Jangan Termakan Kata Bekas Pemimpin Mahu Cetus Porak Peranda – Azalina

Jangan Termakan Kata Bekas Pemimpin Mahu Cetus Porak Peranda – Azalina

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 3:28 PM

Datuk Seri Azalina Othman Said

  (Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Masyarakat hari ini diingatkan supaya tidak termakan dengan kata-kata bekas pemimpin yang mahu mewujudkan porak peranda dengan membawa elemen asing ke negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata masyarakat harus mempunyai kebijaksanaan untuk menilai apa sahaja tuduhan dan gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa meletakkan keutamaan kepada rakyat.

https://secure-ds.serving-sys.com/BurstingRes/Site-18231/WSFolders/7434013_13//index.html?v=_2_64_1_0

ADVERTISEMENT

“Seperti dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) contohnya, saya tidak faham kenapa ada antara mereka yang dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menolak keputusan PAC secara menyeluruh. Mereka cakap seolah-olah kononnya kenyataan orang luar seperti Peguam Negara Amerika Syarikat lebih bernas daripada Pengerusi PAC sendiri.

“Jadi, saya lihat pada keadaan lebih positif dan nampak sangat mereka ini sudah tidak ada pilihan dan terdesak pergi ke luar negara. Kepada ahli PAC, kalau tidak yakin keputusan PAC, eloklah sekiranya letak jawatan dari PAC,” katanya.

Azalina berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang, di sini, malam tadi yang dihadiri lebih 15,000 penduduk sekitar kawasan Parlimen Pengerang.

Dalam pada itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Pengerang turut berharap supaya masyarakat kawasan terbabit tidak mudah termakan dengan fitnah dan andaian membabitkan isu di kawasan Pengerang.

Katanya, pihak yang menabur pelbagai cerita boleh bercakap mengenai apa sahaja, namun, mereka bukannya orang tempatan yang mengetahui tentang keadaan di kawasan tersebut.

“Tiada rakyat di kawasan Pengerang yang tersisih daripada menerima bantuan.

“Di sini juga (Pengerang), kita ada tambahan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).Sebab itu, kerjasama kerajaan negeri dan pusat adalah satu kerjasama yang diutamakan.

“Masyarakat juga perlu berfikiran terbuka kerana banyak isu yang berlaku di kawasan Pengerang berjaya diselesaikan dengan kerjasama wakil rakyat, Menteri Besar Johor dan Perdana Menteri. Dengan kerjasama erat inilah yang memberikan kebolehan untuk kita meneruskan tugas kerja demi kesejahteran rakyat,” katanya.

Tags / Kata Kunci:Datuk Seri Azalina Othman Said , PAC , 1MDB

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s