KISAH HIDUP SAYYIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA DAN SAYYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH

بسم الله الر حمن الر حيم

KISAH HIDUP SAYYIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA DAN SAYYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari di Madinah, ketika Nabi Muhammad salallahu alaihi wasalam berada di dalam masjid, tiba-tiba anaknya Fatimah yangtelah bernikah dengan Ali ( pahlawan Islam yang terkenal) datang menemui baginda.

Dia meminta kepada ayahnya mendapat atau meminjamkan seorang pelayan yang dapat membantunya melaksanakan tugas-tugas di rumah. Dengan tubuh yang kurus dan eksihatan yang tidak begitu baik, dia tidak dapat menjalankan tugas menggiling jagung dan mengambil air dari telaga yang jauh letaknya, di samping menguruskan anak-anaknya di rumah.

Nabi salallahu alaihi wasalam kelihatan terharu mendengar permohonan anak kesayangannya itu. Kemudian baginda berkata kepadanya,

“Anakku sayang, aku tidak dapat memberikan seorang pun di antara mereka yang terlibat dengan perhambaan. Sudah semestinya kau dapat menanggung segala hal yang berat di dunia ini, agar kau mendapat pahalanya di akhirat nanti.”

Fatimah pun pergi dari situ dengan perasaan yang amat puas setelah mendengar jawpaan dari Nabi salallahu alaihi wasalam. Sejak dari hari itu, dia tida pernah lagi mencari pelayan seumur hidupnya.

Fatimah Az-Zahra adalah seorang gadis yang amat cantik. Dia dilahirkan 8 tahun sebelum Hijrah di mekah dari Sayyidatina Khadijah, isteri Nabi yang pertama. Fatimah ialah anak ke empat dari empat orang adik-beradik perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah dan Ummi Kalsum.

Fatimah Az-Zahra dibesarkan di bawah asuhan ayahnya, guru dan dermawan yang terbesar bagi umat manusia. Tidak seperti anak-anak yang lain, Fatimah mempunyai pembawaan yang tenang, dan perangai yang agak sederhana. badannya yang kurus serta kesihatan yang lemah menyebabkan dia terpisah daripada kumpulan dan permainan anak-anak. Ajaran, bimbingan dari ayahnya yang agung membuatkan dia seorang wanita yang berbudi tinggi, ramah, simpatik dan tahu mana yang benar.

Fatimah sangat mirip kepada ayahnya, dia adalah anak perempuan yang paling disayangi oleh ayahnya dan sangat bebrakti terhadap Nabi salallahu alaihi wasalam setelah  ibunya meninggal dunia.

Pada beberapa kesempatan, Nabi salallahu alaihi wasalam menunjukkan rasa sayang yang amat besar keapda Fatimah. Suatu ketika baginda berkata, “Wahai Fatimah, Allah tidak suka orang yang membuat kau tidak senang dan Allah akan senang kepada orang yang kau senangi.”

Kata Rasulullah salallahu alaihi wasalam lagi, “Fatimah itu anak saya, sesiapa yang membuatnya sedih bererti aku juga sedih, dan sesiapa yang menyenangkannya, bererti menyenangkan aku juga.”

Sayyidatina Aishah, isteri Nabi tercinta pernah berkata, ” Saya tidak pernah berjumpa dengan contoh peribadi yang lebih besar dari Fatimah, kecuali keperibadian ayahnya,”

Menurut riwayat, Abu Bakar dan umar kedua-duanya berusaha untuk menikah dengan Fatimah, tetapi nabi berdiam diri sahaja. Ali yang telah dibesarkan oleh nabi sendiri, mempunyai sifat-sifat seorang lelaki yang padanya tergabung berbagai kebajikan, bersifat kesatri dan penuh kebernaian, kesolehan dan kecerdasan. tetapi dia berasa ragu-ragu untuk meminang Fatimah kerana dirinya miskin.

Tetapi akhirnya Ali telah memberanikan dirinya meminang Fatimah, peminangan itu telah diterima oleh Nabi salallahu alaihi wasalam. Ali telah menjual Kwiras (pelindung dada dari kulit) kepunyaannya. Kwiras itu diperolehnya ketika berlakunya perang badar. Hasil penjualan Kwiras itu, dia mendapat 400 dirham dan dengan wang itu, dia mempersiapkan upacara pernikahan.

Semasa Ali bernikah dengan Fatimah, usia Fatimah ketika itu baru saja mencapai 18 tahun. Sebagai mas kahwin dari ayahandanya Fatimah telah menerima sebuah tempat air kulit, sebuah kendi dari tanah, sehelai tikar dan sebuah batu giling.

Nabi berkata kepada Fatimah, ” Anakku, aku telah menikahkanmu dengan seorang lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada lainnya.”

Setelah berkahwin, kehidupan Fatimah berjalan lancar dalam bentuk yang sangat sederhana, gigih dan tidak mengenal penat lelah. Setiap hari, Ali bekerja keras untuk mendapatkan nafkah.

Pasangan suami isteri ini terkenal dengan sifat dermawan mereka. Mereak tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintunya tanpa memberikannya apa saja yang mereka punyai, meskipun mereka sendiri berlapar.

Sifat penuh kemanusiaan dan murah hati yang terlekat pada keluarga Nabi tidak ada tandingannya. Dalam catatan sejarah. Fatimah Az-Zahra terkenal kerana mekurahan hatinya.

Pada suatu ketika, seorang dari suku Bani Salim yang terkenal dengan ilmu sihirnya, telah datang kepada Nabi salallahu alaihi wasalam dengan melontarkan kata-kata maki hamun. Tetapi Nabi salallahu alaihi wasalam menjawab dengan lembut. Ahli sihir itu begitu hairan menghadapi sifat luar biasa itu, hingga dia memeluk agama Islam.

Nabi salallahu alaihi wasalam lalu bertanya, ” Apakah anda mempunyai bekalan makanan ?”

“Tidak”, jawab orang itu.

Maka Nabi bertanyakan keapda kaum Muslimin yang hadir di situ, ” Adakah kamu mahu menghadiahkan seekor unta keapda tetamu kita ini ?”

Kemudian Mu’ad Bin Ibada menghadiahkan seekor unta kepada lelaki itu. nabi berkata lagi, ” Barangkali ada orang yang boleh memebrikan selembar kain untuk menutup kepala saudara seagama Islam ?”

Sayyidina Ali pun melepaskan serbannya dan menaruh di atas kepada orang itu. Kemudian Rasulullah salallahu alaihi wasalam meminta Salman membawa orang itu ke tempat seorang saudara seagama Islam yang dapat memberinya makan kerana dia lapar.

Salam membawa orang yang baru memeluk agama Islam ke beberapa buah rumah, tetapi tidak seorang pun yang dapat memberinya makan kerana waktu itu bukannya waktu makan.

Akhirnya, Salman pergi ke rumah Fatimah dan setelah mengetuk pintu, Salman memberitahu maksud kedatangannya. Dengan airmata berlinangan, puteri Nabi itu mengatakan bahawa rumahnya tidak ada makanan sejak tiga hari yang yang lalu.

Nabum puteri Nabi itu enggan menolak seorang tamu, katanya, ” saya tidak dapat menolak seorang tmau yang lapar tanpa memberinya makan sampai kenyang.”

Fatimah lalu membuka tudungnya, dan memberikan kain tudungnya itu kepada Salman agar Salman membawanya keapda Shamoon, seorang Yahudi utnuk ditukarkan dengan jagung, salman dan orang itu pun berasa amat terharu.

Dan orang Yahudi itu pun turut bersimpati dengan kemurahan hati Fatimah. Akhirnya dia (Shamoon) memeluk agama Islam dengan menyatakan bahawa taurat telah memberitahu kepada golongannya tentang ebrita akan lahirnya sebuah keluarga yang berbudi luhur.

Salman balik ke rumah dengan membawa jagung. Dan dengan tangannay sendiri., Fatimah menggiling jagung itu dan membakarnya menjadi roti. Salman menyarakan agar Fatimah menyimpan beberapa buku roti utnuk anak-anaknya yang kelaparan itu. Tapi Fatimah menajawab bahawa dirinya tidak berhak untuk berbuat demikian kerana dia telah memberi kain tudungnya itu untuk kepentingan Allah.

Hasil perkahwinannya dengan Sayyidina Ali, beliau telah dikurniakan lima anak iaitu Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Ummi kalsum. Hassan telah dilahirkan pada 3 Hijrah manakala Hussin pula dilahirkan pada 4 Hijrah. Muhsin telah meninggal  dunia sewaktu masih kecil.

Semasa perang uhud, Fatimah telah merawat luka Nabi.
Fatimah juga ikut Nbai sewaktu merebut kota Mekah, begitu juga semasa Nabi mengerjakan ibadah hadi Wadaq pada akhir tahun 11 hijrah.

Dalam perjalanan haji terakhir itu, Nabi telah jatuh sakit. Fatimah tetap mendampingi Nabi di sisi tempat tidur. Ketika itu, Nabi membisikkan sesuatu ke telinga yang membuatkan Fatimah memanngis, kemudian nabi membisikkan sesuatu lagi yang membuatkan Fatimah tersenyum.

Setelah wafat, Fatimah menceritakan kejadian itu kepada Aishah. Ayahnya membisikkan berita kematiannya yang menyebabkan dia menangis, tetapi waktu Nabi salallahu alaihi wasalam menyatakan bahawa Fatimah lah orang pertama yang akan berkumpul dengannya di alam baqa, maka Fatimah menjadi gembira.

Tidak lama setelah Nabi wafat, Fatimah meninggal dunia  tahun itu juga iaitu enam bulan selepas kewafatan Nabi salallahu alaihi wasalam. Waktu itu Fatimah berusia 28 tahun dand imakamkan oleh Ali di Janat ll Bagih (Madinah).

Fatimah telah menjadi simbol segala yang suci dalam diri wanita dan pada tubuh manusia yang paling suci. nabi sendiri menyatakan Fatimah akan menjadi ‘ Ratu’ segenap wanita yang berada di syurga.

#20Jamadilakhir_HariKelahiran_SayyidatinaFatimahAzZahra
#KisahKisahMenarik_SayyidatinaFatimahAzZahra
#TheLifeStoryOf_SayyidatinaFatimahAzZahra
#Madad_Yaa_SayyidatinaFatimahAzZahra

✨🌷🌹🌸سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله ،والله اكبر🌷🌹🌸✨
✨🌷🌹🌸للَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وسلم🌷🌹🌸✨
✨🌷🌹🌸رب اغفر لي و لوالديا,رب اغفر لي و لوالديا,رب اغفر لي و لوالديا🌷🌹🌸✨
✨🌷🌹🌸استغفر الله للمؤمنين و المؤمنات  x27 ✨🌷🌹🌸
💞🌹🌻✨Darokah Yaa Ahlal Madinah, Yaa Tarim Wa Ahlaha ✨🌻🌹💞

©Scan Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Nurul’s™ ツ

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s