir mengenakan pakaian bertema bendera negara yang menambah aura patriotik di sekitar Dataran Merdeka.

Acara yang berlangsung di tengah-tengah ibu kota itu menyaksikan kira-kira 14,500 peserta mengambil bahagian dalam acara tahun ini, termasuk kontinjen daripada sektor awam, swasta, kontinjen negeri-negeri dan para pelajar.

Turut menyertai perarakan kali ini ialah atlet-atlet negara yang telah mencipta kejayaan membanggakan negara pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil baru-baru ini serta kontinjen Sukan SEA 2017 yang turut menampilkan maskot rasmi sukan itu iaitu ‘Rimau’ sebagai simbolik kepada semangat juang yang tinggi.

Acara perbarisan dan perarakan bermula sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 8 pagi, yang disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan isteri Datin Seri Raya Erom serta barisan menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Sejurus tiba, Tuanku Abdul Halim menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi diketuai Mejar Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi.

Dataran Merdeka kemudiannya bergema dengan nyanyian lagu Negaraku yang mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serentak itu 14 das tembakan kehormat turut kedengaran yang melambangkan 14 negeri dalam Malaysia.

Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang diketuai Muhammad Hilal Asraf Nor Hisham dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, melibatkan 59 pelajar pelbagai kaum yang membangkitkan rasa patriotisme rakyat.

Seterusnya, acara padang yang penuh warna-warni daripada kira-kira 2,000 pelajar dari beberapa buah sekolah menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dengan persembahan Grafik Kreatif pelbagai formasi turut menarik perhatian orang ramai.

Persembahan menggunakan plai kad, pom-pom, kelerai, bendera dan payung mengikut rentak lagu patriotik itu menterjemahkan tema sambutan dengan pergerakan yang melambangkan perpaduan dalam keluarga, pembangunan ekonomi, peningkatan teknologi terkini dan sebagainya.

Skrin LED gergasi yang disediakan di kawasan Dataran Merdeka menambah kemeriahan acara apabila orang ramai dapat menyaksikan dengan lebih jelas setiap acara dan persembahan yang diadakan di dataran bersejarah itu.

Persembahan khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan aksi-aksi mencemaskan dan tangkas ketika menangani jenayah menunjukkan kesiapsiagaan pasukan anggota pelbagai unit itu dalam memastikan keselamatan negara, mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.

Segmen kedua membabitkan perbarisan dan perarakan pula menampilkan 10 segmen utama daripada komponen kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteraan awam, keselamatan negara, pertunjukkan udara dan komponen rakyat bersatu.

Penonton khususnya kanak-kanak pula begitu seronok menyaksikan pelbagai maskot daripada watak-watak utama animasi terbitan syarikat tempatan antaranya BoboiBoy, Keluang Man dan ‘Didi and Friends’ yang menyertai kontinjen animasi.

Antara yang turut menarik perhatian orang ramai ialah perbarisan aset milik pasukan keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menampilkan 157 buah pelbagai jenis kenderaan yang dimiliki PDRM sejak 1950 hingga kini.

Ini termasuk motorsikal berkuasa tinggi, dan pelbagai jenis kenderaan yang digunakan pasukan itu termasuk Motokar Mitsubishi EVO X, iaitu MPV Elite yang bertindak penting dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah serta ‘Water Can Mercedez Benz Actross’ yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (PSP), antaranya bagi menyuraikan perhimpunan haram dan rusuhan.

Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula terdiri daripada 30 pegawai dan 1,523 anggota lain-lain pangkat bersama 108 aset darat termasuk aset kenderaan perisai AV 8X8 atau dikenali ‘Gempita’, kereta perisai model ‘Adnan’ ACV 300, aset-aset artileri serta aset terbaharu ATM iaitu kereta perisai mobiliti tinggi (HMAV) 4×4 yang dikenali sebagai ‘Lipan Bara’.

Selain itu, sebanyak 35 aset udara termasuk 12 pesawat tempur milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), termasuk empat buah pesawat Sukhoi, turut meningkatkan adrenalin pengunjung dengan pertunjukan pelbagai formasi akrobatik yang menarik.

Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula tampil buat pertama kali dengan pakaian seragam bercorak celoreng digital selepas dilancarkan bulan lepas.

Secara keseluruhan, sebanyak 20 buah pancaragam, 26 kontinjen, 35 aset udara, 213 aset darat serta 72 haiwan dalam perkhidmatan terdiri daripada 50 ekor kuda dan 22 ekor anjing terlibat dalam acara perbarisan dan perarakan kali ini yang berdurasi kira-kira dua jam.

Majlis sambutan penuh gilang-gemilang itu diakhiri dengan persembahan khas komponen Rakyat Bersepadu yang menampilkan keunikan kepelbagaian bangsa, disertai 1,000 penari dari pelbagai jabatan kerajaan, institusi seni dan tarian, badan bukan kerajaan, sekolah seni serta penampilan anak-anak Permata Seni Tari. – Bernama

​*11 BERITA BAIK UNTUK KAKI MASJID*

“Kalau kakimu tidak membawamu kemasjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!” Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam Whatsapp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1)- Rasulullah berpesan: “Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: ‘Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). ” (Riwayat Ibn Majah)
2)- Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik.” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)
3)- Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang.” (Riwayat Ibn Majah)

4)- Rasulullah bersabda: “Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.

ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.

iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5)- Rasulullah bersabda: “Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat.” (Riwayat Muslim)

6)- Rasulullah bersabda: “Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya…seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik: “Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula.”
7)- Rasulullah bersabda: “Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
8)- Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik.” (Riwayat al-Tirmizi)
9)- Rasulullah bersabda: “Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan.” (Riwayat al-Baihaqi)
10)- Rasulullah berasabda: “Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang.” (Riwayat Ahmad)
11)- Allah berfirman: “Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati.” (Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: “Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.”  (Al-Hujurat 49: 13)
* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.
“Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu.”

(Riwayat Abu Dawud)

10 petua penting penjagaan kereta gear automatik.

JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini…

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah “N” nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit, jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.

Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25% sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step “D” sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS!!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan) dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.

Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang (harga murah tetapi selepas 3-4 tahun lagi anda merana)

3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan “D” semasa berhenti di lampu isyarat, di mana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di “N” sahaja.

Jangan di “P”, ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step “N” dan “D” diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangkakan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alat ganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM500++.

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dgn step “2” atau step kedua selepas “N”. Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”.

Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step “2” umpama anda bermula dengan gear “1” untuk kereta manual.

Step “D” pula ibarat gear “2” atau “3” bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan “2” step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step “D”.

Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.

Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di Lembah Klang ni faham-faham sendirilah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.

6) Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland)

7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”. Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step “D”, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

INFO TAMBAHAN:

1) Untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak. Hidupkan enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit, kemudian lihat di bahagian ekzos ada atau tidak air menitis keluar dari lubang ekzos.

Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut. Jika ada air menitis atau ada percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan “sihat walafiat”. Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran”.

2) Pastikan minyak enjin dan oil filter yang anda gunakan adalah minyak yang sama sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin. Banyak minyak enjin palsu di pasaran sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah minyak tulen.

Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah. Pastikan bacaan kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin. Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.

Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”. Sila lihat di botol minyak enjin ada nombor seperti (contoh: 10W-40 ). Elakkan menggunakan minyak enjin yang melebihi 10,000 km.

Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda mungkin tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering. Jangan amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.

3) Jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi synthetic”. Ianya boleh merosakkan enjin anda, tetapi boleh daripada “semi synthetic” kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan pulak kembali kepada “semi synthetic”.

4) Sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis, penghawa dingin, radio, lampu atau system audio lain. Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat, kemudian baru matikan enjin.

5) Air hendaklah sentiasa diperiksa, kerana air memainkan fungsi yang cukup penting dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.

Gunakan air masak atau air yang telah disuling. Jika selama ini anda menggunakan air paip, saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air suling.

Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip, kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes. (bukan semua mekanik begitu, siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendirilah)

6) Semasa parkir (parking) kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus. Jangan sesekali parkir dalam keadaan tayar ke kanan atau kiri. Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.

7) Penjagaan penghawa dingin. Anda boleh on “power” semaksimum yang mungkin (contoh 1,2,3,4) tetapi jangan on temperature semaksimum nya. Temperature hanya boleh digunakan sehingga 80% sahaja. Pastikan suis penghawa dingin ditutup semasa hendak memati atau menghidupkan kenderaan.

8) Sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya. Jangan sesekali berat ke kanan atau ke kiri. Ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau bengkok.

9) Sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta anda.

Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model kenderaan tesebut. Amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.

Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja”. Gunakan minyak petrol yang sama sahaja, jangan terlalu kerap menukar jenama petrol.

SEMOGA INFO INI BERGUNA BUAT ANDA SEMUA.

Bukti Cinta Abadi Habib Bugak Al Asyi untuk Jamaah Haji Aceh

MAKKAH – Nama ulama Aceh Habib Bugak Al Asyi sangatlah termahsyur di kalangan warga Aceh karena kedermawanannya.

Meski raganya sudah dimakamkan 200 tahun silam, kebaikan Habib Bugak bukan hanya dikenang, namun tetap menebar kebajikan bagi jamaah calon haji asal Aceh. Setiap tahunnya, ahli waris Habib Bugak membagi-bagikan uang senilai 1.200 riyal atau setara Rp 4,2 juta per jamaah.

Tradisi wakaf yang diwasiatkan oleh Habib Bugak ini pertama kali dilaksanakan pada 2006 lalu. Kali ini, acara pemberian uang saku tambahan ini digelar di pemondokan 605, Syisyah, Makkah, Arab Saudi, Senin (29/8/2016). Sebelumnya, wakaf diberikan dalam bentuk layanan akomodasi dan bantuan konsumsi bagi jamaah haji asal Aceh di Makkah.

Hadir dalam acara itu pihak pengelola badan wakaf dan keturunan dari Habib Bugak, yakni Abdurrahman bin Abdullah Al Asyi, Kepala Dinas Syariat Aceh Syahrizal Abbas dan Kepala Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH) Arab Saudi Ahmad Dumyathi Bashori. Ada sekira 300 jamaah yang saat itu mendapat jatah. Sebelumnya pembagian sudah dilakukan kepada jamaah haji asal Aceh lainnya sebanyak 3.000 orang.

“Tahun ini jamaah asal Aceh yang mendapatkan itu 3.000 lebih. Nilainya 1.200 riyal Saudi Arabia per jamaah,” kata Abdurrahman yang diterjemahkan oleh Syahrizal Abbas ke dalam Bahasa Indonesia.

Asal muasal pemberian uang wakaf dari aset-aset Habib Bugak yang tersebar di kota Makkah. Aset tanah itu kini sudah berubah bentuk jadi hotel dan apartemen, lalu dikelola secara profesional oleh badan wakaf keluarga. Hasil keuntungannya sebagian diberikan untuk jamaah haji asal Aceh dan para mukimin Aceh di Makkah.

Di antara aset-aset itu ada yang berdiri di dekat Masjidil Haram bernama hotel Ramada. Lalu ada juga hotel-hotel lainnya. Abdurrahman tak bisa menyebut nilai total asetnya karena terus bergerak. Taksiran investasi Hotel Ramada saja kini bernilai 1,5 miliar riyal atau sekitar 5,2 triliun oleh pemerintah Saudi karena akan dibongkar. Sementara ada deposito lain senilai 5 juta riyal yang dikelola badan wakaf.

“Niat pertama wakaf ini untuk kebaikan, untuk keikhlasan kepada Allah swt. Tanah wakaf di Makkah untuk kepentingan membantu kaum muslimin yang melaksanakan ibadah haji untuk jamaah Aceh. Niatnya tak ada lain untuk keikhlasan dan mengharapkan ridha Allah SWT,” papar Abdurrahman.

Bagi jamaah Aceh yang berangkat ke Tanah Suci, kemudian wafat di Makkah dan Madinah, maka ahli warisnya bisa mengambil uang tersebut dengan menunjukkan kartu yang ditandatangani oleh Gubernur Aceh Zaini Abdullah.

“Mudah-mudahan kita berharap ini adalah contoh bagi kita. Ke depan masyarakat kaya Indonesia bisa mewakafkan di Saudi misalnya tanah dan lain sebagainya, jadi wakaf ini tidak cuma bagi jamaah Aceh tapi juga bagi jamaah di wilayah lainnya,” harap Dumyathi Bashori mengapresiasi kegiatan ini.

Taburkan Tepung Maizena Ke Atas beg Berjenama,Sofa Dan Lihatlah Apa Yang Terjadi…Kamu Akan Tercengang !! Ini Harus Dicoba!..

Prabot rumah tangga seringkali dipakai selama bertahun-tahun. Barang-barang bermutu sekalipun berkualitas namun lama kelamaan selalu akan terlihat menua dan kotor. Namun ada kabar baik kalau nyatanya ada langkah mudah buat prabot rumah tangga kembali seperti baru.


Yuk, kita ikuti langkah-langkahnya.

1. Sofa mempunyai bahan kulit biasanya mudah retak serta selanjutnya r0bek, untuk hadapi persoalan ini, sediakan 1/8 gelas cuka putih dengan 1/4 gelas minyak jaitun. Campur ke-2 bahan itu dan aduk hingga rata. Masukan dalam botol semprotan, lantas seprot ke segi sofa kulit yang akan dibikin bersih. Gunakan kain lembut untuk melap perlahan permukaan sofa. Anda akan lihat sofa kembali jadi seperi baru.

2. Untuk mengatasi goretan/retakan pada sofa, gunakan minyak jaitun sekedarnya dan lap menggunakan kain lembut. Anda akan mendapati kalau sofa kembali terlihat seperti baru.

3. Lantai kayu yang awalannya tampak bersinar, bersamaan dengan waktu warnanya akan memudar. Pada sekarang ini pakai cuka dan minyak jaitun dengan perbandingan 1 : 1 aduk hingga rata, gunakan kain lap yang telah tidak terpakai, lalu lap lantai kayu Anda. Wahhasilnya akan terlihat seperti lantai baru.

4. Barang-barang logam yang ada di luar rumah biasanya lebih mudah kusam dan karatan. Wax mobil nyatanya yaitu satu pilihan yang cocok untuk melindungi beberapa barang logam tersebut . Gunakan wax seperti Anda memakainya pada mobil kesayangan Anda, jadi hasilnya yaitu barang-barang logam ditempat terbuka akan terlihat bercahaya.

Itulah sedikit tips dari kami semoga bermanfaat, silahkkan b

Duterte – Presiden Filipina Mengancam Keluar PBB, Alasanya Mengaggumkan

https://www.facebook.com/v2.5/plugins/like.php?action=like&app_id=442691155914632&channel=http%3A%2F%2Fstaticxx.facebook.com%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2Fr%2FuN4_cXtJDGb.js%3Fversion%3D42%23cb%3Df38b2553f2bc838%26domain%3Dwww.wajibbaca.com%26origin%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.wajibbaca.com%252Ff150608fb8cf1c%26relation%3Dparent.parent&container_width=104&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fwajibbaca&layout=button_count&locale=id_ID&sdk=joey&share=false&show_faces=true


Tamparan telak

Perintah tembak di tempat yang diperintahkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte  ternyata efektif memberantas narkoba di negaranya. Bahkan pengguna, pengedar, dan bandar narkoba di negeri itu ketakutan. Saking takutnya diperkirakan sebanyak 500.000 pengedar dan pengguna menyerahkan diri kepada polisi. Namun hal ini banyak dikritik di dalam negeri dan dunia internasional, karena keputusanya itu Duterte, Minggu (21/8), mengancam akan keluar dari PBB menyusul kritik organisasi itu terhadap perang melawan narkoba yang dikobarkannya.
Sejak berkuasa 30 Juni lalu, sudah 1.500 orang tersangka pengedar narkoba di Filipina tewas. Hal inilah yang memicu kritik dari PBB dan berbagai organisasi pembela HAM, demikian dikutip dari Instagram Indozone.

Duterte, mantan pengacara yang dikenal blak-blakan, berulang kali menegaskan agar PBB tidak ikut campur dalam urusan dalam negeri Filipina.

Baca Juga : Jenazah Rizki Harus Lunasi Rp 20Juta Untuk keluar Rumah Sakit, Keluarga Menunggu Hingga 6 Jam

Tak hanya mengancam akan keluar dari PBB, Duterte juga menyebut jika perlu dia akan membentuk organisasi tandingan.
Pelapor khusus PBB Agnes Callamard pada pekan lalu mengatakan, langkah Duterte menjanjikan kekebalan hukum dan hadiah bagi anggota kepolisian yang bisa membunuh tersangka pengedar narkoba melanggar hukum internasional.
Sekretaris Jenderal PBB Ban Ki-moon juga pernah melontarkan kritiknya ketika dalam masa kampanye Duterte berjanji akan membunuh 100.000 pelaku kriminal dan membuang mayat mereka ke Teluk Manila untuk makanan ikan.

“Saya mengecam langkahnya mendorong pembunuhan ekstrayudisial, yang merupakan langkah ilegal dan melanggar prinsip dasar HAM dan kemerdekaan,” kata Ban saat itu.
Mendapat kecaman langsung dari PBB tak membuat Duterte goyah, malah dia menyerang balik organisasi dunia tersebut.
Duterte kemudian merujuk pada foto anak kecil asal Suriah yang terduduk dalam ambulans dengan sekujur tubuh dipenuhi debu dan bercak darah di wajahnya.

Duterte menyebut, foto bocah Suriah itu merupakan bentuk dari tidak efektifnya PBB sebagai sebuah badan internasional.
Lebih jauh Duterte membandingkan dengan serangkaian penembakan yang dilakukan polisi AS yang tak menuai kritik apa pun dari PBB.

“Apa yang kalian pikir (polisi) Amerika lakukan terhadap warga kulit hitam? Dan apa kata para pengkritik?” tambah Duterte.
Duterte pun menyebut bahwa pada saat Filipina dihantam bencana alam seperti angin topan, PBB tak melakukan apa pun untuk negeri itu, termasuk melakukan upaya pengentasan kemiskinan.
Sejak Duterte berkuasa, dilaporkan sebanyak 665 orang tersangka pengedar narkoba tewas ditembak polisi dan 900 orang lainnya dibunuh orang tak dikenal.

Apakah hal ini bisa diterapkan di negeri ini? Memang terlihat kejam, tapi lebih kejam mana dengan banyaknya generasi penerus bangsa yang telah mati karena narkoba ini