CARA MEMIKAT WANITA IDAMAN

CARA MEMIKAT WANITA IDAMAN
Semua lelaki yang ingin memikat hati dan cinta wanita haruslah mengetahui teknik, panduan, tips, rahsia dan bagaimana cara memikat wanita dengan betul. Dengan mengetahui cara memikat wanita dengan betul ini menjadikan lelaki tersebut yakin dengan reaksi tindakbalas semasa memikat dan menjadikan ianya berjaya menawan hati dan cinta wanita idamannya. Rahsia bagaimana cara memikat wanita ini boleh dikongsikan untuk dipraktikkan seperti dibawah ini.

Cubalah mempraktikkan tips cara memikat hati wanita dibawah ini untuk diamalkan apabila anda berhasrat untuk cara memikat wanita idaman anda kelak nanti.

Tips Memikat Hati Wanita Idaman ANDA

Jaga penampilan anda.
Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif.Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa.Paham kan maksud saya.Jangan la pergi dating pakai baju pagoda,seluar pendek macam taukeh Ah Chai dan berselipar jepun sahaja.tak Menarik, Tertarik De Boom kan?

Oleh yang demikian penampilan anda adalah penting untuk cara memikat wanita dan cinta wanita idaman anda.

Jadi diri sendiri.
Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain.Baru tengok Aaron Aziz kat dalam Ombak Rindu yang hebat memanah CINTA anda pun sibuk nak jadi macam dia. HENTIKAN niat tak cerdik anda tu.
Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho, buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat.Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.

Sejujurnya anda haruslah jangan bersifat menipu dalam perlakuaan anda. Jika anda dilihat seolah-olah berlakon ketika melakukan sesuatu perkara maka sukarlah untuk anda memikatnya walaupun ayat memikat hati wanita anda power dan hebat !!

Pandai berkomunikasi.
Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan.Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda “tackle” saya gerenti dia akan cair dengan anda.Bagi wanita lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat.kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”.tak percaya cuba la…

Oleh yang demikian cara memikat wanita idaman akan menjadi ampuh dan berkesan apabila anda pandai bergurau dan berjenaka dengan wanita idaman anda.

Bersifat prihatin dan ambil berat.
Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka.tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE” tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call…jangan buat kerja gila ye.Bukan take cara itu yang saya maksudkan.ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau.Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.

Panduan, tips, cara memikat wanita ini juga menggariskan bahawa anda haruslah lebih prihatin dan mengambil berat dan menjaganya. Dengan ini misi anda memikat wanita cantik dan idaman anda pasti menjadi mudah dan menjadi kenyataan.

Jangan jadi “Haji Bakhil Bin Haji Kedekut”
Sifat ni cukup wanita tak gemar.cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah.Kejap…pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan.Atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” wanita yang tak bertanggungjawab.Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan.Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau.Si dia pasti akan terharu.

Jejaka yang periang
Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda.Macam mana ye…mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum.Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”.Sure dia takkan selesa.Selain itu satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja.Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..hehe

Jangan suka main “remote control”
Remote control TV LCD Samsung 45 inci ke??eh bukan..maksud saya jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar. wanita cukup pantang pasal benda ni.wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka. Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka.Tiap minit nak tahu dia ada kat mana. Bosan la macam tu..bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga. ini baru cara memikat wanitayang gentleman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s