Bagaimana Untuk Mengira Faedah Pinjaman Kereta Dan Ansuran

Bagaimana Untuk Mengira Faedah Pinjaman Kereta Dan Ansuran

By Ching . 17 April 2013 . Pinjaman Kereta
2

image

Mengira pinjaman kereta anda adalah mudah. Anda hanya perlukan kalkulator.
Membuat pinjaman kereta (juga dikenali sebagai sewa beli) adalah pendekatan yang kerap digunakan apabila membeli sebuah kereta. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan anda bagaimana mudahnya untuk mengira faedah dan ansuran bulanan anda untuk pinjaman kereta di Malaysia yang konvensional. Anda hanya perlukan kalkulator dan anda sudah bersedia!

2 Langkah Mudah Untuk Mengira Faedah Pinjaman Kereta Dan Ansuran

Pertama sekali, tentukan nilai-nilai jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah pinjaman kereta anda, seperti berikut:

Jumlah Pinjaman = A
Jumlah Tempoh Pinjaman = B (tahun)
Kadar Faedah = C
Sekarang, guna formula-formula beikutnya untuk menentukan jumlah faedah, faedah bulanan dan ansuran bulanan pinjaman kereta anda:

Jumlah Faedah Anda = C/100 x A x B = X
Faedah Bulanan Anda = X / (B x 12)
Ansuran Bulanan Anda = (A + X) / (B x 12)
Mari Kita Pratikkan, Bersedia?

Contoh:
Katakan anda mempunyai jumlah pinjaman kereta RM50,000 pada kadar faedah rata 2.5% untuk dibayar dalam 5 tahun.

Jumlah Pinjaman = 50,000
Jumlah Tempoh Pinjaman = 5
Kadar Faedah = 2.5
Jumlah Pinjaman Anda = 2.5/100 x 50,000 x 5 = RM6,250
Faedah Bulanan Anda = 6,250 / (5 x 12) = RM104.17
Ansuran Bulanan Anda = (50,000 + 6,250) / (5 x 12) = RM937.50
Ambil perhatian bahawa pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah sama rata untuk jumlah pinjaman penuh dalam tempoh keseluruhan pinjaman. Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini.

Perlukan pilihan yang lebih mudah?

Kenapa tidak terus ke carta perbandingan pinjaman kereta kami untuk mengetahui faedah-faedah dan ansuran-ansuran yang kami telah sediakan untuk anda

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s