Polis Sahkan Kes Pelajar Dirotan Di Maahad Tahfiz

Jum’at 29 July 2016M

Jum’at 23 Syawal 1437H


SUNGAI PETANI: Polis mengesahkan kejadian muridberusia 10 tahun cedera dirotan di sebuah maahad tahfiz di sini yang menjadi viral di laman sosial.

3 Pelajar Tahfiz Dipukul Sampai Berbirat & Terkoyak Kulit Kepala Kerana Enggan Urut Guru

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata siasatan awal mendapati kejadian itu melibatkan tiga murid lelaki berusia 10 tahun yang dirotan seorang ustaz gantian di maahad terbabit.

“Punca kejadian dipercayai kerana ketiga-tiga pelajar berkenaan hendak melarikan diri dari asrama,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Gambar seorang kanak-kanak dengan kesan rotan di badan dan kepala menjadi viral di laman sosial apabila dikatakan dipukul seperti penjenayah. 

Beliau berkata siasatan itu dijalankan selepas anak kepada pengasas maahad tahfiz terbabit membuat laporan polis menafikan penglibatan maahad tahfiz tersebut dalam kes berkenaan setelah ia menjadi viral. 

Katanya laporan polis dibuat lelaki berusia 46 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, pada pukul 11.50 pagi Khamis. 

Bagaimanapun, katanya pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut memandangkan polis masih belum menerima laporan daripada ketiga-tiga mangsa. -Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s