CARI LEMBU HILANG, JUMPA MAYAT TUANNYA

CARI LEMBU HILANG, JUMPA MAYAT TUANNYA
23 April 2015
image

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
BESUT – Seorang penternak lembu ditemui mati di kawasan‎ kebun kelapa sawit dekat Kampung Hutan Padang Tapong di sini kira-kira jam 3.30 petang semalam oleh seorang rakannya.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Suhaimi Mohamed, 59, yang bekerja sendiri tinggal di Kampung Padang Luas, Jerteh kira-kira lapan kilometer daripada tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, sebelum itu mangsa yang pergi secara bersendirian sedang mencari lembunya yang hilang telah menghubungi‎ rakannya yang dikenali sebagai June di Pasir Putih, Kelantan untuk datang‎ membantunya kira-kira pukul 2.00 petang semalam.

Katanya, apabila sampai di kawasan hutan berkenaan June telah cuba menghubungi mangsa melalui telefon bimbit dan rakannya itu memberitahu yang ia‎ berada di satu kawasan dengan menyeberang sebatang sungai di situ.

“Kira-kira sepuluh minit kemudian rakannya tiba-tiba mendengar bunyi salakan anjing kepunyaan mangsa dari satu kawasan sebelum disusuli dengan bunyi tembakan sebanyak dua kali,” kata Khaled kepada media di sini hari ini.

Katanya, curiga dengan bunyi tembakan itu rakannya telah mencari mangsa dan berjaya menemuinya dalam keadaan terlentang dengan senjatanya masih di dakapannya manakala seekor babi hutan turut ditemui mati 15 meter daripada mangsa ditemui.

Mayat mangsa dikeluarkan daripada kawasan berkenaan kira-kira jam 11.00 malam tadi dan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

Pihak Hospital Daerah Besut mengesahkan kematian mangsa disebabkan serangan jantung dan pemeriksaan ke atas mayat mangsa juga didapati tiada sebarang kesan kecederaan kecuali hanya luka kecil di bawah telinganya. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s