Kanak2 yg dipatuk ular dikatakan kembali bergerak semasa hendak dimandikan.

Kanak2 yg dipatuk ular dikatakan kembali bergerak semasa hendak dimandikan.
MOHON KESAHIHAN!

Petikan dr whatsapp :

[19/04 10:38 PM] .leh jkm: Alhamdullillah…bdk hok kena patuk ko ular masih hidup..xjd nk kafan td..pakat2 doa
[19/04 10:42 PM] . Taqi: [10:33pm, 4/19/2016] +60 19-985 2225: Perkembangan terbaru
[4/19, 9:59 PM] ROSLIZA: Jenazah bergerak masa sedang nak mandi tadi…oramg kampung gi blako tu…sepatutnya kebumi lepas isya…tangguh dulu
[4/19, 9:59 PM] ROSLIZA: Kemungkinn blm meninggal ….wallahua’lam….pk hem kkoloh murid tu ado ssano
[4/19, 9:59 PM] ROSLIZA: Tgn si ank msh bergerak n ayah n ibu berbisik ditelinga si anak….org ramai sdg bc yassin….ppakat doa blako agar anak dpt bernafas semula
[10:33pm, 4/19/2016] +60 19-985 2225: [4/19, 10:07 PM] +60 11-2900 1050: Budok hok keno patuk ular hok doctor ngesoh mati doh tu,x mati ajaib kuasa allah blako skni bru ayoh g nk g smaye mayat benar ph tibo2 budok tu nafas mula kiro idup mula laa,x jd la maye mayat skni kiro maye hajat
[4/19, 10:07 PM] +60 11-2900 1050: Bunyi kata saksi yg ada d rumah bdk yg di patut ular xd tok iman xbrani nk wak solat jnazah krna bdk tu dktakan brgerak n memegang tgan ibunya
_________________________________

Update|
Berita Harian Online (11.44 pm)

Keluarga nafi anak ‘hidup semula’

Betty Subaryati
bhkb@bh.com.my

KOTA BHARU: Keluarga murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan, yang meninggal dunia dipercayai dipatuk ular pagi tadi, menafikan kanak-kanak itu ‘hidup semula’.

Ibunya, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, bagaimanapun mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang tadi dan perkara itu kemudian disebarkan.

“Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.

“Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.

“Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga.

“Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Buaya, di sini, sebentar tadi.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat kira-kira jam 9.30 pagi.

Mangsa bagaimanapun dikatakan sempat meneruskan pembelajaran lebih satu jam sebelum guru melihat kanak-kanak itu pengsan di tempat duduknya kira-kira jam 11 pagi.

Mangsa yang dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 12.30 tengah hari, sebelum pengesahan kedua kematian mangsa dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata pihaknya memandang serius maklumat yang diviralkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis.

Tamat
Online (11.44pm)

Keluarga nafi anak ‘hidup semula’

Betty Subaryati
bhkb@bh.com.my

KOTA BHARU: Keluarga murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan, yang meninggal dunia dipercayai dipatuk ular pagi tadi, menafikan kanak-kanak itu ‘hidup semula’.

Ibunya, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, bagaimanapun mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang tadi dan perkara itu kemudian disebarkan.

“Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.

“Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.

“Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga.

“Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Buaya, di sini, sebentar tadi.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat kira-kira jam 9.30 pagi.

Mangsa bagaimanapun dikatakan sempat meneruskan pembelajaran lebih satu jam sebelum guru melihat kanak-kanak itu pengsan di tempat duduknya kira-kira jam 11 pagi.

Mangsa yang dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 12.30 tengah hari, sebelum pengesahan kedua kematian mangsa dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s