Abim gesa laporan audit 1MDB dikeluarkan dari OSA

Ahad 24 April 2016.
Abim gesa laporan audit 1MDB dikeluarkan dari OSA
24 Apr 2016, petang 3:56

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Dewan Rakyat menarik balik klasifikasi rahsia yang dikenakan ke atas laporan 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara.

Ia susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kelemahan pentadbiran serta pengurusan 1 MDB sepertimana yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April 2016 yang lalu.

“Pembentangan laporan PAC (yang turut disiarkan kepada masyarakat awam) itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada rakyat Malaysia yang prihatin,” kata Presiden Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataan media hari ini.

“Sekiranya dokumen laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan semula sebagai dokumen awam, ia membolehkan ahli parlimen (di Dewan Rakyat), badan-badan kerajaan yang berkenaan, di samping rakyat menjadikannya sebagai sumber rujukan serta perbandingan bagi mengesahkan dengan laporan PAC.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini memberitahu laporan Ketua Audit Negara tidak boleh dibentangkan lagi kerana ia masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Terbaru, kata Mohamad Rami, berkata gesaan agar laporan tersebut dijadikan sebagai dokumen awam juga dibuat oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Justeru Abim menggesa agar badan-badan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi penyiasatan diberikan ruang sepenuhnya untuk menyiasat dengan lebih lanjut Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat 1MDB.

“Lebih penting, siasatan tersebut mesti disusuli dengan tindakan perundangan terhadap kesemua mereka yang terbabit di mahkamah terbuka.

“Siasatan bebas ini sangat penting memandangkan polemik 1MDB ini telah menjadi topik perbincangan utama di kalangan masyarakat antarabangsa yang dilihat menjatuhkan maruah negara,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s