Tahukah kenapa Allah memilih burung gagak sebagai guru pertama Umat Manusia?

Tahukah kenapa Allah memilih burung gagak sebagai guru pertama Umat Manusia?

 Sport Musang

 Add Comment

 Info

 Saturday, May 2, 2015

image

Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk-Nya yang lain? 

Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as, Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis la’natullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya. 

Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat sesama mereka. 

Mengapa demikian? 

Kerana burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan dengan burung-burung lain. Allah swt telah memberikan naluri tentang keahliannya ini. 

Melalui penelitian, ternyata burung gagak mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding otak burung-burung yang lain. Burung gagak sentiasa hidup bersama kelompoknya sebagaimana manusia yang sentiasa bersosial dengan masyarakat. 

Mereka mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka . Inilah fitrah yang sentiasa diberikan Allah kepada burung gagak. 

Setiap kesalahan di antara burung gagak mempunyai hukuman masing-masing contohnya : 

1. Ketika salah seekor di antara mereka mengambil makanan anak burung gagak, maka hukumannya adalah sekumpulan gagak lain akan mematuknya sehingga bulu gagak tadi habis sehingga gagak tersebut gundul dan tidak boleh berbuat apa-apa seperti anak gagak sebelum dewasa. 

2. Ketika seekor gagak menyakiti gagak betina yang lain, sekumpulan gagak akan menyerangnya dengan paruh hingga mati. 

Adapun pelaksanaan hukuman dilakukan di tanah padang atau di kawasan yang luas sehingga proses mahkamah disaksikan oleh kumpulan mereka dan gagak tertuduh akan dibawa dengan penjagaan ketat oleh sekumpulan gagak lain yang mengelilinginya.

Kemudian gagak tersebut ditundukan kepalanya, diturunkan sayapnya dan ditahan untuk berkoak sebagai bentuk pengakuan atas kesalahannya. 

Ketika gagak tertuduh dijatuhi hukuman mati, gagak lain akan menyerangnya dengan paruh mereka hingga mati. 

Setelah Gagak itu mati, salah seekor di antara mereka akan membawanya dan menggali lubang untuk menguburkan dengan tanah sebagai penghormatan atas bangkai gagak itu. 

Hingga kini, para saintis yang melakukan kajian tentang dunia haiwan mengatakan bahawa hanya gagaklah yang menanam mayat kawannya ketika mati. 

Demikianlah bagaimana burung Gagak menegakkan keadilah dari fitrah Ilahiyah adalah lebih baik dari pada keadilan yang dimiliki oleh umat manusia. 

Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan. 

Advertisements

WANITA MESTI BACA !!! BAHAYA SEMBUR AIR PAIP KE KEMALUAN..??

WANITA MESTI BACA !!! BAHAYA SEMBUR AIR PAIP KE KEMALUAN..??

Jangan sesekali anda menyembur air paip ke dlm kemaluan.. mugkin anda beranggapan bahawa ia membersihkan bahagian dalam kemaluan anda..TAPI anda SILAP! Sebenarnya anda telah membuka ruang udara dlm kemaluan anda! ini boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya ‘Vaginal flatulence’ atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut.
Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Kentut vagina boleh disebabkan oleh lemahnya otot-otot disekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti.
Jikalau kentut itu berbau yakni tidak ‘odourless’ maka kemungkinan besar faraj tersebut sudah dijangkiti mikoorganisma yang menyebabkan penghasilan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Berbeza daripada kentut dubur, kentut vagina sepatutnya tidak berbau.
Kentut vagina boleh diatasi dengan;
Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
Mengamalkan senaman kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit
Mencuci dan membersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab .
Elakkan makan sejuk2 dan berair. makanan sejuk beku, tembikai, ais
Kentut jenis ini masih dianggap normal walaupun ramai yang beranggapan kentut vagina hanya berlaku kepada sesiapa yang sudah kehilangan dara.
Hal ini demikian kerana, pergerakkan kaki semasa berjalan ataupun ketika apa aktiviti sekali pun, ianya mampu memberi peluang untuk udara keluar masuk ke dalam faraj jikalau dinding dan saluran faraj berkenaan tidak begitu kuat.
Justeru itu, janganlah anda beranggapan mereka yang mengalami kentut vagina ini sudah kehilangan dara kerana seperti organisma yang lain, setiap sedutan pasti akan ada hembusan.

Lelaki Ini Tahu Isterinya Curang Dalam Diam. Dia Buat Kejutan Harijadi Yang Isterinya Tak Akan Lupa Selamanya

Lelaki Ini Tahu Isterinya Curang Dalam Diam. Dia Buat Kejutan Harijadi Yang Isterinya Tak Akan Lupa Selamanya
 Sunday, May 10, 2015

Heboh di laman sosial mengenai kisah seorang lelaki memberi kejutan kepada isterinya kerana curang kepadanya. Berikut merupakan kisah tersebut.

image

Aku dapat rasa isteriku menipu dan curang dibelakangku. Setiap kali dia memegang handphone, dia akan senyum seorang diri dan bila ditanya dia mengatakan bahawa dia sedang bermesej dengan ibunya. Nampak pelik bukan.

Dia juga selalu sangat balik lewat ke rumah katanya banyak kerja di tempat kerja. Bila aku menelepon kawan sekerjanya, rakannya memberitahu dia telahpun balik tepat pada waktu habis office hour.

Kejadian yang paling pelik yang berlaku adalah ketika dia bangun pukul 11:30 malam dan ingin keluar katanya ingin membeli susu. Dan dia tidak kembali sampailah pulul 2 pagi.

Aku biarkan sahaja, kerana aku ingin mencari bukti kukuh untuk aku berikan kepada peguamku disamping untuk berikan aku masa mencari tempat tinggal yang baru.

Aku mengambil keputusan untuk melakukan kejutan pada harijadinya dan aku akan hentikan semua ini pada hari tersebut. Biar ianya menjadi majlis harijadi yang dia tak akan lupa sampai bila-bila.

Dalam beberapa hari sebelum hari jadi nya, aku memberitahu yang aku merancang parti untuk dirinya. Tetapi dia menolak malah di mengarahkan aku untuk pergi ke rumah kawan dan bergembira bersama kawan sementara itu dia kena melakukan banyak kerja. Alasan lain yang diberikannya adalah dia tidak mahu diingatkan bahawa dia sudah berumur.

Tahap klimaks aku betul-betul yakin dia curang kepadaku apabila aku menemui minuman dan 2 gelas di dalam alammari pakaian.

Maka pada hari jadinya aku berupra-pura pergi ke luar kota bersama kawan. Apa yang aku lakukan adalah, aku menghubungi mak mertua , ayah mertua , iparku, serta kawan-kawan isteriku untuk memberikan kejutan terus ke rumah.

Aku memberitahu supaya mereka memberikan kejutan harijadi yang terbaik. Berjalan masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan tanpa didengari.

Maka hari itu tiba, mak mertua ku membawa kek dan orang lain membawa barangan kejutan parti harijadi. Kami perlahan-lahan masuk ke dalam rumah, dan apabila tiba di depan pintu , kami menolak daun pintu dan menjerit..

“SUPRISE!!!”

Betapa terkejutnya mak mertua , ayah mertua dan orang lain kerana mendapati isteriku dalam keadaan bogel bersama orang lain.

Ayah mertuaku menjerit begitu juga dengan orang lain.

Lelaki di dalam bilik tersebut cepat-cepat memakai pakaian dan berlari keluar. Dan akhirnya, berakhirlah kisah hidup aku dengan isteriku dengan keadaan isterku akan mengingati detik ini,

KENCING ANDA SAKIT? WASPADAI EMPAT KELAINAN INI

image

Jangan sepelekan keluhan nyeri ketika buang air kecil. Sudah saatnya Anda harus lebih cermat jika Anda mengalami keluhan ini. Berikut kemungkinan penyakit-penyakit yang muncul jika Anda mengalami nyeri ketika buang air kecil.
28/04/152697 views

image

dr. Alvin Nursalim
Anggota Redaksi Medis
Kedokteran Umum
KlikDokter.com
 
KlikDokter.com – Buang air kecil seharusnya tidak memberikan rasa sakit. Namun jika saat buang air kecil, Anda mengeluhkan adanya rasa sakit atau perih, mungkin terdapat gangguan pada sepanjang saluran kencing Anda.
Keluhan nyeri yang ada pun tidak dapat disepelekan. Karena bisa jadi nyeri ketika berkemih merupakan gejala dari penyakit yang gawat. Bisa jadi infeksi saluran kencing, bisa jadi gangguan prostat, atau bisa jadi indikasi dari keganasan kanker.
Nah, supaya menambah pengetahuan bersama, berikut ini adalah hal apa saja kemungkinan penyebab rasa sakit saat berkemih.
Halaman berikut penjelasan selengkapnya:
1. Batu Saluran Kencing

Batu saluran kencing dapat terjadi dimana saja. Mulai dari ginjal sampai pada saluran uretra. Karena sempitnya ruang saluran kencing, maka batu akan mengiritasi dinding saluran kencing dan menyebabkan rasa sakit. Rasa sakit yang timbul bersifat hilang timbul dengan intensitas yang kuat. Penanganan batu saluran kencing dimulai dengan pemberian obat dengan harapan batu dapat keluar secara spontan, sampai dengan terapi pembedahan pada batu yang besar.

2. Infeksi saluran kencing

Keluhan nyeri berkemih merupakan keluhan yang umum ditemui pada infeksi saluran kencing. Infeksi saluran kencing umumnya menyerang wanita karena struktur anatomis saluran kencing wanita yang lebih pendek. Namun, pria juga sering menderita infeksi saluran kencing. Umumnya, penyebab infeksi saluran kencing adalah bakteri yang tumbuh di permukaan tubuh manusia. Namun saluran kencing juga dapat terinfeksi oleh bakteri yang ditularkan secara seksual seperti neisseria gonorrhoeae.

3. Keganasan

Keganasan atau kanker adalah pertumbuhan jaringan yang tidak normal dari jaringan. Kanker dapat tumbuh pada jaringan dimanapun, mulai dari saluran kencing, dan kantung kencing. Keganasan dapat menyebabkan sumbatan aliran kencing dan menyebabkan gejala seperti nyeri kencing, kencing berdarah dan rasa sakit saat kencing.

4. Prostat

Pembesaran prostat merupakan keluhan yang umum dialami pada pria yang berumur di atas 50 tahun. Prostat adalah sebuah kelenjar yang berada di sekitar uretra, saluran kencing terakhir. Kelenjar prostat dapat membesar dan menyebabkan sumbatan pada uretra. Penderita akan mengeluhkan adanya kencing yang menetes, rasa tidak lampias saat kencing, anyang-anyangan bahkan nyeri saat berkemih.

Bagi Anda yang ingin mengetahui lebih jauh mengenai topik ini, silakan ajukan pertanyaan Anda di fitur Tanya Dokter Klikdokter.com di lamanwebsite kami.[]

CARA MENGHILANGKAN KERUTAN DI BAWAH MATA

  
CARA MENGHILANGKAN KERUTAN DI BAWAH MATA

image

KlikDokter.com – Kulit di bawah dan sekitar mata cukup tipis, sehingga tanda-tanda kerusakan seperti garis-garis halus, bintik, dan kerutan mudah muncul dan sangat jelas terlihat. Ini bisa membuat Anda tampak lebih tua dari usia yang sebenarnya.

Dengan perawatan yang tepat serta perubahan gaya hidup, Anda dapat membantu mengurangi keriput dan garis-garis halus tersebut. Berikut adalah cara-cara yang bisa Anda lakukan untuk menghilangkan kerutan di bawah mata:

Pilih krim malam untuk mata yang mengandung peptides dan retinol untuk memperbaiki kolagen. Vitamin C, Vitamin R atau idebenone juga bisa menjadi alternatif, karena merupakan antioksidan yang dapat melindungi kulit dari kerusakan akibat matahari serta polusi
Jurus menghilangkan kerutan di bawah mata lainnya:
>>Oleskan sedikit krim di bawah mata setiap malam sebelum tidur
>>Aplikasikan serum mata hidrasi setiap pagi untuk membantu meningkatkan kelembapan dan melindungi riasan dari retakan garis-garis halus.
>>Setelahnya, oleskan krim mata yang diperkaya dengan hyaluronic acid untuk membuat kulit tampak kencang 
>>Aplikasikan tabir surya SPF 30 atau lebih sebelum beraktivitas di luar
>>Hindari menggosok kulit di sekitar mata dengan handuk atau tisu pembersih riasan.
>>Sebaliknya, bersihkan dengan lembut dan gunakan pembersih riasan berbasis minyak untuk menghindari kerusakan kapiler dan kerutan lebih lanjut
>>Berkonsultasi dengan dokter atau ahli bedah kosmetik untuk pilihan pengobatan yang ingin dilakukan, misalnya Botox
Bagi Anda yang ingin mengetahui lebih jauh mengenai topik ini, silakan ajukan pertanyaan Anda di fitur Tanya Dokter Klikdokter.com di laman website kami.[]

KENAPA SIFAT 20 DAN KENAPA WAJIB BELAJAR SIFAT 20???

Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt

Nabi s.a.w.bersabda, “Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah.” (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya’la, Abu Nu’aim dan Addailamiy)

KENAPA SIFAT 20 DAN KENAPA WAJIB BELAJAR SIFAT 20???

MENGAPA SIFAT ALLAH ADA DUA PULUH?

Kadang kala ada pertanyaan, “Mengapa sifat Allah yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf hanya dua puluh sifat? Bukankah sifat-sifat Allah yang terdapat dalam al-Asma’ al-Husna ada Sembilan puluh Sembilan?”.

“Perlu diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah tidak membataskan sifat-sifat Allah kepada dua puluh kerana sifat dua puluh itu adalah sifat Dzat Allah yang menjadi syarat ketuhanan (syart al-Uluhiyyah). Sedangkan sifat-sifat Allah yang lain adalah sifat af`al (sifat yang berkaitan perbuatan) Allah ta`ala. Dan sifat-sifat af`al Allah itu jumlahnya banyak serta tidak terbatas.”[1]

MENGAPA WAJIB MENGETAHUI SIFAT 20???

Dalam ma`rifatullah, Mazhab Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah telah mengetengahkan pemahaman terhadap konsep sifat 20 yang wajib bagi Allah. Konsep ini sangat masyhur dan wajib diketahui oleh setiap individu muslim yang mukallaf. Akhir-akhir ini terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Wahhabi telah mempersoalkan sifat 20 tersebut dengan mengemukakan beberapa alasan yang antara lainnya adalah;
tidak terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Hadis nas yang mewajibkan pengethuan umat Islam terhadap sifat 20. Bahkan termaktub di dalam hadis sendiri bahawa nama-nama Allah (al-Asma’ al-Husna) jumlahnya sembilan puluh sembilan. Dari premis ini, timbul sebuah pertanyaan; mengapa sifat yang wajib bagi Allah yang harus diketahui itu hanya terhad kepada dua puluh sifat sahaja, bukan sembilan puluh sembilan sebagaimana yang terdapat di dalam al-Asma’ al-Husna?

Para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dalam menetapkan sifat dua puluh tersebut sebenarnya bersumberkan daripada kajian dan penelitian yang cermat dan mendalam. Terdapat beberapa alasan ilmiah yang logik serta relevan dengan fakta nas yang sedia ada yang telah dikemukakan oleh para ulama’ berhubung latar belakang wajibnya mengetahui sifat dua puluh yang wajib bagi Allah subhanahu wata`ala, antaranya ialah:

Pertama, setiap orang yang beriman harus meyakini bahawa Allah ta`ala wajib memiliki semua sifat kesempurnaan yang layak bagi keagungan-Nya. Mereka harus meyakini bahawa mustahil Allah ta`ala memiliki sifat kekurangan yang tidak layak bagi keagungan-Nya. Mereka juga harus meyakini pula bahawa Allah berkuasa melakukan atau meninggalkan penciptaan segala sesuatu yang bersifat mumkin iaitu seperti menciptakan, mematikan, menghidupkan, memberi rezki, mengurniakan kebahagiaan , menimpakan kecelakaan dan lain-lain lagi. Kesemua ini adalah sekian bentuk keyakinan yang paling dasar yang perlu wujud di dalam hati setiap orang Islam.

Kedua, para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah sebenarnya tidak membataskan sifat-sifat kesempurnaan Allah hanya kepada 20 sifat sahaja. Bahkan setiap sifat kesempurnaan yang layak bagi keagungan Allah, sudah pasti Allah wajib memiliki sekian sifat tersebut, sehingga sifat-sifatkamalat (kesempurnaan dan keagungan) Allah itu sebenarnya tidak terbatas pada sembilan puluh sembilan sahaja sebagaimana yang telah dikatakan oleh al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi:[2]

“وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ لِلَّهِ تَسْعَةً وَتِسْعِيْنَ اِسْمًا)) لايَنْفِيْ غَيْرَهَا, وَإِنَّمَا أَرَادَ وَاللهُ أَعْلَمُ أَنَّ مَنْ أَحْصَى مِنْ أَسْمَاءِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ تِسْعَةً وَ تِسْعِيْنَ اِسْمًا دَخَلَ الْجَنَّةَ”.

Maksudnya:
“Sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam : Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama”, tanpa menafikan nama-nama selainnya. Nabi sallallahu`alaihi wasallam hanya bermaksud -wallahu a`lam-, bahawa barangsiapa yang menghitung sembilan puluh sembilan nama tersebut akan dijamin masuk syurga”.

Pernyataan al-Hafiz al-Bayhaqi di atas bahawa nama-nama Allah ta`ala sebenarnya tidak terbatas dalam jumlah sembilan puluh sembilan dengan didasarkan pada hadith shahih: [3]

“عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ… أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ بَصَرِيْ، وَجَلاءَ حَزَنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ “.

Maksudnya:
“Ibn Mas’ud berkata, Rasulallah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:” Ya Allah, sesungguhnya aku Hamba-Mu.. Aku memohon dengan perantara setiap Nama yang Engkau miliki, baik yang Engkau namakan Dhat-Mu dengan-Nya, atau yang Engkau turunkan nama itu dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada sesiapa di kalangan makhluk-Mu, atau yang hanya Engkau sahaja yang Mengetahui-Nya dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah al-Quran sebagai taman/pengubat hatiku, cahaya mataku, penghilang kesedihanku dan penghapus rasa gundahku”.

Hadis di atas menjelaskan bahawa di antara nama-nama Allah ta`ala yang telah dijelaskan di dalam al-Qur’an, ada di antaranya yang diketahui oleh sebahagian hamba-Nya dan ada yang hanya diketahui oleh Allah ta`ala sahaja. Sehingga berdasarkan kepada hadis tersebut, nama-nama Allah itu sebenarnya tidak terbatas pada 99, maka apatah lagi 20 sifat yang telah dirumuskan oleh para ulama’ yang melaut ilmu mereka itu.

Ketiga, para ulama’ telah membahagikan sifat-sifat khabariyyah, iaitu sifat-sifat Allah yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadis seperti yang terdapat di dalam al-Asma’ al-Husna, kepada dua bahagian. Pertama, Sifat al-Af`al al-Zat iaitu sifat-sifat yang ada pada Zat Allah ta`ala, yang antara lain adalah sifat 20. Dan kedua, Sifat al-Af`al, iaitu sifat-sifat yang sebenarnya adalah perbuatan Allah ta`ala, seperti sifat al-Razzaq, al-Mu`thi, al-Mani`, al-Muhyi, al-Mumit, al-Khaliqdan lain-lain. Perbezaan antara keduanya adalah, sifat al-Zat merupakan sifat-sifat yang menjadiSyart al-Uluhiyyah, iaitu syarat mutlak ketuhanan Allah ta`ala. Kesemua sifat tersebut telah menyucikan zat Allah ta`ala daripada sebarang sifat yang tidak layak bahkan mustahil untuk disandarkan kepada zat Allah yang Maha Agung. Dari sini para ulama’ telah mentapkan bahawaSifat al-Zat ini adalah azali (tidak ada permulaan), dan baqa’ (tidak ada pengakhiran bagi Allah). Hal tersebut berbeza dengan Sifat al-Af`al, ketika Allah ta`ala memiliki salah satu daripada Sifat al-Af`al, maka lawan kepada sifat tersebut adalah tidak mustahil bagi zat Allah ta`ala, bahkan ia menunjukkan lagi perihal kehebatan dan keagungan Allah kerana mampu menciptakan dua perkara yang berlawanan berdasarkan fungsi yang terkandung di dalam nama-nama dan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah ta`ala kepada zat-Nya yang Maha Agung seperti; sifat al-Muhyi (Maha Menghidupkan), al-Mumit (Maha mematikan), al-Dhar (Maha Memberi Bahaya) dan al-Nafi` (Maha Memberi Manfaat), al-Mu`thi (Maha Pemberi) dan al-Mani` (Maha Pencegah) dan lain-lain. Di samping itu, para ulama’ mengatakan bahawa Sifat al-Af`al itu adalah baqa’.[4]

Keempat, dari sekian banyak Sifat al-Zat yang wujud tersebut, maka sifat dua puluh dianggap cukup dalam memberi kefahaman kepada kita bahawa Allah ta`ala memiliki segala sifat kesempurnaan dan maha suci Allah daripada segala sifat kekurangan. Di samping itu, kesemuaSifat al-Zat yang telah terangkum dalam sifat dua puluh tersebut, dari sudut fakta, telahpun ditetapkan berdasarkan dalil al-Qur’an, al-Sunnah dan dalil-dalil aqli.[5]

Kelima, sifat dua puluh tersebut dianggap cukup kuat untuk menjadi benteng kepada akidah seseorang daripada terpengaruh dengan faham yang keliru atau menyeleweng dalam memahami sifat Allah ta`ala. Sebagaimana yang telah kita maklum aliran-aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah seperti Wahhabi, Muktazilah, Musyabbihah, Mujassimah, Karramiyyah dan lain-lain telah menyifatkan Allah ta`ala dengan sifat-sifat makhluk yang kesemua sifat tersebut dilihat dapat meruntuhkan kesempurnaan dan kesucian zat Allah ta`ala. Maka dengan memahami sifat dua puluh tersebut, iman seseorang akan dibentengi daripada keyakinan-keyakinan yang menyongsang fahaman arus perdana umat Islam berhubung zat Allah ta`ala. Misalnya, ketika golongan mujassimah mengatakan bahawa Allah ta`ala itu duduk di atas `Arasy, maka hal ini akan ditolak dengan salah satu daripada sifat Salbiyyah yang wajib bagi zat Allahta`ala iaitu; Qiamuhu Binafsih (Allah ta`ala tidak berhajat kepada sesuatu), ketika musyabbihah mengatakan bahawa Allah ta`ala memiliki anggota tubuh badan seperti mata, tangan, kaki, muka, betis dan lain-lain, maka dakwaan tersebut akan ditolak pula dengan sifat wajib bagi Allah ta`alayang lain iaitu sifat Mukhalaftuhu lilhawadith (Allah tidak menyerupai sesuatupun), ketika golongan Muktazilah menafikan kewujudan sifat ma`ani pada zat Allah ta`ala dengan mengatakan bahawa Allah ta`ala maha kuasa tetapi tidak mempunyai sifat qudrat, maha mengetahui tetapi tidak mempunyai ilmu, maha berkehendak tetapi tidak mempunyai iradat, maka dakwaan songsang tersebut akan ditolak dengan sifat-sifat ma`ani yang jumlahnya adalah tujuh iaitu qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama`, basar dan kalam. Demikian pula dengan sifat-sifat yang lain.[6]

الْقَائِدَةُ: “الْجَهْلُ بِالصِّفَاتِ يُؤَدِّيْ إِلَى الْجَهْلِ بِالْمَوْصُوْفِ مَنْ لا يَعْرِفُ صِفَاتِ الله لا يَعْرِفُ الله”.

Kaedah: “Jahil tentang sifat (Allah) membawa kepada jahil dengan yang mempunyai sifat (Allah), sesiapa yang tidak mengenal sifat Allah, tidak mengenal Allah ta`ala”.

[1] KH. Muhyiddin Abd al-Somad (2009), Aqidah Ahlussunnah Wal Jama`ah Terjemah dan Syarh Aqidah al-Awam, Jakarta: Khalista Surabaya, h. 25.

[2] Al-Hafiz al-Bayhaqi (1959), al-I`tiqad `ala Mazhab al-Salaf Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Abu al-Fadhl Abdullah Muhammad al-Siddiq al-Ghumari (ed.), Kaherah: Dar al-`Abd al-Jadid, , h. 14.

[3] Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad (3528), al-Hakim di dalam al-Mustadrak (1830) dan al-Tabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir (10198). Al-Hafiz Ibn Hibban menilainya sahih di dalamSahih-nya (977).

[4] Al-Hafiz al-Bayhaqi(1959), op.cit., h. 15, 21 dan 22; Abu Mansur Abdul Qahir al-Baghdadi (1981), Usul al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, h. 122-125. Dari sini dapat kita fahami bahawa pernyataan sebagian kalangan beberapa tahun yang lalu, bahawa untuk saat ini sifat Rahmah Allahta`ala adalah lebih layak ditekankan untuk diketahui daripada sifat-sifat yang lain, adalah tidak ada asasnya. Ini adalah bertitik tolak daripada ketidakfahaman mereka terhadap sifat al-Zat yang menjadi Syart al-Uluhiyyah dan Sifat al-Af`al yang bukan Syart al-Uluhiyyah.

[5] Hasan al-Ayyub (2003), Tabsit al-`Aqaid al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Salam, h. 17.

[6] Lihat pernyataan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali tentang tujuan mempelajari ilmu kalam menerusi kitabnya al-Munqidz min al-Dhalal, lihat al-Ghazzali (1998), al-Munqidz min al-Dhalal, Abdul Halim Mahmud (ed.), Kaherah: Dar al-Ma`arif, h. 36.
Sumber https://pondokhabib.wordpress.com/2014/04/22/kenapa-sifat-20-dan-kenapa-wajib-belajar-sifat-20/

Bagaimana Untuk Mengira Faedah Pinjaman Kereta Dan Ansuran

Bagaimana Untuk Mengira Faedah Pinjaman Kereta Dan Ansuran

By Ching . 17 April 2013 . Pinjaman Kereta
2

image

Mengira pinjaman kereta anda adalah mudah. Anda hanya perlukan kalkulator.
Membuat pinjaman kereta (juga dikenali sebagai sewa beli) adalah pendekatan yang kerap digunakan apabila membeli sebuah kereta. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan anda bagaimana mudahnya untuk mengira faedah dan ansuran bulanan anda untuk pinjaman kereta di Malaysia yang konvensional. Anda hanya perlukan kalkulator dan anda sudah bersedia!

2 Langkah Mudah Untuk Mengira Faedah Pinjaman Kereta Dan Ansuran

Pertama sekali, tentukan nilai-nilai jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah pinjaman kereta anda, seperti berikut:

Jumlah Pinjaman = A
Jumlah Tempoh Pinjaman = B (tahun)
Kadar Faedah = C
Sekarang, guna formula-formula beikutnya untuk menentukan jumlah faedah, faedah bulanan dan ansuran bulanan pinjaman kereta anda:

Jumlah Faedah Anda = C/100 x A x B = X
Faedah Bulanan Anda = X / (B x 12)
Ansuran Bulanan Anda = (A + X) / (B x 12)
Mari Kita Pratikkan, Bersedia?

Contoh:
Katakan anda mempunyai jumlah pinjaman kereta RM50,000 pada kadar faedah rata 2.5% untuk dibayar dalam 5 tahun.

Jumlah Pinjaman = 50,000
Jumlah Tempoh Pinjaman = 5
Kadar Faedah = 2.5
Jumlah Pinjaman Anda = 2.5/100 x 50,000 x 5 = RM6,250
Faedah Bulanan Anda = 6,250 / (5 x 12) = RM104.17
Ansuran Bulanan Anda = (50,000 + 6,250) / (5 x 12) = RM937.50
Ambil perhatian bahawa pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah sama rata untuk jumlah pinjaman penuh dalam tempoh keseluruhan pinjaman. Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini.

Perlukan pilihan yang lebih mudah?

Kenapa tidak terus ke carta perbandingan pinjaman kereta kami untuk mengetahui faedah-faedah dan ansuran-ansuran yang kami telah sediakan untuk anda