Hujah Mengharuskan Cukai GST Tidak Tepat dan Masih Perlu Disemak Secara Halus

Hujah Mengharuskan Cukai GST Tidak Tepat dan Masih Perlu Disemak Secara Halus

 Cetak   E-Mel Butiran Diterbitkan: 21 April 2015 Ditulis oleh Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

image

1. Berkali-kali saya membaca di akhbar dan mendengar fatwa yang mengharuskan GST menurut Syarak sama ada oleh jawatankuasa fatwa kebangsaan atau beberapa Ashabus Samahah Mufti negeri. Terkini, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di media elektronik mempertahankan fatwa keharusan cukai GST. Hujah yang dikemukakan oleh Ashaabus Samahah bagi mengharuskan cukai GST masih berlegar pada point bahawa negara memerlukan kewangan dan selagi ia digunakan untuk maslahah rakyat secara adil.

2. Apa yang saya bangkitkan ialah bukannya pada bagaimana ia dibelanjakan dan sejauh mana kerajaan memerlukan kewangan tersebut SAHAJA tetapi menjurus kepada bagaimana sistem percukaian GST itu berfungsi.

3. Telah saya nyatakan berkali-kali bahawa GST dikenakan berdasarkan perbelanjaan rakyat sama ada pembelian atau perkhidmatan. Selagi mana ia dikenakan berdasarkan perbelanjaan maka sistem percukaian ini gagal membezakan antara orang kaya berkemampuan atau orang miskin yang tidak berkemampuan. Kedua -dua golongan ini tetap akan dikenakan cukai 6% apabila membeli dan mendapatkan perkhidmatan.

4. Di sinilah cukai GST tidak menepati konsep pengharusan cukai dalam Islam iaitu syaratnya tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin yang tidak berkemampuan.

5. Konsep zakat yang dikenakan dalam Islam ialah diambil daripada si kaya dan diberikan kepada si miskin.
Nabi saw bersabda;

“Maka bagitahulah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat terhadap harta mereka; diambil daripada golongan kaya berkemampuan di kalangan mereka dan dipulangkan kepada faqir miskin kalangan mereka”. – Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi

6. Begitulah juga cukai. Antara syarat keharusan pengambilan cukai dalam Islam oleh kerajaan ialah hanya dikenakan kepada golongan yang kaya untuk dimanfaatkan bagi maslahat orang miskin.

7. Namun, dalam hadis yang sama Nabi saw memperingatkan juga;

“Berjaga-jagalah kamu (jangan diambil) harta berharga orang-orang kaya mereka. Dan takutlah kamu terhadap doa orang yang kena zalim. Sesungguhnya tidak ada antara doa itu dengan Allah sebarang hijab”

Ia satu isyarat bahawa mengambil harta tanpa hak adalah satu kezaliman. Orang-orang kaya dikenakan zakat. Itu kewajipan mereka. Namun, jangan sampai pula harta berharga mereka yang tidak patut dikenakan zakat pun diambil juga tanpa hak termasuklah menerusi cukai yang tidak diperlukan.

Cukai ertinya kerajaan mengambil harta manusia. Harta manusia tidak boleh diambil sewenang-wenangnya baik daripada si kaya atau si miskin.

Bagaimana pula apabila si miskin diambil hartanya yang sememangnya tidak cukup untuk makan???

Cukai yang dikenakan pada si miskin adalah satu kezaliman. Ia mengundang doa mereka yang merintih kesempitan kewangan.

Jika si kaya yang diambil hartanya tanpa hak diperingatkan oleh Nabi akan bahaya doa mereka apatah pula doa si miskin yang diambil hartanya menerusi cukai???

8. Saya tidak membangkitkan isu cukai harus atau tidak dalam Islam. Ulamak kontemporari telah bersetuju bahawa cukai dibolehkan dengan beberapa syarat iaitu;

Pertama;
Negara memerlukan kewangan dalam keadaan negara tidak kecukupan hasil daripada sumber-sumber selain cukai.

Kedua;
Negara tidak kecukupan hasil bukan kerana pembaziran, pemborosan atau ketirisan perbelanjaan.

Ketiga;
Cukai tidak dikenakan kepada orang miskin yang tidak berkemampuan.

Syarat ketiga gagal dipenuhi oleh sistem percukaian GST.

Syarat pertama dan kedua juga menimbulkan persoalan sejauh mana tahap kewangan negara benar-benar menepati kedua-dua syarat tersebut.

9. Justeru, saya masih lagi menegaskan bahawa sistem percukaian GST adalah bercanggah dengan syarat keharusan cukai dalam Islam.

10. Dalam masa yang sama saya juga membangkitkan sejauh mana keperluan negara terhadap cukai GST. Rakyat sudah dibebani dengan cukai korporat dan individu yang memberi pendapatan kepada negara di samping hasil-hasil lain seperti petroleum. Ia sudah cukup untuk masa ini bagi menampung perbelanjaan negara.

11. Jika negara berhadapan dengan masalah kewangan, punca yang mesti dikaji ialah bagaimana negara berbelanja. Selagi mana cara berbelanja secara berhemah tidak menjadi amalan kerajaan maka sampai bila pun negara tidak akan kecukupan hasil dan pendapatan walaupun GST menghasilkan pulangan berpuluh atau beratus bilion.

12. Sudikah jawatan kuasa fatwa untuk mengeluarkan fatwa tentang cara berbelanja kerajaan dengan melihat Laporan Audit Negara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun terakhir???

13. Sekali lagi saya memohon untuk fatwa tersebut kembali disemak dengan lebih cermat.

14. Dan kepada kerajaan pusat saya menyatakan; tariklah balik pelaksanaan GST. Ia merupakan satu kezaliman.

Moga kerajaan lebih diberkati.

al-Faqiir ilaLlah

Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
8.45 mlm Isnin 20hb April 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s