POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI

image

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat, sebagaimana dinyatakan dalam hadis daripada Aisyah ra bermaksud : “Sepuluh perkara yang sebagai fitrah (sunnah) ; memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)…” (Riwayat Muslim) 
Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Bismillah dan Assalamualaikum 

Sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak yang semakin membesar tentu tidak terlepas daripada memotongkan kuku anak- anak kerana mereka belum menguasai kemahiran itu.

Apabila ustazah selidiki rupa- rupanya ada cara potong kuku ikut sunnah Nabi. Nilai ini kita perlu amalkan dan terapkan pada diri anak- anak supaya apabila mereka sudah memiliki kemahiran memotong kuku, mereka dapat mengikuti sunnah Nabi. Rasulullah juga amat berpesan pada kita supaya kita kasih akan dirinya dengan mengikuti sunnahnya. Sambil memotong kuku kita pun berceritalah pada mereka tentang kelebihan mengikut sunnah Nabi biar kecintaannya pada Nabi tertanam dan menebal.
Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Hikmahnya ialal melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.

Cara Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula  dari tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam Nawawi , sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan kesekuruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelengkeng diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari. 

Sementara kuku kaki , bermula kaki kanan daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu , kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehingga kelengkeng. 

Harus seseorang memotong kukunya menggunakan gunting, pisau atau alat khas seperti pemoong kuku yang tidak mendatangkan mudarat. 

Selesai memotong kuku dianjurkan membasuh tangan. Ini kerana jika seseorang itu menggaru badan sebelum tangan dibasuh dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit. 

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta. 

= Waktu Potong Kuku =
==================
Bila-bila masa diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak berbuat demikian . 

Menurut Imam Syafie , sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat junaat, sebagaimana disunatkan  mandi, bersugi, mengenakan haruman dan berpakaian kemas sebelum ke masjid. 
Bagi Ibnu Hajar ramimahullah sunat memotong kuku pada hari khamis atau pagi Jumaat atau pada hari Isnin . 

= Perbuatan lepas Potong Kuku =
==========================
Potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia juga termasuk anggota manusia . Dinyatakan dalam Fath al-Bari,Ibnu Umar ra menanam potongan kuku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s