APA YANG DI MAKSUD DENGAN TAHALUF SIASI…?

APA YANG DI MAKSUD DENGAN TAHALUF SIASI…?
1) Tahalluf siasi bermaksud ‘kerjasama politik’ di mana gerakan Islam memilih untuk bekerjasama dgn organisasi lain utk membina sebuah kerajaan. Idea tahalluf siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: ” Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati.” Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Ustaz Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwahnya di Egypt.

2) Perkongsian kuasa ialah perkongsian dalam memerintah sesebuah negara jika parti yang memenangi kuasa tidak mampu mentadbir sesuatu negara kerana kekurangan sokongan majoriti (2/3 majoriti) dalam sistem demokrasi.

3) Tahalluf siasi yang dibenarkan syara’ ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip2 utama syara’, contohnya akidah dan perundangan (hudud). Dalilnya: Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

4) Perkongsian kuasa yang berlaku sekarang ialah apa yang diamalkan oleh BN di mana UMNO bergabung dgn parti-parti lain untuk membentuk kerajaan dan menguasai 2/3 majoriti dalam parlimen.
Manakala tahaluf siasi dilakukan oleh PAS dengan menjalin kerjasama dengan parti-parti alternatif untuk mendapatkan kuasa politik.

Ruj:
1. syarh Risalah Ta’alim oleh Sa’iid Hawa
2. Fiqh Seerah oleh syaikh Muhammad al-Ghazali
3. Fiqh Seerah oleh TG Hj Abd Hadi Awang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s