Jangan jadikan Malaysia menjadi negara koboi DPPM

Kamis 28 July 2016M.
Kamis 22 Syawal 1437H.

Jangan jadikan Malaysia menjadi negara koboi DPPM

image

Itu persoalan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) ekoran peningkatan kes tembak yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari juga memberitahu, DPPM juga mempersoalkan apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani kes-kes sedemikian.

“Bagaimanakah peluru dan senjata api boleh lolos dengan begitu mudah dan digunakan secara meluas oleh penjenayah? Apakah ia berpunca dari kelemahan pengawalan di sempadan negara sehingga mengakibatkan senjata api mudah diseludupi dengan berleluasa?” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Fadhli, perlu ditegaskan bahawa atas apa jua alasan konflik dan pertelingkahan sekalipun, keadilan wajib ditegakkan di mahkamah dan bukannya melalui muncung pistol di jalan raya.

Semalam kita dikejutkan dengan kes tembakan di khalayak awam apabila seorang lelaki dilaporkan mati setelah ditembak dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di Kuala Lumpur.

Mangsa dilaporkan ditembak dengan 18 das tembakan dan 12 daripadanya mengenai sasaran.

“DPPM bersama seluruh masyarakat negara ini melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes-kes jenayah seperti ini. Realitinya, kes tembakan dari jarak dekat dengan menggunakan modus operandi penembak bermotosikal semakin menjadi-jadi di negara ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada 6 Julai lepas, seorang wanita mati ditembak dari jarak dekat juga dipercayai oleh dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur.

Mangsa yang berusia 32 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama lima orang anaknya yang berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah.

Terdahulu pada 11 Februari lepas, seorang pengusaha nasi kandar di George Town, Pulau Pinang juga telah ditembak mati oleh dua orang penunggang motosikal. Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu.

Mangsa ditembak dengan enam das tembakan di mana lima daripadanya mengenai sasaran.

Tiga tahun lepas pada 25 April, seorang pemuda berusia 39 tahun juga ditembak oleh penunggang motosikal berhampiran Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Ia disusuli pula pada 14 Julai tahun yang sama dengan kejadian tembak jarak dekat di Butterworth di mana seorang remaja berumur 19 tahun ditembak tiga das di rusuk kiri oleh dua orang suspek yang menunggang motosikal.

Menurut Fahdli,, modus operandi seperti itu juga pernah digunakan untuk membunuh ahli politik.

Beliau berkata, negara masih mengingati bagaimana Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Kedah, Dr. Joe Fernandez ditembak mati oleh penunggang motosikal sewaktu terperangkap dalam kesesakan lalulintas pada 4 November 2000.

“Ini hanyalah rentetan kecil sahaja dari puluhan bahkan mungkin ratusan jenayah tembak jarak dekat yang dilakukan menggunakan modus operandi yang sama.

“Sebahagian besar kes berkenaan masih berada dalam siasatan di mana suspek yang bertanggungjawab masih gagal dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya.–MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s